Utusan Online - Sukan |
Posted: Koo-Tan lepasi ranjauOleh TAN MING WAI
KUALA LUMPUR – Beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dipaksa meniti laluan berliku sebelum menundukkan pasangan China, Liu Xiaolong-Qiu Zihan 21-6, 20-22, 21-15 untuk melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Wembley Arena, London, semalam. Turut mara ke pusingan ketiga, jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei dan alangkah baiknya jika dituruti sama beregu wanita, Chin Ee Hui-Wong Pei Tty yang pada satu ketika di ambang kemenangan tetapi akhirnya kecundang. Segala-galanya nampak lancar buat Kien Keat-Boon Heong selepas menang mudah set pertama namun ia berlaku sebaliknya pada set berikutnya, menyaksikan mereka diheret beregu keempat China itu ke set penentuan. Tidak sehingga pertengahan set ketiga yang mana beregu No. 4 dunia itu mendahului 11-9, hanya selepas itu mereka dapat menjarakkan diri sehingga 17-11. Lawan mereka hari ini ialah pemenang di antara pasangan Taiwan, Chen Hung Ling-Lin Yu Lang atau Indo Kindervater-Johannes Schoettler, pilihan ke-13 dari Jerman yang beraksi dalam satu lagi perlawanan lewat petang. Dalam acara beregu wanita, agak malang buat Ee Hui-Pei Tty apabila mereka gagal menghabiskan set penentuan ketika mendahului 20-19 dalam perlawanan sengit menentang pilihan keempat dari Jepun, Mizuki Fujii-Reika Kakiiwa. Perlawanan yang berlanjutan sehingga satu jam 28 minit itu berkesudahan 21-16 22-24 22-20. Lebih perit buat Ee Hui-Pei Tty, mereka satu ketika ketinggalan jauh 6-16 dan mengejar sehingga menyamakan kedudukan 19-19, mungkin kepenatan menjadi faktor kekalahan mereka. Seperti diduga, Chong Wei selaku pilihan utama kejohanan terlalu unggul buat lawannya dari Finland, Ville Lang. Chong Wei memerlukan hanya 29 minit untuk mengalahkan pemain ranking ke-45 dunia itu 21-10, 21-11 dalam masa 29 minit. Menunggu pada pusingan ketiga ialah pilihan kesembilan, Park Sung Hwan yang turut mara semalam selepas menumpaskan rakan senegara, Shon Wan Ho 21-12, 21-8. Di atas kertas, Chong Wei sepatutnya mudah mengatasi Sung Hwan dengan rekod pertemuan 11-1 memihak pemain No.1 dunia itu. Chong Wei hanya tewas sekali di tangan pemain Korea Selatan itu tujuh tahun lalu pada Terbuka Jepun 2004. Sementara itu, dalam acara beregu campuran, Ong Jien Guo-Chong Sook Chin nyata bukan tandingan pilihan ke-16 dari India, Valyiaveetil Diju-Gutta Jwala menyaksikan mereka tewas mudah 11-21, 15-21 dalam tempoh 29 minit. Wakil tunggal beregu campuran kita yang mara ke pusingan ketiga, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying akan turun menentang pasangan Singapura, Triyachart Chayut-Yao Lei yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel New Delhi tahun lalu. Peng Soon-Liu Ying layak selepas mengejutkan beregu tuan rumah yang juga pilihan ke-10, Nathan Robertson-Jenny Wallwork 21-19, 21-19 pada perlawanan lewat petang kelmarin. Namun, Peng Soon-Liu Ying perlu berdepan satu lagi cabaran getir hari ini memandangkan lawan mereka juga berada pada prestasi terbaik selepas menyingkirkan pilihan ketiga dari Thailand, Prapakamol Sudket-Thoungthongkam Saralee kelmarin. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Perlawanan EPL di London mungkin ditunda Posted: Perlawanan EPL di London mungkin ditundaLONDON – Liga Perdana Inggeris akan membuat keputusan hari ini sama ada perlawanan pembukaan musim ini akan diteruskan mengikut jadual ketika bandar-bandar di Britain dilanda rusuhan yang semakin merebak. Walaupun suasana tenang kembali dialami di jalan-jalan di London malam kelmarin, rusuhan ganas tercetus di Birmingham dan Manchester, yang meningkatkan lagi persoalan sama ada sepak mula Liga Perdana England hujung minggu ini patut diteruskan. Pasukan Liga Perdana Inggeris dan lain-lain liga akan bertemu hari ini untuk memastikan sama ada perlawanan di London pada hujung minggu ini akan diteruskan. "EPL dan Liga Bola Sepak yang lain kesal dengan rusuhan yang menjejaskan komuniti tempatan. "Kami akan mengadakan perbincangan dengan kelab yang berpangkalan di London, pihak polis dan pihak berkuasa tempatan mengenai jadual perlawanan EPL pada hujung minggu ini di ibu negara Britain. "Polis Metropolitan telah memberikan kami laporan terkini dan perkembangan semasa akan dipantau sebelum kami membuat sebarang pengumuman mengenai jadual EPL. "Berdasarkan maklumat yang kami terima ketika ini, tiada sebab untuk kami berpendapat bahawa perlawanan-perlawanan EPL yang dijadual di luar kota London akan terjejas. "Kami juga sedar terhadap keperluan supaya peminat terus diberikan maklumat terhadap sebarang perkembangan terkini. Kami juga akan terus memberikan maklumat terkini menerusi kelab, liga dan saluran media," kata EPL dalam kenyataan semalam. Akibat rusuhan, perlawanan persabahatan dengan Belanda di Wembley yang sepatutnya berlangsung hari ini, dibatalkan. Ia turut melibatkan pembatalan perlawanan persahabatan di antara Ghana dan Nigeria di sini, kelmarin. Beberapa perlawanan Piala Liga melibatkan kelab-kelab London juga ditunda. Tiga perlawanan EPL di London yang berdepan risiko ditunda akibat rusuhan itu melihatkan perlawanan Tottenham-Everton, Fulham-Aston Villa dan QPR-Bolton. EPL berkata, sebarang perubahan jadual perlawanan akan disusun semula ke satu tarikh akan datang. EPL juga memberi jaminan peminat yang telah membeli tiket akan mendapat pulangan wang. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |