Harian Metro: Arena |
Posted: 02 Apr 2011 08:24 AM PDT MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini menegaskan Mario Balotelli (gambar) mempunyai masa depan cerah di Eastlands biarpun sikapnya kebelakangan ini begitu teruk. Sejak menyertai City dari Inter Milan tahun lalu, Balotelli sering menjadi tajuk berita kurang menyenangkan berkaitan kehidupan peribadinya dan kelakuannya di dalam dan luar padang bersama City.
Bagaimanapun, menjelang perlawanan menentang Sunderland di Eastlands malam ini, Mancini berkeyakinan penyerang itu yang tidak dinafikan seorang berbakat besar boleh menjadi pemain digemari di City tetapi menyedari pemain berusia 20 tahun itu masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan segala tumpuan yang dinikmatinya ketika ini.
"Dia bermain dalam 15 perlawanan dan menjaringkan sepuluh gol tetapi dia perlu mengubah sikap.
"Saya sudah bercakap dengannya. Apa yang saya katakan biarlah menjadi rahsia tetapi saya berharap dia dapat mengubah sikapnya," katanya.
|
Posted: 02 Apr 2011 08:24 AM PDT MIAMI: Pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal mempamerkan aksi luar biasa untuk menyingkirkan pesaing utamanya, Roger Federer 6-3 6-2 semalam untuk mara ke final kejohanan Terbuka Sony Ericsson di Miami. Nadal, yang kini memiliki rekod kemenangan 15-8 ke atas Federer, mendominasi sejak awal perlawanan dan menguasai sepenuhnya rentak permainan.
"Pada set kedua, saya fikir dia bermain dengan buruk. Dia banyak melakukan kesilapan berbanding kebiasaannya. Dia cuba mendapatkan mata dengan cepat jadi saya fikir dia tidak bermain dengan baik," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan