Utusan Online - Sukan |
Posted: Zolkples bidas Chong WeiOleh ZAZALI JAMIAN ZOLKPLES Embong (kiri) kecewa apabila trofi Olahragawan Kebangsaan 2011 yang disampaikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah diserahkan kepada wakil Lee Chong Wei iaitu abangnya Lee Chong Hoon, kelmarin. - Utusan/MOHD NAIM AZIZ KUALA LUMPUR - Tindakan pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tidak hadir tanpa alasan kukuh pada majlis Anugerah Sukan Negara kelmarin, dibidas oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong. Menurutnya, ketidakhadiran Chong Wei seolah-olah tidak menghormati majlis itu yang turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Lebih mengecewakan, katanya Chong Wei tidak hadir meskipun pemain itu berada di dalam negara kerana tidak terlibat dalam mana-mana kejohanan ketika ini. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. | ||
'Saya tak datang kerana demam teruk' Posted: 'Saya tak datang kerana demam teruk'Oleh Norzie Mohd. Khasbi
KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei kecewa kerana dibidas tanpa usul periksa kerana gagal menghadirkan diri pada Anugerah Sukan Negara kelmarin, sedangkan keadaan kesihatannya benar-benar tidak mengizinkan. Chong Wei, 29, yang demam teruk, malah terlepas sesi latihan harian semalam kerana masalah kesihatan, menegaskan, akibat dibidas, anugerah Olahragawan yang sepatutnya menyuntik semangatnya untuk mencari pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik London, kini bertukar menjadi sesuatu yang tidak lagi menggembirakan. Pemain No. 1 dunia itu juga kesal apabila didakwa memperlekehkan anugerah yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kerana wang kemenangan yang ditawarkan hanya RM20,000 dan bukan RM200,000. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |