Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Taktik kotor Indon

Posted: 01 Feb 2011 05:00 PM PST

Sukan

Naib Presiden MOM, Prof Datuk W Y Chin

Naib Presiden MOM, Prof Datuk W Y Chin

Tuan rumah Sukan SEA pilih banyak acara yang memihak atlit sendiri

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) membidas tindakan tuan rumah Sukan SEA XXVI, Indonesia kerana menyenaraikan banyak acara yang memihak atlit mereka pada temasya dwitahunan itu, November ini.

Naib Presiden MOM, Prof Datuk W Y Chin berkata, tindakan itu jelas bertentangan dengan semangat kesukanan dan menegaskan dia yang akan mengetuai delegasi MOM pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif dan Majlis Persekutuan Sukan SEA (SGF) di Denpasar, Bali 25 Februari ini, akan mengemukakan bantahan mengenainya. "Kami baru terima senarai acara yang akan dipertandingkan semalam (kelmarin) dan sebahagian besarnya didapati lebih memihak serta mempunyai potensi tinggi dimenangi atlit mereka.

"Sebagai contoh dalam sukan snuker, saya dapati tidak ada satu pun acara snuker dipertandingkan, sebaliknya lebih banyak acara 'pool' yang sudah tentu ramai maklum kerana ia memihak mereka," katanya.

Jawatankuasa Olimpik Indonesia difahamkan menghantar senarai acara temasya dwitahunan kepada semua anggota SGF kelmarin untuk diteliti dan dibincangkan dalam mesyuarat di Bali.

Pada mesyuarat terakhir 27 September lalu, Jawatankuasa Peraturan dan Sukan SGF meluluskan 42 jenis sukan dipertandingkan dengan hoki dan bina badan masih belum diputuskan kerana tertakluk kepada kemampuan kewangan tuan rumah.
Indonesia yang pernah menjadi tuan rumah pada 1979, 1987 dan 1997, akan menganjurkan temasya itu di dua bandar utama iaitu Palembang dan Jakarta, dengan Palembang menjadi gelanggang utama termasuk upacara perasmian pada 11 November dan penutup, 25 November.

Chin yang juga Presiden Persekutuan Snuker dan Billiard Malaysia (MSBF) berkata, MOM akan mengedarkan senarai acara itu kepada semua persatuan sukan untuk meneliti dan mengemukakan protes melalui pihaknya.

"Kita juga akan bekerjasama dengan negara anggota SGF lain untuk mendesak Indonesia supaya lebih adil dan telus serta memenuhi semangat kesukanan dalam menyenaraikan acara yang dipertandingkan," katanya.

INFO
Senarai 21 acara sukan di Palembang:

Olahraga, Akuatik (termasuk terjun dan polo air), Besbol, Biliards & Snuker, Tinju, Bola Sepak, Gimnastik, Sepak takraw, Menembak, Bola Lisut, Tenis & Soft Tennis, Bola Tampar (Dalam Dewan dan Pantai), Angkat Berat, Gusti, Catur, Fin Swimming, Petanque, Ski Air, Bridge, Roller Skate dan Wall Climbing

Senarai 22 acara sukan di Jakarta:

Memanah, Badminton, Bola Keranjang, Bowling, Kenu, Lumba Basikal, Ekuestrian, Lawan Pedang, Bola Sepak dan Futsal, Golf, Judo, Karate, Mendayung, Perahu Layar, Taekwondo, Ping Pong, Wushu, Kempo, Silat, Perahu Tradisional, Paragliding dan Vovinam

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Torres cetus kemarahan di Anfield

Posted: 01 Feb 2011 04:57 PM PST

Sukan

PENYOKONG Liverpool membakar jersi Torres sebagai tanda marah, semalam.

PENYOKONG Liverpool membakar jersi Torres sebagai tanda marah, semalam.

PEMERGIANNYA ke Chelsea mungkin mengukir sejarah sebagai pemain ketiga termahal dunia tetapi selepas membuat peminat Liverpool tertanya-tanya, tindakan Fernando Torres itu mencipta musuh baru di kalangan peminat setia Anfield.

Torres mungkin menyarung jersi biru Chelsea dan berdepan Liverpool apabila kedua-dua kelab bertemu dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge Ahad ini tetapi penyerang Sepanyol itu mungkin diberi sambutan dingin oleh penyokong setia Reds yang memujanya sejak dia berpindah dari Atletico Madrid pada 2007.

Torres sah menjadi pemain ketiga termahal dunia dengan bayaran perpindahan mencecah 50 juta pound (RM250 juta), kira-kira setengah jam sebelum tempoh jendela perpindahan berakhir semalam, dengan kontrak baru lima tahun setengah, dibelakang jumlah dibayar Real Madrid untuk membeli Cristiano Ronaldo dan perancang Brazil, Kaka pada 2009. Rekod bayaran termahal dalam bola sepak Inggeris sebelum ini dipegang Carlos Tevez selepas keluar daripada Manchester United untuk ke Manchester City dengan bayaran 47 juta pound (RM235 juta) pada 2009.

"Saya amat gembira dengan perpindahan ke Chelsea dan berharap dapat membantu rakan baru musim ini serta untuk beberapa tahun akan datang," kata Torres.

"Selepas menentang Chelsea beberapa kali sejak datang ke England, saya tahu ada ramai pemain hebat di sini dan saya perlu bekerja keras untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Saya harap dapat menjaringkan beberapa gol penting bagi menggembirakan penyokong musim ini," kata penjaring 81 gol untuk Liverpool itu.

"Saya pasti saya melakukan satu langkah besar ke depan dalam karier dengan menyertai kelab seperti Chelsea.
Saya hanya mahu berada pada tahap sepatutnya bagi saya. Ini kelab yang hebat dan setiap orang menjangkakan yang terbaik dari saya, saya sudah bersedia dengan cabaran itu." - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan