Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kelantan ratah Gergasi Merah

Posted:

Kelantan ratah Gergasi Merah

Kelantan ratah Gergasi Merah


PENYERANG Kelantan, Khalid Jamlus (kiri) diasak dua pemain Selangor, Mohd Buyamin Omar (tengah)) dan Yosri Derma Raju pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam malam tadi.


KELANTAN boleh dikatakan sudah hampir pasti layak ke final Piala FA setelah membelasah teruk Selangor 5-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam malam tadi.

Dua jaringan Ramzul Zahini Adenan serta satu gol menerusi kapten, Badhri Radzi, Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha memastikan bekalan selesa Kelantan untuk separuh akhir kedua di Kota Bharu, Isnin ini.

Di hadapan 10,000 penyokong Selangor dan 20,000 penyokong Kelantan, pasukan pelawat tidak perlu menunggu lama untuk gol pertama pada minit ke-10 apabila Ramzul menolak masuk bola muntah selepas dua percubaan awal Nurul Azwan dan Norshahrul gagal ditangkap kemas penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar.

Kelantan terus garang apabila berjaya menambah gol kedua juga menerusi Ramzul yang pantas menyambut hantaran Norshahrul hasil sepakan percuma Badhri pada minit ke-40.

Tiga minit kemudian, Kelantan mendapat gol ketiga menerusi Ba- dhri yang mudah menolak masuk bola hantaran Nurul Azwan dari sebelah kiri.

Pada babak kedua, Kelantan memasukkan Khalid Jamlus bagi menggantikan Ramzul yang cedera pada minit ke-54 dan seminit kemudian, Selangor melakukan dua pertukaran serentak memasukkan Rudie Ramli dan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Fadzli Saari dan Hardi Jaafar.

Namun kegarangan Kelantan sukar dibendung apabila mereka berjaya menambah gol keempat menerusi penyudah Nurul Azwan hasil serangan balas pada minit ke-67.

Gol kelima pula menyusul pada minit ke-71 selepas Norshahrul tenang menyudahkan lorongan Khalid.

Jurulatih Selangor, K. Devan akhirnya mengeluarkan Saiful Amar dan memasukkan penjaga gol simpanan, Iqbal Suhaimi pada minit ke-74 bagi mengelakkan gawang mereka terus dibolosi.

Rekod cemerlang penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang gawangnya tidak dibolosi sepanjang lima perlawanan berturut-turut musnah apabila Amri Yahyah meledak gol tunggal Sela- ngor pada minit ke-90.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir pertama, Terengganu menewaskan Pahang 3-2 di Kuantan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

United mahu lebur rekod Liverpool

Posted:

United mahu lebur rekod Liverpool

United mahu lebur rekod Liverpool

MANCHESTER - Selepas 25 tahun bergelar pengurus Manchester United, impian Alex Ferguson untuk meleburkan rekod 18 kejuaraan Liga Perdana England milik Liverpool mungkin akan menjadi realiti malam ini.

Setelah mempamerkan aksi bertenaga ketika menewaskan Chelsea 2-1 di Old Traf- ford minggu lalu, United kini hanya memerlukan seri apabila bertemu Blackburn malam ini untuk mengesahkan kejuaraan liga buat kali ke-19.

United musim ini dikatakan kurang mantap musim ini jika dibandingkan dengan skuad- skuad juara terdahulu yang pernah dibimbing Ferguson sepanjang tempoh 25 tahun lalu.

Namun bagi pemain veteran United, Ryan Giggs yang merupakan satu-satunya pemain yang menjadi anggota pasukan United sepanjang memenangi 11 kejuaraan di bawah Ferguson, mereka langsung tidak terjejas dengan kritikan tersebut.

"Secara jujur, ia langsung tidak mengganggu fokus kami. Memang kami akui sepanjang separuh pertama musim ini, kami tidak beraksi dengan baik tetapi masih mampu meraih keputusan cemerlang.

"Pada saingan pusingan kedua musim ini iaitu selepas perayaan Krismas, kami mula mempamerkan aksi yang lebih baik dan ia diiringi keputusan yang baik.

"Kami telah beraksi dalam beberapa perlawanan dengan begitu hebat, sama ada di pentas Eropah mahupun liga domestik. Jadi kami tak peduli apa orang kata dan kami tahu kualiti yang kami miliki," kata Giggs.

Sementara itu, Ferguson berkata, beliau yakin para pemainnya tidak akan mempersia-siakan mata yang diperlu- kan mereka untuk bergelar juara pada baki dua perlawa- nan terakhir ini.

"Saya kenal para pemain dan mereka tidak akan menghancurkan harapan semua. Kami pasti akan mendapat mata pada dua perlawanan ini. Satu kejutan seandainya kami gagal.

"Kami hanya perlu satu mata dan aksi terakhir bertemu Blackpool akan berlangsung di laman sendiri," jelas Ferguson. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ASEAN serius

Posted:

ASEAN serius

ASEAN serius

KEMENTERIAN Luar akan mengadakan mesyuarat dengan pelbagai pihak pada minggu depan bagi membincangkan hasrat ASEAN untuk membida menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia pada tahun 2030.

Menurut satu kenyataan daripada kementerian berkenaan semalam, antara pihak yang akan terlibat dalam perbincangan tersebut ialah Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kementerian Belia dan Sukan serta agensi berkaitan.

"Mesyuarat itu adalah lanjutan daripada inisiatif Menteri-Menteri Luar ASEAN semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-18 di Jakarta pada minggu lepas yang mahu mengadakan kajian komprehensif dan bekerjasama dengan AFF bagi merealisa- sikan bidaan ASEAN untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030," jelas kenyataan tersebut.

Idea untuk bidaan bersama bagi 10 negara ASEAN menjadi penganjur Piala Dunia 2030 tercetus pada Sidang Kemuncak Menteri- Menteri Luar ASEAN di Lombok, Indonesia, Januari lepas.

Pada sidang itu, Malaysia diserahkan tugas untuk mengemukakan kertas kerja berhubung cadangan tersebut yang turut mendapat sokongan daripada AFF.

Kertas kerja awal mengenai bidaan tersebut kemudian dibentangkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim kepada AFF pada April. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan