Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kejutan Chong Wei

Posted: 02 Apr 2011 03:33 PM PDT

Sukan

LEE Chong Wei dibimbing Tey Seu Bock sepanjang ketiadaan Misbun.

LEE Chong Wei dibimbing Tey Seu Bock sepanjang ketiadaan Misbun.

Jaguh negara luah isi hati yang terpendam

ANDAI berpandu kepada kata-kata yang terbit daripada mulut, Lee Chong Wei semalam, jaguh badminton negara itu seperti tidak memerlukan lagi 'sentuhan emas' Datuk Misbun Sidek.

Pemain nombor satu dunia itu yang dibimbing Tey Seu Bock sepanjang ketiadaan Misbun menegaskan dia tidak kisah sama ada dibimbing oleh mentornya itu atau tidak dalam membuat persiapan memburu kemasyhuran memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2012. Chong Wei yang berjaya mempertahankan kejuaraan Seluruh England, bulan lalu menyifatkan dia kini 'mampu menjaga diri sendiri dan memperbaiki kelemahan.'

"Ia terbukti apabila saya mengekalkan kejuaraan dalam tiga kejohanan setakat ini.

Saya tidak boleh mengharapkan kepada satu jurulatih saja kerana perlu menjalankan tanggungjawab yang berat termasuk, berlatih bersungguh-sungguh," katanya selepas majlis amal 'Hope & Smile' di Dewan Tunku Geodesi Dome, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) bagi mengumpul sekurang-kurangnya RM1 juta untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun.

Misbun membuat pusingan-U, kelmarin apabila memutuskan untuk kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas meletak jawatan secara mengejut pada 31 Disember 2010.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

wwe

Mata yang kita lihat dan telinga yang kita dengar bukan kebenaran sepenuhnya. Yang benar sepenuhnya adalah hatinya, hati DLCW.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Red Devils bangkit garang

Posted: 02 Apr 2011 03:29 PM PDT

Sukan

PENYERANG United, Park Ji-Sung bertembung dengan pertahanan West Ham,Manuel Costa pada saingan Liga Perdana Inggeris, semalam.

PENYERANG United, Park Ji-Sung bertembung dengan pertahanan West Ham,Manuel Costa pada saingan Liga Perdana Inggeris, semalam.

LONDON: Jaringan hatrik yang hebat daripada Wayne Rooney mencipta 'rasa amat lega' kepada Manchester United yang terpaksa bangkit daripada kejutan awal sebelum dapat menewaskan West Ham 4-2 di gelanggang lawan, semalam.

Satu ketika anak didik Alex Ferguson terbayang kekalahan di Upton Park apabila tuan rumah bertindak agresif mendahului 2-0 hasil sepakan penalti Mark Noble pada minit ke-11 dan 25.

Rooney menyumbat gol pada minit ke-65, 73 dan 79 (penalti) manakala gol keempat adalah sumbangan Javier Hernandez (m-84). Kemenangan ini membantu The Red Devils melebarkan pendahuluan Liga Perdana Inggeris kepada lapan mata mengatasi Arsenal yang menentang Blackburn, lewat malam tadi. - Agensi

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Ricky Capri

Glory Glory MU....memang terbukti MU juara EPL musim ini....

abdul karim bin jaafar

KALAU MAN U MENANG PERLAWANAN DENGAN ARSENAL NANTI,,SUDAH PASTI KEJUARAAN EPL MILIK MAN U,,,


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan