detikcom

sumber :-

detikcom


'Chelsea pun Akan Menyulitkan City'

Posted: 11 Aug 2012 08:39 AM PDT

Manchester - Bukan cuma Manchester United yang akan menjadi penghalang utama Manchester City mempertahankan titel Premier League musim ini. Chelsea pun bisa akan memberi kesulitan bagi timnya.

Pasifnya City di bursa transfer musim ini boleh jadi sudah membuat Mancini merendah atau menebar Psy War. Ia menyebut MU masih menjadi unggulan meskipun Sir Alex Ferguson baru mendatangkan Shinji Kagawa dan Nick Powell.

Lain halnya dengan Chelsea yang justru agresif di bursa transfer dengan mendatangkan tiga pemain muda berbakat yakni Eden Hazard, Marko Marin dan Oscar. Diperkirakan The Blues masih akan mendatangkan 1-2 nama baru lagi.

Hal ini kemudian lah membuat Mancini merasa Chelsea punya peluang besar menggangu dominasi duo Manchester yang musim lalu begitu dominan. Apalagi Chelsea musim lalu tampil begitu buruk di liga sebelum akhirnya jadi juara Liga Champions dan Piala FA.

"Tentu saja mereka (Chelsea) akan lebih mengancam," tukas Mancini di Sportinglife.

"Mereka telah membeli beberapa pemain muda dan juga pemain yang bagus," tutup Mancini.

( mrp / nds )

Kemenangan untuk Conte

Posted: 11 Aug 2012 07:58 AM PDT

Beijing - Juventus sukses merengkuh titel Piala Super Italia usai mengalahkan Napoli. Caretaker Massimo Carrera tak ragu mempersembahkan kemenangan ini untuk Antonio Conte.

Berlaga di National Stadium Beijing, Sabtu (11/8) malam WIB, Juve sempat tertinggal 1-2 di babak pertama. Gol penalti Arturo Vidal membuat skor imbang 2-2 dan laga berlanjut ke extra time.

Napoli yang kehilangan dua pemainnya karena kartu merah akhirnya tak mampu membendung Juve yang menambah dua gol lewat bunuh diri Christian Maggio dan Mirko Vucinic.

Juve meraih trofi pertamanya musim ini sekaligus yang kelima di ajang ini. Kemenangan yang menjawab keraguan jika mereka bakal gamang setelah ditinggal sang pelatih Conte yang diskorsing 10 bulan akibat kasus pengaturan skor.

"Saya harus berterima kasih kepada pemain yang bermain sangat hebat dan kami sangat senang," tukas Carrera di Football Italia.

"Tentu saja kemenangan ini dipersembahkan untuk pelatih (Conte). Kami menunjukkan jika kami tetap bersatu, semua berada di jalur yang sama dan tahu apa yang kami butuhkan," sambugnya.

"Apakah saya berkomunikasi dengan Conte? Tidak, semua berjalan lancar sesuai yang direncanakan," demikian Carrera.

( mrp / nds )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pengorbanan Pandelela berbaloi

Posted:

Pengorbanan Pandelela berbaloi

PANDELELA (kanan) bersama pemenang pingat emas dari China, Chen Ruolin (tengah) dan penerjun Australia, Brittany Broben di Pusat Akuatik, London kelmarin.


"KEJAYAAN ini bukan mudah untuk dicapai. Ia memerlukan kerja keras serta pengorbanan. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Saya berpegang dengan pendirian bahawa jika berhasrat meraih kejayaan ia memerlukan banyak usaha dan kerja keras."

Demikian jelas ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang mencipta sejarah muncul sebagai atlet wanita pertama negara berjaya meraih pingat pada Sukan Olimpik.

Pandelela meraih pingat gangsa menerusi acara 10 meter platform individu wanita pada Sukan Olimpik 2012 London yang berlangsung di Pusat Olimpik kelmarin.

Atlet kelahiran Sarawak itu mengumpul 359.20 mata dalam acara yang dimenangi Chen Ruolin (emas) dari China dan Brittany Broben (perak) dari Australia itu.

Menurut Pandelela, bukan mudah untuk berada di podium pada temasya sukan besar seperti ini kerana ramai jaguh-jaguh dunia turut bertanding.

Namun, katanya, dia bukan jenis yang mudah menyerah kalah dan pasti memberi tentangan sehingga ke titik peluh terakhir.

"Bila sudah berjaya menjejak kaki ke Sukan Olimpik, ia bermakna bahawa kita antara yang terbaik di dunia. Sukan terjun sudah mencipta sejarah atas kejayaan melangkah ke final.

"Jadi perasaan takut untuk bersaing itu tidak timbul kerana kita sudah tahu tahap kemampuan kita terletak di mana.

"Saya turun beraksi seperti biasa tanpa memikirkan untuk menang pingat. Saya hanya perlu kuatkan mental untuk mengelak sebarang tekanan yang bakal dihadapi kerana jika beraksi dalam keadaan tertekan ia hanya akan mengundang kesilapan," katanya.

Pada aksi tersebut, Pandelela bermula agak hambar apabila sekadar memungut 58.50 mata pada terjunan pertama dan ketika itu, keyakinannya mula goyah.

Namun, atas kata-kata motivasi daripada jurulatihnya, Yang Zhuliang, dia kembali bangkit dengan rentak terjunan yang lebih kemas dan sempurna.

"Jurulatih hanya beritahu saya supaya jangan memikirkan kelemahan pada terjunan pertama itu. Saya perlu lebih fokus pada empat terjunan berikutnya.

"Saya ikut apa yang diarahkan oleh jurulatih dan pada empat terjunan berikutnya, saya sudah tidak memikirkan untuk menang pingat.

"Sasaran saya hanyalah untuk memperbaiki mata. Mungkin saya terlalu ghairah pada terjunan pertama itu yang mengakibatkan berlaku kesilapan.

"Bila sudah berjaya mengubah ranking selepas terjunan keempat, saya mula mendapat keyakinan bahawa peluang untuk menang pingat sudah terbuka," katanya.

Selepas ini, sasarannya adalah untuk mengukir kejayaan pada Sukan Komanwel dan Asia dan dia perlu meneruskan kerja keras untuk terus berada di puncak.

"Saya mungkin tidak beraksi pada Sukan SEA bagi memberi ruang kepada penerjun muda membuktikan kemampuan mereka.

"Sukan SEA seharusnya dipergunakan sepenuhnya untuk memberi pendedahan kepada penerjun muda negara menimba pengalaman," katanya.

Pandelela juga berharap Zhuliang terus diberi kepercayaan untuk menjadi jurulatih skuad terjun negara kerana Zhuliang sudah banyak melakukan yang terbaik untuk meningkat prestasi penerjun negara.

"Saya harap MSN (Majlis Sukan Negara) mengekalkan Zhuliang walaupun ada ura-ura dia akan kembali ke Australia" kata Pendelela yang menjadikan Datuk Lee Chong Wei sebagai idolanya.

Dia juga menasihatkan atlet muda negara agar jangan mudah putus asa dan menjelaskan bahawa kejayaan itu tidak datang dengan mudah tanpa kerja keras.

"Saya berharap kejayaan ini dijadikan inspirasi oleh atlet muda negara untuk terus bekerja keras meningkatkan prestasi masing-masing," jelasnya.

Naim belum dapat 'lampu hijau'

Posted:

Naim belum dapat 'lampu hijau'

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
sukan@kosmo.com.my

NAIM kelihatan sebak ketika ditemubual pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kelmarin.


PRESIDEN Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd. Wahab mahu mendengar dahulu penjelasan Datuk Naim Mohamad sebelum membenarkan timbalannya itu melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pembangunan Trek badan induk tersebut.

Menurut Abu Samah, beliau tidak akan membuat sebarang keputusan sebelum mengadakan mesyuarat dengan ahli majlis PKBM pada September depan.

"Buat masa ini, saya masih belum menerima apa-apa (surat daripada Naim untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pembangunan Trek PKBM).

"Mungkin beliau akan menghantar surat itu atau memberitahu hasratnya untuk mengundur diri dalam mesyuarat ahli majlis PKBM pada September nanti.

"Bagaimanapun, sebarang keputusan mengenai hasrat beliau itu hanya akan diputuskan selepas mesyuarat tersebut," kata Abu Samah kepada Kosmo! semalam.

Menurut Abu Samah, Naim telah menjalankan tugasnya dengan baik sejak menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pembangunan Trek PKBM pada 2001.

"Pada Sukan Olimpik 2012 di London, beliau telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, mungkin beliau terlalu kecewa dan begitu tertekan, seterusnya membuat keputusan sedemikian.

"Saya juga pernah menjadi pengurus (skuad lumba basikal Malaysia) pada Sukan Olimpik yang lalu dan tahu apa perasaan beliau sekarang. Kita sudah melakukan yang terbaik dan adakalanya nasib tidak menyebelahi kita.

"Jadi, bukan hanya beliau yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan seseorang atlet. Banyak faktor lain yang mempengaruhi kemenangan atau kegagalan seseorang atlet.

"Jadi buat masa ini, kita harus pandang ke hadapan, lebih-lebih lagi sebagai persiapan menghadapi Sukan Asia 2014 dan Sukan Komanwel 2014," jelasnya.

Terdahulu, Naim bagaikan sudah nekad untuk meninggalkan jawatannya itu biarpun akan terus menduduki kerusi No. 2 dalam badan induk tersebut.

"Ada ramai lagi calon yang berkelayakan, muda serta boleh memberikan komitmen sepenuhnya untuk menggalas tugas Pengerusi Pembangunan Trek.

"Walaupun saya melepaskan jawatan itu, tidak semestinya saya akan abaikan, saya tetap akan membantu sekiranya perlu," katanya.

Pada Sukan Olimpik 2012, hanya Mohd. Azizulhasni Awang dilihat mampu mencetuskan impak apabila berada di tempat keenam dalam acara keirin dan kelapan (pecut).

Pelumba trek wanita, Fatehah Mustapa pula tersingkir di pusingan pertama acara keirin manakala dua pelumba lebuh raya negara, Muhammad Adiq Husainie Othman dan Amir Mustafa Rusl gagal menamatkan perlumbaan.

Bolt di puncak karier

Posted:

Bolt di puncak karier

DARI kiri, Blake, Bolt dan Weir memegang pingat yang dimenangi dalam acara 200m lelaki di Stadium Olimpik awal pagi semalam.


LONDON - Jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt mengesahkan statusnya selaku pelari legenda selepas melakar sejarah baharu pada Sukan Olimpik 2012.

Bolt menjadi atlet pertama yang memenangi acara 100 dan 200 meter (m) pada dua temasya Olimpik berturut-turut.

Dia yang dilabel sebagai pelari pecut terbaik sepanjang zaman berpeluang untuk mencipta satu lagi sejarah sekiranya berjaya memenangi acara 4x100m lari berganti-ganti, pingat emas ketiga pada temasya kali ini.

Kejayaan tersebut bakal meletakkan nama Bolt selaku pemenang pingat emas treble secara berturut-turut selepas menjuarai acara 100m, 200m and 4x100m pada temasya di Beijing, China empat tahun lalu.

Pada aksi 200m lelaki di Stadium Olimpik awal pagi semalam, pelari berusia 25 tahun ini melintasi garisan penamat dengan catatan masa 19.32s manakala dua lagi rakan senegara, Yohan Blake (19.44s) dan Warren Weir (19.84s) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Rekod dunia dan Olimpik dalam acara 200m masih lagi menjadi milik Bolt iaitu masing-masing 19.19s yang dilakukannya pada 20 Ogos 2009 di Berlin dan 19.30s di Beijing, China empat tahun lalu.

Kemenangan 1-2-3 pelari pecut Jamaica ini turut mengejutkan 80,000 penonton yang membanjiri stadium.

"Saya telah melakukan sesuatu yang belum pernah dibuat oleh orang lain sebelum ini, mempertahankan gelaran berganda saya," kata Bolt.

"Bagi saya, kemenangan berturut-turut adalah yang terhebat."

Sementara itu, kehebatan Bolt turut diakui pencabarnya.

"Dia (Bolt) berada di planet yang berlainan buat masa ini," kata pemenang di tempat keempat, Wallace Spearmon.

Ditanya mengenai peluang untuk menjuarai acara 4x100m, Bolt: "Ia mungkin satu lagi rekod dunia tetapi kamu tidak boleh berjanji apa-apa.

"Ini kerana, ia adalah acara berganti-ganti yang membabitkan baton dan kamu tidak boleh menjangkakan. Namun, bagi saya, kami hanya perlu berada di sana (Stadium Olimpik), berseronok dan berlari sepantas yang boleh.

"Ia bakal menjadi satu perlumbaan yang menarik untuk dilihat," katanya.

Isnin lalu, Bolt mengesahkan reputasinya selaku pelari terpantas di muka bumi ini apabila mengungguli acara 100 meter lelaki Sukan Olimpik 2012, sekali gus mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada temasya yang sama di Beijing, China empat tahun lalu. - AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sindikasi sport.okezone.com

sumber :-

Sindikasi sport.okezone.com


Cedera, Azarenka Siapkan Diri untuk US Open

Posted: 11 Aug 2012 12:08 AM PDT

TORONTO – Petenis peringkat satu dunia, Victoria Azarenka harus tersingkir dari ajang Rogers Cup 2012 (Toronto Masters), usai mengalami cedera pada lututnya. Hal itu didapatkannya kala berhadapan dengan petenis Austria, Tamira Paszek di babak kedua.

Pada pertandingan yang berlangsung pada Jumat (10/8) waktu setempat, petenis Belarusia tersebut tidak melanjutkan pertandingan saat kedudukan 3-3 di set pertama. Dengan hasil itu, Azarenka kembali gagal di ajang yang sama, setelah tahun lalu hanya mencapai semi-final.

Faktor kelelahan disebut-sebut menjadi salah satu penyebab utama cederanya Azarenka. Pasalnya, ia baru saja tampil di Olimpiade 2012 London, di mana medali emas pada nomor ganda campuran dan medali perunggu pada nomor tunggal berhasil ia raih.

Cedera tersebut juga akan membuat Azarenka absen pada Western & Southern Open pekan depan di Cincinnati. Namun, dengan begitu ia bisa mempersiapkan diri menghadapi turnamen Grand Slam US Open pada Agustus-September mendatang.

Azarenka sendiri belum pernah meraih gelar juara US Open untuk nomor tunggal. Pada 2011 lalu, ia hanya mencapai babak ketiga usai ditundukkan petenis tuan rumah, Serena Williams. Maka, tahun ini pun ia akan mencoba kembali peruntungannya sekaligus membuktikan diri kalau ia pantas menyandang predikat petenis No.1 dunia.
(fit)

AS Mulai Tinggalkan China

Posted: 10 Aug 2012 11:23 PM PDT

JAKARTA - Amerika Serikat terus menjaga keunggulannya atas China dalam perburuan juara umum Olimpiade 2012 London. Hingga hari ke-16, kontingen Negeri Paman Sam terus memimpin perolehan medali.

Usai kemarin meyalip perolehan medali China, kali ini AS terus memperlebar keunggulannya. Saat ini, AS mantap di puncak klasemen sementara perolehan medali dengan koleksi 41 emas, 26 perak dan 27 perunggu (total 94 medali).

Sementara, Juara Olimpiade empat tahun lalu, China masih terus menguntit di posisi kedua dengan raihan 37 emas, 25 perak dan 19 perunggu (81 medali). Di dua hari tersisa, China nampaknya sulit menyalip perolehan medali AS.

Tuan Rumah Inggris Raya masih mempertahankan posisinya di urutan tiga, yang juga merupakan pencapaian terbaiknya selama Olimpiade modern. Inggris Raya mengoleksi 25 emas, diikuti Rusia di posisi empat (15) dan wakil dari Asia, Korea Selatan di lima besar dengan torehan 13 emas.

Sementara Indonesia yang semua atletnya sudah kembali ke tanah air, terus melorot. Kali ini, kontingen Merah Putih berada di urutan 57, atau sama dengan Malaysia dan Thailand yang sama-sama cuma mengumpulkan 1 perak dan 1 perunggu.

B
erikut klasemen sementara medali Olimpiade 2012, London.
No. --- Negara --- Emas --- Perak --- Perunggu --- (Total)

 1.  Amerika Serikat  41  26  27  (94)
 2.  China  37  25  19  (81)
 3.  Inggris Raya  25  15  17  (57)
 4.  Rusia  15  21  27  (63)
 5.  Korea Selatan  13  7  7  (27)
 6.  Jerman  10  18  14  (42)
 7.  Prancis  9  9  12  (30)
 8.  Hungaria  8  4  3  (15)
 9.  Australia  7  14  10  (31)
10. Italia  7  6  8  (21)
-
-
57. Indonesia  0  1  1  (2) (acf)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS