Utusan Online - Sukan |
Ferrari, McLaren mampu bangkit aksi di Sepang Posted: Ferrari, McLaren mampu bangkit aksi di Sepang
SEPANG - Prinsipal Red Bull, Christian Horner melaungkan amaran kepada pasukannya supaya bersiap sedia berdepan kebangkitan pasukan utama seperti Ferrari dan McLaren pada perlumbaan kedua Formula Satu (F1) 2011 di Grand Prix Malaysia, hujung minggu ini. Pemandu Red Bull yang juga penyandang juara dunia, Sebastian Vettel menjuarai perlumbaan pembuka tirai di Grand Prix Australia, dua minggu lalu menerusi persembahan meyakinkan, meninggalkan pencabar lain dengan jarak yang selesa. Bagaimanapun Horner percaya, kemenangan pemandu Jerman itu bukan petunjuk kepada apa yang bakal berlaku pada masa akan datang, kerana beliau yakin Ferrari yang membariskan juara dunia dua kali, Fernando Alonso pasti akan mencapai prestasi terbaik, begitu juga McLaren, yang memiliki dua bekas juara dunia, Jenson Button dan Lewis Hamilton. "Sesiapa yang memikirkan sebaliknya, pasti melakukan kesilapan. "Semua mereka yang saya sebutkan ini adalah orang yang tidak suka berada di belakang. Mereka bekerja sekeras mungkin untuk kembali kompetitif. Kami berada dalam perlumbaan yang sangat sukar dan mencabar,'' kata Horner. Red Bull memenangi kedua-dua kejuaraan - pemandu dan pengeluar musim lalu. Malah, mereka membuka kempen 2011 dengan bergaya apabila Vettel menawan Litar Albert Park, pada ketika rakan sepasukannya, Mark Webber dari Australia menghuni tangga kelima. "Mark tidak gembira dengan keputusan yang dicatat di Australia tetapi kami sudah mengenai pasti beberapa bahagian penting di keretanya yang kami jangkakan mampu kembali melonjakkannya ke depan,'' ujar Horner lagi. Hamilton juga percaya, dia mempunyai peluang untuk merangkul satu lagi kejuaraan dunia tahun ini selepas didorong oleh prestasi baik jentera McLaren di Australia, di mana dia tampil bersama kereta yang sudah diubah suai di ekzos, lantai dan sayap belakang ketika menduduki tangga kedua. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Azam Team Lotus beraksi di trek sendiri Posted: Azam Team Lotus beraksi di trek sendiriOleh ABDUL HAFIZ AHMAD
SEPANG - Pelumba Team Lotus, Heikki Kovalainen lebih gemar melihat kemunculan Sistem Pemulihan Tenaga Kinetik (KERS) dalam persaingan Kejuaraan Dunia Grand Prix secara saksama dengan menganggap ada kelebihan dan kekurangannya pada mana-mana kereta Formula Satu (F1). "Kelebihannya mungkin cuma sedikit tetapi ia terserah kepada bagaimana anda menggunakannya dalam keadaan tertentu kerana jika tidak, ia mampu bertukar kepada menjadikan kekurangan kepada jentera F1 dan pasukan anda. "Saya tidak menganggapnya satu isu besar bagi pasukan kami. Ada atau tidak KERS, masih sama dan kami mampu bertumpu kepada ciri lain untuk menyerlah di litar," katanya selepas sesi menandatangani autograf dengan peminat yang turut disertai rakan sepasukan, Jarno Trulli di Hotel Tune di sini, semalam. KERS memulihkan tenaga kinetik yang terdapat dalam bahang sisa yang dihasilkan oleh proses membrek kereta dan ia menyimpan tenaga lalu mengubahnya kepada kuasa yang mampu ditampilkan semula dalam menambah pecutan. Salah satu ciri lain menurut Kovalainen, warga Finland yang mampu membantu Team Lotus, Ahad ini ialah mereka ibarat 'berlumba di gelanggang sendiri' (disokong dan ditaja syarikat Malaysia) dan bakal mendapat sokongan padu khususnya penonton tempatan. "Kami teruja kerana merasai sokongan mereka sejak sesi bertemu peminat di pelbagai tempat. Tiada tekanan buat kami dalam memenuhi hasrat mereka untuk melihat kami berjaya kerana kami sudah bersedia dan mengambilnya secara positif serta istimewa," katanya. Bagi Trulli pula, dia agak khuatir dengan keadaan cuaca di Litar F1 Sepang pada hujung minggu ini yang boleh berubah hujan pada sebelah petang sekali gus mengingatkannya kepada peristiwa perlumbaan Grand Prix Malaysia diberhentikan dua tahun lalu. "Kami tahu cuaca mungkin hujan pada hujung minggu, tidak kira Sabtu atau Ahad. Kami sudah berpengalaman menghadapinya dan berharap dapat mengharunginya lagi asalkan peristiwa perlumbaan diberhentikan dan tidak disambung balik dua tahun lalu, tidak berulang kali ini," katanya. Jelas Trulli dari Itali, sasaran mereka di Sepang ialah cuba meraih mata dengan memanfaatkan kelebihan 'berlumba di gelanggang sendiri' demi menebus kehampaan Team Lotus yang berkesudahan tanpa sebarang mata pada pusingan pertama F1 musim ini di Litar Albert Park, Melbourne. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |