Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Selangor hampiri 'Misi 33'

Posted: 02 Oct 2012 09:12 AM PDT

Shah Alam: Juara 32 kali, Selangor berjaya menyamai pencapaian musim lalu selepas menewaskan Johor FC 2-1 pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi, sekali gus melangkah bergaya ke separuh akhir dengan agregat 5-2.

Kini hanya dua halangan saja lagi perlu dilepasi Selangor iaitu berdepan juara Liga Super dan Piala FA Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Sabtu ini dan di Shah Alam, 12 Oktober depan untuk aksi separuh akhir sebelum menghidu pentas final, 20 Oktober bagi merealisasikan Misi 33.

Pada aksi malam tadi, Selangor jelas terlalu kuat untuk di saingi Johor FC kendalian Sazali Saidon apabila tuan rumah ternyata menguasai permainan sejak dari awal permainan.
Hasilnya, gol pertama Selangor diperoleh menerusi penyudah kemas S Veenod pada minit ke-28 selepas pemain pinjaman dari USM FC itu melakukan larian pantas untuk menyambar hantaran cantik Amri Yahyah dari sebelah kanan.

Kelekaan Selangor bagaimanapun membolehkan Johor FC menyamakan kedudukan pada minit ke-64 selepas Fernando Augusto menyudahkan keadaan kelam kabut di depan pintu gol selepas sepakan sudut menewaskan Norazlan Razali.

Namun pemain gantian, Fitri Shazwan Raduwan menggamatkan 15,000 penyokong Red Giants yang hadir apabila menjaringkan gol kemenangan Selangor pada minit ke-82 selepas rembatan lencong kaki kirinya menewaskan penjaga gol Johor FC, Zamir Selamat.

Raja tak mahu lepas

Posted: 02 Oct 2012 09:07 AM PDT

Kuala Lumpur: Seperti dijangka, jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal tetap dengan pendiriannya tidak melepaskan lima pemain Harimau Muda menyertai skuad Ong Kim Swee ke kejohanan jemputan B-21 Piala Thanh Nien di Gia Lai, Vietnam, 13 hingga 21 Oktober ini.

Hasil pertemuan Rajagobal dan Kim Swee semalam, kata putus dibuat penjaga gol Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Gary Steven Robbat (Harimau Muda A) serta Zubir Azmi (Terengganu) perlu mengikut Rajagobal ke Hong Kong untuk aksi persahabatan antarabangsa, 16 Oktober ini.

Lantas Kim Swee kini hanya memiliki 25 pelatih untuk ke kejohanan di Vietnam itu 14 pemain Harimau Muda A, dua pemain Harimau Muda B, seorang pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) serta lapan pemain luar dari kelab dan negeri.
Bagi saya, kita perlu realistik dengan barisan pemain yang tinggal. Jika kesemua lima pemain itu ada, sudah pasti saya boleh buat sasaran yang lebih tinggi. Tapi dengan situasi sekarang, saya hanya berani letak sasaran layak ke separuh akhir, kata Kim Swee ketika dihubungi, semalam.

Pada kejohanan yang turut diberi jolokan Piala Newspaper itu, skuad B-21 negara diletak satu kumpulan dengan Indonesia B-21 dan Iraq B-19 manakala satu lagi kumpulan diisi Vietnam B-21, Singapura B-21 dan Syria B-19. Dua teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir.

Tambah Kim Swee: "Persiapan kita juga kurang lancar kerana hanya dapat buat satu aksi persahabatan bertemu Kemboja (malam tadi) kerana Harimau Muda A perlu ke Singapura untuk aksi Liga-S bertemu Balestier Khalsa, Ahad ini.

"Selepas itu kami akan terbang ke Vietnam pada 11 Oktober dengan saya hanya akan bawa 20 pemain. Kami tetap akan cuba yang terbaik biarpun dengan skuad yang sedikit pincang."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan