Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Anugerah Sukan Negara: Chong Wei, Nicol tak dicabar?

Posted:

Anugerah Sukan Negara: Chong Wei, Nicol tak dicabar?

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
norzie.khasbi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Walaupun enam atlet disenarai akhir untuk calon Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2011 yang akan diumumkan malam ini, namun persaingan merebut anugerah berprestij itu dilihat hanya melibatkan dua penjuru bagi kedua-dua kategori kerana prestasi yang dilakar empat atlet ini lebih menonjol dibandingkan calon lain.

Bagi anugerah Olahragawan, jaguh badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menjadi calon utama untuk membawa pulang gelaran. Namun dia akan disaingi oleh bintang terjun, Bryan Nickson Lomas. Empat atlet yang turut berada dalam pencalonan akhir adalah Adrian Ang (boling), Cheng Chu Sian (memanah), Sazali Abdul Samad (bina badan) dan Leong Tze Wai (karate).

Untuk Olahragawati, jaguh skuasy No. 1 dunia, Datuk Nicol David bakal bersaing sengit dengan penerjun yang menjadi harapan pingat Malaysia di Sukan Olimpik, Pandelela Rinong. Salah seorang daripada mereka menjadi pilihan untuk mengetepikan empat calon akhir lain, Nur Suryani Muhamed Taibi (menembak), Fatehah Mustapa (berbasikal), Chai Fong Ying (wusyu) dan Jacqueline Jenelee Sijore dari sukan boling.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Joshua sandaran ke Olimpik

Posted:

Joshua sandaran ke Olimpik

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


Joshua Koh


KUALA LUMPUR - Pemenang pingat emas epee lelaki individu Sukan SEA XXVI, Joshua Koh menjadi pertaruhan skuad lawan pedang kebangsaan memburu satu lagi tiket ke Olimpik London.

Kontinjen Malaysia menerima khabar menggembirakan daripada sukan yang tidak dijangka dua minggu lalu apabila Yu Peng Kean melayakkan diri dalam sabre lelaki individu.

Joshua mengintai satu daripada baki tiga slot terakhir epee lelaki yang menjadi rebutan pada Kelayakan Zon Asia-Ocenia di Wakayama, Osaka, Jepun dan peluangnya untuk mengiringi Peng Kean dilihat cerah.

"Ini peluang terbaik saya untuk membuat penampilan sulung Olimpik yang saya idam-idamkan.

"Saya tidak sanggup terlepas lagi. Saya masih ingat bagaimana saya tersungkur pada saingan kelayakan ke Olimpik Beijing empat tahun lalu, kecundang pada separuh akhir.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan