Harian Metro: Arena |
Posted: 02 Oct 2012 10:37 AM PDT PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim mengaku terpaksa berhutang dengan tiga along bagi menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda persatuan itu. Biarpun sedar berisiko, beliau mendakwa terpaksa melakukannya kerana perlu menyelesaikan segera masalah kewangan itu dengan apa cara sekalipun.
Menurutnya, beliau boleh meminjam daripada bank tapi perlu mencagarkan pelbagai benda bagi membolehkannya berhutang dan proses itu dianggapnya merumitkan.
Menurutnya, kedudukan kewangan PFA pada masa ini di bawah paras negatif dan beliau menyifatkan perkara itu sesuatu yang membimbangkan tapi belum mencapai tahap tenat.
Justeru, Shahidan memberi bayangan sedia berundur jika Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sudi menerima lamarannya menyertai PFA bagi menyelesaikan kemelut kewangan itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/03 |
Posted: 02 Oct 2012 10:30 AM PDT MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan sasaran emas negara perlu realistik walaupun mendapat peruntukan besar menghadapi Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Kontinjen negara yang membelanjakan RM20 juta gagal merealisasikan misi meraih emas pertama pada pertengahan tahun ini di Olimpik London apabila sekadar membawa pulang satu perak dan gangsa menerusi jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong dalam acara terjun.
Emas sulung negara pada temasya sukan terbesar dunia itu masih belum dicapai sejak mula bertanding pada Olimpik 1956 di Melbourne namun dengan peruntukan RM50 juta selama empat tahun, ia turut menghadirkan harapan tinggi untuk merangkul lebih daripada satu pingat emas.
"Dulu (Olimpik 2012), lawan pedang dan renang tiada dalam program Road To London namun berjaya layak dan kita tidak bolehkan nafikan ia sudah menjadi asas untuk dikembangkan. Sukan berpasukan seperti bola sepak dan hoki juga perlu dijadikan sebahagian daripada program," katanya.
Sementara itu Pengerusi Yakeb, Datuk Jamil Salleh berkata, kehilangan 'Raja Bola' itu amat dirasai terutama kerana beliau sentiasa terbabit secara langsung dalam setiap program dianjurkan organisasi itu dan berusaha membukukan cerita tentang diri dan perjuangannya dalam bola sepak. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan