Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Dugaan Kim Swee tepat

Posted:

Dugaan Kim Swee tepat

Dugaan Kim Swee tepat

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


Pemain Harimau Muda A, Syahrul Azwari Ibrahim (kiri) diasak pemain Pahang, Mohd. Fadzirul Zakaria, pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin. - UTUSAN/Fauzi Baharudin


SHAH ALAM - Bukan tidak menghargai kemenangan sulung ke atas Pahang 3-1 kelmarin, tetapi Ong Kim Swee ternyata perlu memikirkan misi yang lebih penting buat Harimau Muda A dalam Kelayakan Olimpik, 23 Februari ini.

Dua gol Izzaq Faris Ramlan dan penyudahan penalti Mohd. Fandi Othman di Stadium Shah Alam melegakan jurulatih skuad Bawah 22 negara malah memang menepati ramalan berikutan prestasi cemerlang anak buahnya.

"Perlawanan itu memang milik kami berdasarkan prestasi pemain dan kepatuhan mereka terhadap arahan saya biarpun cuma sedikit kesilapan benteng menghukum kami dengan gol pendahuluan lawan.

"Saya puas hati dengan kemenangan sulung ini, namun yang lebih penting ialah menyediakan pasukan menghadapi Pakistan (dalam perlawanan pertama pusingan pertama Kelayakan Olimpik di Kuala Lumpur).

"Kami cuma kurang bertuah di Seremban (dikalahkan Negeri Sembilan 1-0 dengan jaringan tiga minit terakhir) tetapi di sini (Shah Alam), kemasukan dan sentuhan Izzaq Faris menepati perancangan kami," katanya.

Harimau Muda A melakukan hampir 10 percubaan berbahaya ke gawang Tok Gajah yang dikawal Suffian Ab. Rahman, dengan penguasaan mereka begitu terserlah dalam babak kedua termasuk menerusi gerakan Fandi, Gary Steven Robbat dan Syahrul Azwari Ibrahim.

Bagaimanapun Kim Swee tidak menolak kemungkinan untuk membuat sedikit rombakan pada kesebelasan utama Harimau Muda A menjelang menentang Pakistan memandangkan dia memerlukan beberapa tonggak yang kini mewakili beberapa pasukan negeri.

"Setakat ini keserasian pasukan sudah diperoleh (sejak siri persahabatan dengan Thailand dan Singapura, bulan lalu) tetapi saya masih memantau keadaan Ahmad Shakir Md. Ali dan Ahmad Fakri Saarani untuk turut diserapkan bagi Kelayakan Olimpik," katanya.

Pakistan dilaporkan bakal menamakan beberapa pemain yang berpangkalan di kelab Eropah seperti penjaga golnya, Naiman Khan (Sepanyol) dan Yousuf Butt (Sweden), apabila bertandang 23 Februari ini sebelum menanti Malaysia di Lahore, 9 Mac.

Anak buah Tariq Lutfi ini dijadualkan membuka kem latihan selama dua minggu di Thailand pada minggu depan sambil mengadakan tiga perlawanan dengan kelab tempatan dan yang terakhir menentang pasukan kebangsaan tuan rumah.

Sementara itu, Izzaq Faris yang cukup gembira dengan dua jaringannya ke atas Pahang kelmarin berkata, dia masih terasa belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan urat pelipat lutut yang ditanggungnya sejak menentang Thailand di Bangkok, bulan lalu.

"Saya rasa baru beransur pulih sekitar 90 peratus sahaja. Itulah sebabnya saya bukan dalam kesebelasan utama (menentang Pahang) tetapi apabila jurulatih masukkan saya gantikan Wan Zack Haikal Wan Noor, saya tekad untuk menjalankan tanggungjawab mencari gol.

"Pengalaman Sukan Asia Guanghzou dan Piala Suzuki AFF, tahun lalu, banyak dimanfaatkan dan dikongsi dengan pasukan dalam menghasilkan dua gol ini," katanya yang mencipta gol pertama menerusi tandukan mencecah tanah dan kedua, rembatan leret kaki kiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wan Jamak tak mahu dabik dada

Posted:

Wan Jamak tak mahu dabik dada

Wan Jamak tak mahu dabik dada


Pemain Negeri Sembilan, Idris Karim (tengah) menanduk bola dalam percubaan menjaringkan gol ketika menentang T-Team dalam saingan Liga Super di Seremban, kelmarin.


SEREMBAN – Jurulatih Negeri Sembilan Wan Jamak Wan Hasan berkata, beliau belum mahu mendabik dada walaupun skuad bimbingannya kini berada di tempat teratas Liga Super setelah memenangi dua perlawanan yang dilalui setakat ini.

Katanya, perlawanan Liga Super baru bermula dan adalah sukar untuk menilai kemampuan setiap pasukan.

"Apa pun, saya berpuas hati dengan prestasi Negeri Sembilan setakat ini. Dua kemenangan ini memberi dorongan kepada setiap pemain mempamerkan persembahan terbaik mereka untuk mengharungi perlawanan seterusnya. Saya berharap setiap pemain akan memberi fokus dalam setiap perlawanan yang dilalui," katanya selepas perlawanan Negeri Sembilan dengan T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.

Mengulas kemenangan 3-1 Negeri Sembilan ke atas T-Team, beliau berkata, ia satu keputusan yang memberangsangkan setelah mencapai kemenangan tipis 1-0 ke atas Harimau Muda A Sabtu lepas.

"Pemain saya agak berhati-hati pada separuh masa pertama, namun mereka bangkit pada separuh masa kedua untuk mencapai kemenangan selesa," katanya.

Pada musim ini, selain mengekalkan beberapa pemain berpengalaman musim lepas seperti Shukor Adan, Idris Karim, Shahurain Abu Samah, Aidil Zafuan Abd Radzak, Zaquan Adha Abd Razak dan S. Kunalan, Negeri Sembilan turut diperkuatkan dengan tujuh pemain baru iaitu Hairuddin Omar, Norhafiz Zamani Misbah, Irwan Fadli Idrus, Farizal Marlias, Ahmad Fikri Saarani, Ahmad Aminuddin Shaharuddin dan G. Mahathevan.

Sementara itu, jurulatih T-Team Yunus Alif berkata, rentak permainan yang kurang kemas dan hilang konsentrasi pemainnya pada babak kedua dimanfaatkan oleh pasukan lawan.

"Walaupun agak kecewa, namun perlawanan Liga Super masih awal dan saya berharap persembahan pemain saya akan meningkat pada perlawanan akan datang.

Saya juga berharap dapat baiki segala kelemahan yang dikenal pasti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan