Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Dapat dulu pengesahan

Posted: 01 Feb 2011 09:52 AM PST

KETUA Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed mengarahkan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) mendapatkan pengesahan terlebih dulu mengenai status pembinaan Kompleks Sukan Ranau di Sabah dengan Lembaga Sukan Negeri Sabah sebelum program latihan atlet di situ dimulakan.

Ini kerana beliau tidak mahu program fasa satu selama sebulan bagi persiapan ke Sukan Sea di Palembang November ini terjejas kerana kemudahan yang belum lengkap.


"Saya dipanggil untuk mendengar taklimat mengenai program ini minggu lalu, berdasarkan taklimat yang diberikan KOAM, seolah-olah semua (Kompleks Sukan Ranau) sudah 'ready' tapi saya tidak pergi ke Ranau untuk melihat sendiri keadaan tempat itu.

"Pada taklimat itu pihak persatuan ada menunjukkan gambar kompleks itu tapi jika pemilik kompleks itu sendiri cakap belum siap, elok pihak persatuan mengadakan perbincangan semula.


"Macam mana atlet nak berlatih jika kompleks itu belum siap sepenuhnya tanpa bekalan air dan elektrik," katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.


Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah, Mahmood Kalong mengenai Kompleks Sukan Ranau yang masih tidak dilengkapi kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya manakala gimnasium tidak terdapat dalam pelan pembinaan itu.

Mahmood berkata, projek yang bermula pada 2007 itu boleh digunakan seawal April ini sedangkan KOAM yang mendapat kelulusan Majlis Sukan Negeri (MSN) mahu menghantar 15 atlet dan lima jurulatih berlatih menjalani program awal bulan ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

>MSN tak tahu tarikh mula program

Posted: 01 Feb 2011 09:51 AM PST

APA yang dipaparkan dalam laporan Arena Metro semalam menerusi kenyataan dikeluarkan Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah, Mahmood Kalong mengenai status Kompleks Sukan Ranau mengejutkan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong.

Zolkples berkata, pihaknya memberikan kelulusan selepas menerima laporan daripada KOAM dan hingga kini tidak mengetahui tarikh sebenar program itu bermula.


"MSN sudah luluskan program itu tapi sampai sekarang kami tidak tahu tarikh mula program itu. Apa yang diberitahu kepada kami sebelum ini, ia akan diadakan awal bulan ini. Kami perlu tahu lebih awal kerana mahu menguruskan penerbangan semua atlet dan jurulatih terbabit.

"Dulu (KOAM) cakap MSN tak nak luluskan program tapi bila diluluskan sampai sekarang tak bagi maklum balas. Tapi sekarang masalah timbul apabila pihak pengurusan kompleks itu sendiri cakap belum siap, jadi biarlah KOAM yang menentukan sendiri perkara ini," katanya.


Zolkples sebelum ini berat hati untuk memberi kelulusan kerana khuatir tahap kemudahan kompleks yang dikatakan belum lengkap serta kesediaan atlet menyertai program itu.


Namun, selepas mendapat laporan lengkap mengenai program itu, MSN meluluskan fasa satu latihan di Ranau dengan hanya membabitkan 15 atlet dan lima jurulatih.

Ranau menjadi lokasi pilihan KOAM kerana terletak di kawasan altitud tinggi dan sesuai dijadikan markas persiapan atlet ke Sukan Sea Palembang November ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan