Kosmo Online - Sukan |
Posted: Chong Wei tagih ilmu MisbunKEMBALI BERSATU... Chong Wei akan mendapat tunjuk ajar dan bimbingan Misbun yang bersetuju untuk menyertai semula BAM. JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan dakwaan kononnya dia tidak lagi memerlukan khidmat jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek yang kembali semula ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Chong Wei berkata, dia masih memerlukan bimbingan Misbun walaupun kini selesa dengan jurulatih, Tey Seu Bock yang mengambil alih tugas semasa ketiadaan Misbun sejak 1 Januari lalu. Misbun meletak jawatan pada 31 Disember tahun lalu dan Jumaat lalu, Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh mengumumkan Misbun menarik balik keputusannya dan akan ditawarkan kontrak baru. Chong Wei berkata, semasa ketiadaan Misbun selama empat bulan, dia telah mempelajari sesuatu yang baru daripada Seu Bock yang telah membantunya mempertahankan gelaran Seluruh England bulan lepas. "Jika ingin bermain pada kejohanan di luar negara, saya masih ingin Misbun dan Seu Bock menemani saya ketika berada di sana," kata Chong Wei semalam. Pemain itu berkata, corak latihan Seu Bock adalah berlainan dengan cara Misbun dan adalah sukar bagi dirinya untuk menukar corak latihan jika kembali dengan Misbun. "Saya perlukan kedua-duanya dan harap Seu Bock dan Misbun dapat melatih saya kelak," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Kelantan minat jadi tuan rumah Posted: Kelantan minat jadi tuan rumahOleh YATIMIN ABDULLAH INILAH pandangan dari bahagian atas Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu, Kelantan. PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhasrat mengemukakan permohonan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menjadikan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu sebagai gelanggang perlawanan antara skuad Olimpik negara dengan Lebanon pada 23 Jun depan. Presidennya, Tan Sri Annuar Musa (gambar) berkata, hasrat tersebut telah mendapat persetujuan Ahli Majlis KAFA agar permoho- nan tersebut disampaikan kepada AFC melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dipertimbangkan. "Hasrat tersebut perlu dipertimbangkan oleh FAM dan AFC. Sekiranya ia berjaya, Kelantan bersedia menyediakan satu suasana boleh sepak yang 'hidup dan penuh' bagi memberi sokongan padu kepada skuad negara. "Saya sudah sampaikan perkara ini secara tidak rasmi kepada AFC dan sekarang masanya untuk permohonan itu dibuat secara rasmi. Kita mahu tengok bola sepak dimainkan dalam suasana yang hidup dengan stadium penuh sesak," kata Annuar semalam. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Pesta Sukan dan Permainan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mene- ngah Rendah Zon Timur 2011 (SUPER) di MRSM Pasir Tumboh semalam. Annuar melahirkan keyakinan sekiranya perlawanan tersebut diadakan di Kota Bharu, penyokong Kelantan sendiri akan memakai baju kuning dan biru untuk memberi sokongan padu kepada skuad bimbingan Ong Kim Swee. Annuar memberitahu, selain daripada sokongan dan kemeriahan semata-mata, semua pihak perlu memandang positif perkara itu sebagai salah satu cara menggalakkan semua pihak menjaga kualiti stadium dan padang masing-masing. "Bila kita buat macam ini, maka akan meningkatkan kesedaran untuk menaik taraf stadium masing-masing untuk memenuhi piawaian- piawaian tertentu. "Dengan itu, ia menggalak- kan pembangunan. Kita boleh galakkan perbadanan stadium supaya meningkatkan kualiti padang, bilik persali- nan, malah fasiliti media sekalipun," tegasnya. Skuad Olimpik negara akan beraksi menentang Lebanon dalam pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 pada 19 dan 23 Jun depan. Perlawanan yang akan dilangsungkan secara timbal balik itu bakal diadakan terlebih dahulu di Lebanon dan kemudiannya di Malaysia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Azizulhasni membaraAZIZULHASNI dan Athiah Ilyana diraikan pada majlis resepsi perkahwinan mereka di Meru Height, Ipoh semalam. KEHADIRAN isteri di sisi menjadi pembakar semangat kepada pelumba basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang untuk segera pulih daripada kecederaan betis yang dialaminya pada Februari lalu. Terkenal dengan nama jolo- kan The Pocketrocketman, Azizulhasni berkata, isterinya, Athiah Ilyana Abdul Samat banyak membantu kehidupannya di Melbourne, Australia yang menjadi pusat latihannya. "Lepas ini saya dan isteri akan menunaikan umrah dan selepas itu kembali ke Melbourne untuk menjalani latihan," kata Azizulhasni ketika ditemui pemberita pada majlis resepsi perkahwinannya di kediaman keluarga pengantin perempuan di Meru Height, Ipoh semalam. Azizulhasni yang akan menjalani latihan biasa dan intensif secara berperingkat selepas kembali ke Melbourne berkata, kecederaan yang dialaminya pada 19 Februari lalu juga membakar semangatnya untuk terus meningkatkan prestasi. Dia mengalami kecederaan serius ketika bertanding dalam acara final keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI di Manchester, England apabila betis- nya tertusuk serpihan kayu velodrom sepanjang 20 sentimeter. Mengenai peluang memenangi pingat emas pada temasya Olimpik 2012 di London yang disandarkan kepadanya, Azizulhasni berkata, peluang itu terbuka kepada semua termasuk pelumba tuan rumah yang juga saingan terdekatnya, Chris Hoy. Katanya, dia kini menumpu- kan perhatian bagi menghada- pi temasya Sukan Universiti Dunia 2011 yang akan berlangsung di Shenzen, China pada 12 hingga 23 Ogos depan. Sementara itu, jurulatihnya, John Beasley berkata, Azizul- hasni telah pulih daripada kecederaan yang dialami. "Namun, saya tetap mahu berhati-hati. Saya juga mahu memberi beliau masa dan tidak tergesa-gesa kembali aktif sepenuhnya. "Ini kerana otot yang cedera mengambil masa untuk benar- benar pulih," kata Beasley lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan