Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Ibarat final

Posted: 12 May 2011 01:06 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Pertembungan separuh akhir Selangor-Kelantan seperti buku bertemu ruas

IBARAT final tetapi berdasarkan rekod tiga perlawanan lalu, pentas separuh akhir pertama Piala FA di antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam malam ini, seharusnya memihak barisan Pantai Timur itu.

Namun ia hanya perkiraan di atas kertas dan Gergasi Merah yang dibarisi pemain kebangsaan dan berpengalaman, pasti enggan terus dibayangi kehebatan Red Warriors terutama selepas kejayaan menjuarai Piala FA kali kelima, dua tahun lalu apabila mengecewakan lawan berkenaan menerusi penentuan penalti pada final. Namun kebangkitan Kelantan yang bergelar juara Piala Malaysia buat kali pertama musim lalu menyaksikan Selangor bagai hilang arah termasuk apabila tewas dua kali selepas itu, baik di laman sendiri atau gelanggang lawan.

Pada aksi suku akhir Piala Malaysia tahun lalu, Selangor sekadar seri di Shah Alam dan tewas 3-0 ketika berkunjung ke kubu kuat Kelantan - Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, dan tewas lagi 2-0 pada perlawanan sumbangsih pembukaan Liga Super, Piala Sultan Ahmad Shah.

Terbaru mereka tewas 0-1 dalam perlawanan liga di Kota Bharu akhir bulan lalu, sedikit sebanyak menjejaskan kehebatan skuad K Devan walaupun kini berada di persada Liga Super dengan 42 mata, dua mata di depan Kelantan.

Dalam satu lagi pentas separuh akhir Piala FA, dua jiran Pantai Timur, Pahang dan Terengganu turut berentap di Stadium Darulmakmur dengan masing-masing terdesak memburu kejuaraan kali kedua - Pahang pada 2006 dan Terengganu pada 2000.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Era kegemilangan Barcelona

Posted: 12 May 2011 12:49 PM PDT

Sukan

pix_gal0
BARCELONA membuktikan mereka adalah kuasa kelab dunia apabila meraikan gelaran ketiga berturut-turut Liga Sepanyol kelmarin - gelanggang sama yang memulakan kebangkitan kelab Catalan itu tujuh tahun lalu.

Keputusan seri 1-1 Barcelona di Ciutat de Valencia yang menjadi gelanggang Levante, membolehkan barisan Pep Guardiola meraih gelaran liga kelima sejak 2005 dan yang ke-21 dalam sejarah panjang 111 tahun kelab itu, menerusi tandukan Seydou Keita pada minit ke-28 sebelum penyerang Levante, Felipe Caicedo menyamakan kedudukan pada minit ke-40.

"Setiap gelaran liga sukar dimenangi," kata Guardiola. "Kini masa untuk menikmatinya." Pada 2005, barisan Barcelona dikemudi Frank Rijkaard seri 1-1 hasil jaringan penyamaan Samuel Eto'o untuk mengesahkan gelaran liga pertama selepas lima tahun. sebelum bermula era yang menyaksikan dua trofi Liga Juara-Juara, lima gelaran Liga Sepanyol, satu Piala Kelab Dunia dan Copa del Rey.

Tujuh tahun berlalu dan Barca masih mengekalkan lima pemain - Lionel Messi, Xavi, Andres Iniesta, Carles Puyol dan Victor Valdes.

"Tanpa pemain ini, penguasaan Barcelona pasti tidak akan wujud," kata Guardiola yang menjulang gelaran liga ketiga untuk kelab yang pernah mewarnai kariernya sebagai pemain.

"Mereka bekerja keras setiap hari dan gelaran ini adalah hasilnya." Real Madrid, yang memegang rekod 31 gelaran liga, menamatkan saingan sebagai naib juara buat musim ketiga berturut-turut bersama pengurus baru Jose Mourinho.

Dengan gelaran liga sudah disahkan walaupun berbaki dua perlawanan, Barca kini mengalihkan tumpuan bagi final Liga Juara-Juara menentang Manchester United di Wembley, 28 Mei ini untuk melengkapkan era gemilangnya. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan