Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Saya bukan berubah fikiran'

Posted:

'Saya bukan berubah fikiran'

'Saya bukan berubah fikiran'

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - "Saya tidak pernah berubah fikiran apabila saya kata, saya boleh berdikari tanpa (Datuk) Misbun Sidek tetapi itu tidak bermakna saya tidak memerlukan beliau langsung,'' tegas jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei ketika ditanya mengapa kenyataannya sekarang agak bercanggah dengan apa yang pernah dikatakan sebelum ini.

Ketika pulang daripada mempertahankan kejuaraan All England bulan lalu, Chong Wei ada berkata, beliau berharap Misbun dapat segera menyelesaikan masalahnya bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan kembali ke pangkuan skuad kebangsaan.

Bagaimanapun ketika ditemubual media di Pulau Pinang kelmarin, nada pemain itu mula berubah apabila menegaskan, beliau semakin selesa selepas tiga bulan berkerjasama dengan Tey Seu Bock dan tidak kisah untuk meneruskan hari-hari mendatang tanpa mentornya itu.

Malah, Chong Wei mengakui, kepulangan Misbun mungkin lebih bagus untuk menaikkan pemain-pemain pelapis yang ketika ini merupakan masalah terbesar badminton negara, apatah lagi beliau bakal berundur sebaik tamat Sukan Olimpik London, tahun depan dan penggantinya harus dicari dengan segera.

"Saya cuma mahu menjelaskan bahawa saya sudah OK dengan keadaan sekarang, sepanjang tiga bulan tanpa Misbun saya sudah berjaya menyesuaikan diri dengan beberapa perkara baru yang saya pelajari dari Seu Bock, jadi mengapa saya perlu menukar sesuatu yang sudah berjalan baik.

"Bagaimanapun kepulangan semula Misbun tetap sesuatu yang menggembirakan kerana kami boleh bertukar pandangan macam dulu, beliau boleh memberi nasihat kepada saya, sekalipun jika saya kini berlatih di bawah Seu Bock,'' ujar Chong Wei lagi.

Bagaimanapun tegas Chong Wei, sebarang perancangan mengenai masa depannya hanya akan dibincang bersama BAM dan Seu Bock, malah beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) badan badminton kebangsaan itu untuk memutuskan apa yang terbaik buatnya.

"Saya difahamkan bahawa CTC yang dipengerusikan oleh Ng Chin Chai akan mengadakan mesyuarat minggu depan, jadi saya harap mereka tahu keputusan yang terbaik untuk saya.

"Pada saya, saya gembira dengan keadaan sekarang tetapi saya juga tiada masalah seandainya Misbun mahu menemani saya pada kejohanan-kejohanan antarabangsa di masa akan datang, namun kami perlu berbincang dengan Seu Bock dan BAM,'' ujarnya lagi.

Dalam tempoh tiga bulan ketiadaan Misbun, Chong Wei berjaya memenangi tiga daripada empat kejohanan yang disertai iaitu Siri Super Masters Akhir (Taiwan), Terbuka Malaysia dan All England, di mana dia menumpaskan musuh tradisi, Lin Dan di final. Pada Terbuka Jepun, dia muncul naib juara selepas kalah kepada Lin Dan pada perlawanan akhir.

Sementara itu Pengurus Besar BAM, Kenny Goh tidak menolak kemungkinan terma kontrak baru Misbun akan turut mengambil kira kenyataan terbaru Chong Wei, namun perkara tersebut belum lagi dibincangkan buat masa ini.

Menurut Kenny, seperti yang pernah ditegaskan oleh Presiden, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh sebelum ini, kedudukan jurulatih Chong Wei hanya akan ditentukan mengikut keselesaan pemain itu kerana sebarang keputusan harus mengambil kira kepentingan negara.

"Kami akan berjumpa Chong Wei secara peribadi dan berbincang sendiri dengannya mengenai siapakah jurulatih yang beliau mahu, apa juga keputusan yang dimahukan pemain itu, itulah yang terbaik buat kami,'' kata Kenny.

Chong Wei dan Kenny ditemui pada majlis perlawanan amal mengisi tabung mangsa bencana gempa bumi dan tsunami Jepun yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam. Dalam perlawanan semalam, Chong Wei menentang jaguh Indonesia yang juga rakan baiknya, Taufik Hidayat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Raket Chong Wei bernilai RM200,000

Posted:

Raket Chong Wei bernilai RM200,000

Raket Chong Wei bernilai RM200,000


Lee Chong Wei


KUALA LUMPUR - Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei terharu dan tidak menyangka bahawa raket yang digunakannya ketika mengalahkan Lin Dan untuk mempertahankan kejuaraan All England, bulan lalu mampu mencecah RM200,000.

Malah, keseluruhannya kesemua barangan yang digunakan pemain itu pada perlawanan akhir tersebut berjaya menyumbang RM359,000 dalam majlis lelongan amal untuk mengisi tabung gempa bumi dan tsunami Jepun Hope and Smile yang dianjurkan Chong Wei di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.

Selepas dua hari mengadakan majlis amal - di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang kelmarin, Chong Wei berjaya mengumpul lebih RM800,000, dan beliau percaya sasarannya untuk mengisi RM1 juta dalam tabung berkenaan mampu dipenuhi.

Selain melelong barangan peribadinya, turut diadakan semalam adalah perlawanan pertunjukan di antara Chong Wei dan rakan baiknya yang juga bintang badminton Indonesia, Taufik Hidayat. Chong Wei menang 22-20, 19-21, 22-20 dalam perlawanan yang amat menghiburkan.

"Saya sendiri amat terkejut apabila ada yang sanggup membida sehingga RM200,000 untuk mendapatkan raket saya, ia memang sangat mengharukan. Namun, yang paling penting mereka melakukannya untuk tujuan amal.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong program murni ini, terutama Taufik kerana sudi datang ke Kuala Lumpur meskipun mengharungi jadual yang padat di Indonesia.'' kata Chong Wei.

Chong Wei menggunakan dua batang raket dalam perlawanan akhir All England, dan sebatang lagi raketnya berjaya dilelong dengan harga RM85,000. Jersi kuning yang digunakan pemain itu pada final tersebut pula mencapai RM24,000, manakala jersi hitam mencecah RM26,000. Turut dilelong adalah sepasang kasut yang digunakan dengan angkanya mencecah RM24,000.

Majlis murni yang dianjurkan pemain No. 1 dunia itu bukan saja mendapat sokongan daripada peminat badminton tanah air, malah beberapa orang kenamaan, termasuk Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik. Turut hadir Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong.

Sementara itu Taufik ketika ditemui mengakui, dia sebenarnya mempunyai jadual yang sibuk dan baru pulang ke Jakarta kelmarin, namun dia tetap memenuhi undangan Chong Wei kerana niat rakannya itu terlalu murni.

"Ini adalah program yang bagus, jadi sukar untuk saya menolaknya walaupun sangat sibuk. Jelas beliau seorang yang berhati murni dan saya gembira dapat menjadi sebahagian daripada program ini. Tujuan kami hanyalah satu, untuk membantu mereka yang dalam kesusahan,'' kata bekas juara Olimpik dan dunia itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen