Utusan Online - Sukan |
Posted: Tak harap undian nasibOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN KUALA LUMPUR - Di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini, segala persoalan mengenai pasukan mana yang akan menjadi lawan skuad bola sepak negara pada kelayakan Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2012 akan terjawab dengan kertas undian bakal menterjemahkan segala-galanya. Skuad kebangsaan yang masih dibuai dengan kejayaan gemilang menjuarai Piala Suzuki AFF kali pertama Disember lalu, kini perlu berdepan realiti untuk mengharungi cabaran lebih getir di peringkat Asia. Walaupun lawan yang akan ditentukan pada hari ini adalah sekadar pertemuan pusingan pertama Piala Dunia, terdapat beberapa pasukan yang dilihat mampu memberikan kesulitan besar kepada Harimau Malaya seperti Vietnam, Palestin dan Myanmar. Namun dibenak fikiran pengendali skuad kebangsaan, K. Rajagobal, tiada istilah pasukan yang kuat atau lemah kerana dia menghormati semua pasukan tanpa mengambil kira kedudukan ranking. "Saya terima sahaja mana-mana pasukan yang akan kami temui kerana saya menghormati semua pasukan dan layanan kami tetap sama sahaja tidak kira pasukan itu lebih tinggi atau rendah berdasarkan kedudukan ranking berbanding Malaysia. "Ambil sahaja Piala Dunia 2010 sebagai pengajaran. Itali yang diramal boleh menewaskan New Zealand dengan mudah sekadar seri tanpa jaringan. Itu tidak mustahil boleh berlaku kepada kami jika memandang rendah kepada lawan," katanya yang dihubungi, semalam. Perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia akan bermula secara timbal balik pada 29 Jun dan 3 Julai. Selain Vietnam, Palestin dan Myanmar, antara pasukan lain yang boleh ditemui Harimau Malaya ialah Afghanistan, Kemboja, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Mongolia, Pakistan, Timor Leste, Macau, Taiwan, Filipina atau Laos. Bagi skuad Olimpik pula, selepas menyingkirkan Pakistan pada pusingan pertama, kekuatan dan potensi sebenar mereka akan teruji sepenuhnya apabila 12 pasukan pilihan bakal menjadi halangan, jika ingin meneruskan hasrat beraksi pada pusingan akhir kelayakan Olimpik. Realiti itu bagaimanapun sedikit pun tidak mengendurkan semangat jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee yang menegaskan bersedia menemui mana-mana pasukan dan akan melakukan persiapan sehabis baik. "Jika dahulu saya pernah kata untuk mengharapkan tuah undian tetapi kali ini tidak lagi kerana Vietnam bakal diletakkan bersama kelompok kita dan baki 12 pasukan pilihan yang tinggal merupakan lawan yang hebat berbanding kita. "Begitupun saya tidak terlalu takut atau bimbang kerana apa yang lebih mustahak kini adalah persiapan selepas mengetahui lawan kita pada hari esok (hari ini), saya mahu melakukan kerja rumah dan meninjau secara dekat kekuatan lawan supaya memudahkan saya melakukan strategi kelak. "Strategi awal saya adalah mahu melakukan latihan pusat luar negara dengan Turki dan China menjadi pilihan awal bergantung kepada keputusan undian negara mana yang kami akan temui. Jika berdepan pasukan Asia Barat, Turki mungkin menjadi pilihan namun China akan menjadi destinasi latihan kalau pasukan dari Asia Timur menjadi lawan kami," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Apek harap jumpa pasukan Asia Barat Posted: Apek harap jumpa pasukan Asia BaratOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
KUALA LUMPUR - Berilah pasukan mana sekali pun, kapten skuad Olimpik negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek tidak gentar sebaliknya bersedia memberikan yang terbaik bagi membantu Malaysia melangkah lebih jauh dalam kelayakan Olimpik London 2012. Mengakui sudah tidak boleh memilih lawan apabila sampai di peringkat pusingan kedua, penjaga gol No. 1 negara itu tekad memberikan yang terbaik walaupun Malaysia diundi pasukan yang lebih handal seperti Jepun, Korea Selatan atau Australia. "Jika boleh memang kami mahu berdepan pasukan yang tidak terlalu kuat tetapi apabila berada pada tahap ini, saya rasa kami semua harus bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk menerima siapa sahaja lawan kami. "Mana-mana pasukan sekali pun, saya tidak kisah sebaliknya saya menganggap ia sebagai cabaran untuk mendapatkan kemenangan. "Saya akan melakukan kerja rumah mengenai lawan, tidak terlalu menghormati atau memikirkan sangat mengenai keputusan, " katanya ketika dihubungi, semalam. Majlis pengundian kelayakan Olimpik dan kelayakan Piala Dunia 2014 akan dijalankan di Rumah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Bukit Jalil, hari ini. Malaysia yang mara ke pusingan kedua kelayakan Olimpik selepas menyingkir Pakistan dengan agregat 2-0, bakal diundi dengan salah satu pasukan pilihan yang mendapat bye pada pusingan pertama. Antara pasukan yang bakal menjadi lawan skuad negara pada pusingan kedua nanti ialah Jepun, Australia, Korea Selatan, China, Bahrain, Arab Saudi, Qatar, Iraq, Syria, Uzbekistan, Korea Utara dan Lebanon. Jika berjaya melepasi pusingan kedua dalam perlawanan kalah mati yang diadakan secara timbal balik pada 19 dan 23 Jun depan, Malaysia bakal beraksi pada peringkat kumpulan yang dibahagikan kepada tiga dengan empat pasukan yang merupakan pusingan kelayakan terakhir. Juara setiap kumpulan akan layak secara automatik manakala naib juara akan bersaing sesama sendiri bagi merebut satu slot ke Sukan Olimpik. Apek memberitahu pendedahan skuad Harimau Muda A ke Slovakia selama beberapa tahun, bakal menjadi azimat berguna seandainya Malaysia diundi menentang pasukan dari Asia Barat. "Corak permainan fizikal yang diamalkan oleh pasukan negara Arab tidak menjadi masalah besar kepada pemain muda Olimpik kerana mereka sudah ada pengalaman ketika di Slovakia. ''Saya yakin kami mampu memberikan aksi terpuji jika negara Asia Barat menjadi lawan kami dan tidak mustahil kami mampu mencatatkan kemenangan jika semua pemain memberikan yang terbaik, " katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |