Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Asean tak putus asa

Posted: 12 May 2011 12:45 PM PDT

WALAUPUN sukar, negara Asia Tenggara masih mahu meneruskan hasrat membida mendapatkan hak selaku tuan rumah Piala Dunia 2030 selepas mendapat lampu hijau daripada pemimpin rantau ini selepas mereka mengadakan pertemuan pada sidang Sidang Kemuncak Asean Ke-18 di Jakarta baru-baru ini.

Kesepakatan itu sekali gus menunjukkan komitmen semua 10 negara Asean untuk merangka pelan lebih komprehensif dalam proses pembidaan itu biarpun perjalanan merealisasikan impian besar itu masih jauh.


Apatah lagi hasrat untuk membawa kejohanan bola sepak paling berprestij buat kali pertama ke rantau ini bukan mudah apatah lagi ia membabitkan penganjuran bersama.

Ia pernah dijelaskan sendiri Presiden Fifa, Datuk Seri Sepp Blatter dalam laporan Arena Metro, Mac lalu yang menyaksikan beliau menyifatkan idea tuan rumah bersama Piala Dunia hasil cetusan idea Menteri Luar Asean, sukar dilaksanakan.


Ini kerana katanya, Fifa lebih berminat menerima bidaan sebuah negara penganjur saja selepas Korea Selatan dan Jepun menjadi tuan rumah bersama pada 2002.


Namun begitu Asean tetap melihat idea ini sebagai platform terbaik dalam mengeratkan hubungan serta penyatuan di kalangan rakyat rantau ini yang mempunyai populasi 600 juta penduduk.

Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan Asean Malaysia Kementerian Luar Negeri, Ahmad Shahizan Abd Samad berkata, langkah pertama yang akan diambil adalah membentuk satu jawatankuasa khas untuk merangka strategi terbaik untuk melakukan pembidaan.


"Kami akan bermesyuarat minggu depan bersama dengan wakil FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), AFF (Persekutuan Bola Sepak Asean) dan juga KBS (Kementerian Belia dan Sukan).

"Menerusi mesyuarat ini kami akan membentuk satu jawatankuasa untuk merancang model terbaik bagi proses pembidaan itu. Kami akan melihat proses-proses yang akan diambil dalam membuat bidaan serta tempoh masa yang akan diambil," katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.


Rancangan Asean menjadi penganjur bersama Piala Dunia 2030 pada mulanya dibangkitkan pada mesyuarat Menteri Luar Asean di Lombok Januari lalu kemudiannya mendapat sokongan AFF yang kini diterajui Sultan Ahmad Shah.


Malah, sokongan padu juga disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rakan sejawatnya pada Sidang Kemuncak Asean minggu lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bujang Senang mahu libas PKNS

Posted: 12 May 2011 12:40 PM PDT

KELETIHAN berikutan jadual perlawanan agak ketat tidak menghalang hajat skuad 'Ngap Sayot' daripada mencapai impian menjadi pasukan pertama meleburkan rekod tanpa kalah PKNS Selangor di Stadium MBPJ, petang ini.

Sekalipun kemenangan memihak Sarawak, keputusan perlawanan tidak akan menggugat kedudukan PKNS yang selesa dengan kelebihan enam mata di takhta liga.


Namun bagi Sarawak, kemenangan amat diperlukan bagi mengukuhkan kedudukan di tangga kedua bagi mencerahkan peluang kembali beraksi di Liga Super musim depan.

"Walaupun pemain keletihan kerana terpaksa melalui tiga perlawanan dalam tempoh 10 hari, kemenangan ke atas PKNS esok (hari ini) amat penting. Ini kerana saya mahu Sarawak menjadi pasukan pertama meleburkan rekod tanpa kalah wakil Selangor itu musim ini," kata jurulatih Robert Alberts Sebelum ini jadual perlawanan ketat menggusarkannya yang menyaksikan Sarawak seri 1-1 dengan Sime Darby sebelum menang ke atas SDM Kepala Batas 3-0.


"Keadaan ini meletihkan pemain tapi saya berharap mereka akan kekal cergas berdepan PKNS nanti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan