Utusan Online - Sukan |
Posted: Perebutan Kasut EmasOleh YATIMIN ABDULLAH KOTA BHARU - Penggempur sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha berada pada landasan terbaik untuk dinobat Penjaring Terbanyak saingan Liga Super 2011 apabila mendahului dengan carta senarai penjaring dengan 13 gol setakat ini. Jaringan terbaru Norshahrul dijelmakan ketika dia membantu The Red Warriors menang menang 3-1 ke atas Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur kelmarin. Gol jaringannya menerusi sepakan penalti pada minit ke-89 perlawanan, sekali gus menamatkan kemarau jaringan selama 360 minit dalam saingan Liga Supe,r selepas kali terakhir melakukannya ketika menumbangkan juara bertahan Liga Super, Selangor pada 26 April lalu. Jaringan tersebut menyaksikan penyerang kebangsaan itu mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super dengan 13 gol mengatasi pencabar terdekat, penggempur Terengganu, Abdul Hadi Yahya dengan kelebihan tiga jaringan dan rakan sepasukan yang juga ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Razhi. Norshahrul menganggap gol ke-13 di Cheras kelmarin sebagai pembakar semangat untuk menghasilkan lebih banyak jaringan sekali gus muncul penjaring terbanyak liga musim ini. "Gol tersebut cukup bermakna buat saya selepas gagal menghasilkan jaringan dalam perlawanan sebelum ini. "Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak jaringan selepas ini dan memanfaatkan setiap peluang yang dimiliki. "Baki perlawanan selepas ini saya akan gunakan sebaik mungkin untuk meneruskan cita-cita muncul selaku penjaring terbanyak liga musim ini," katanya. Mengulas saingan memburu penjaring terbanyak musim ini antara beliau dengan Abdul Hadi, Norshahrul memberitahu peluang masih lagi terbuka. "Walaupun saya berkelebihan tiga jaringan, ia tidak mustahil untuk dikejar. Apa yang penting saya perlu fokus dan cuba menjaringkan gol. "Selain itu, saya juga akan berusaha membantu pasukan mendapatkan tiga mata penting dalam setiap perlawanan dan memastikan Kelantan berjaya muncul juara Liga Super buat kali pertama," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Zulfadli tepati ramalan ke final Posted: Zulfadli tepati ramalan ke finalKUALA LUMPUR - Zulfadli Zulkifli menepati status sebagai pilihan utama apabila membenam penyandang juara, Goh Giap Chin untuk melangkah ke final perseorangan lelaki bawah 18 tahun pada Kejohanan Badminton Grand Prix Remaja Kebangsaan Akhir 100PLUS di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam. Setelah terlepas aksi kejohanan tahun lalu, Zulfadli hanya memerlukan 46 minit untuk mengetepikan cabaran jaguh Pulau Pinang, Giap Chin 21-16, 21-9 pada separuh akhir. Pemain Kuala Lumpur itu kini bakal berdepan pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Nur Mohd. Azriyn Ayup, yang turut melakar kemenangan mudah untuk melangkah ke final apabila menewaskan Chong Yee Han 21-12, 21-12. Zulfadli menjadi pilihan untuk memenangi kejohanan yang menawarkan RM22,800 itu selepas menjuarai dua peringkat pertandingan di Negeri Sembilan dan Melaka. Kemenangan amat penting buat pemain itu untuk meyakinkan Persatuan Badminton Malaysia bagi beraksi pada Kejohanan Remaja Dunia, Julai ini. "Seperti yang saya katakan sejak awal, kejohanan ini tidak mudah kerana hanya pemain terbaik berjaya melayakkan diri ke Grand Prix Akhir. Menentang Azriyn esok memerlukan saya memberi permainan tahap terbaik kerana semua pemain SSBJ sangat bagus,'' kata Zulfadli. Bagi Azriyn, melangkah ke final memenuhi sasaran awalnya, namun dia sedar pertemuan dengan Zulfadli hari ini tidak semudah separuh akhir, semalam. "Saya akan terus fokus kepada permainan sendiri dan harap ada kejutan yang mampu dilakukan,'' ujar pemain yang menjadikan jaguh China, Lin Dan sebagai idolanya. Sementara itu ada kejutan berlaku dalam perseorangan perempuan apabila final impian di antara dua pemain remaja kebangsaan, Sonia Cheah dan Yang Li Lian tidak menjadi kenyataan selepas Sonia menarik diri kerana masalah kesihatan untuk memberi kemenangan percuma buat pemain SSBJ, Lim Yin Fun di suku akhir. Yin Fun bagaimanapun gagal menggunakan kesempatan terhidang untuk melangkah ke final selepas tumpas kepada rakan sepasukan, Evelyn Chee 11-21, 21-16, 15-21 di separuh akhir. Evelyn, anak didik ratu badminton negara, Wong Mew Choo kini bakal menguji Li Lian, yang terdahulu mara ke akhir dengan menundukkan seorang lagi pemain bimbingan Mew Choo, Lim Chiew Sien 19-21, 21-14, 21-18. Saingan perseorangan lelaki bawah 16 tahun menemukan Lim Chi Wing dan Soo Tek Zhi. Chi Wing mengetepikan Soong Joon Ven 21-18, 18-21, 21-19, manakala Tek Zhi mencatat kemenangan 22-20, 21-18 ke atas Vincent Phuah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |