Utusan Online - Sukan |
Posted: Prestasi semasa keutamaanOleh FERZALFIE FAUZI SUBANG JAYA – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam mempertahankan keputusan untuk tidak menyenaraikan pasangan beregu Gan Teik Chai- Tan Bin Shen ke Kejohanan Dunia. Setiausaha Agung BAM, Ng Chin Chai (gambar) menjelaskan, keputusan tersebut bukan bermakna BAM berat sebelah dan prejudis terhadap Teik Chai-Bin Shen yang bergerak secara bebas di bawah tajaan Apacs dan KLRC, sebaliknya berdasarkan prestasi keseluruhan gandingan itu sejak tahun lepas lagi. "Kita membandingkan prestasi Mohd. Zakry Latif-Hoon Thien How dan Teik Chai-Bin Shen sejak tahun lepas yang mana Zakry-Thien How menunjukkan peningkatan mendadak sejak mula digandingkan pada Piala Thomas 2010 sampai sekarang," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat luar biasa BAM, semalam. Jelasnya, kalau mengikut ranking kelayakan, memang Teik Chai-Bin Shen jauh lebih layak berbanding Zakry-Thien How. Bagaimanapun, tegasnya, BAM mengambil kira dari segi peningkatan memberangsangkan selain daripada prestasi semasa. "Kami bukan membuat keputusan berat sebelah atau diskriminasi terhadap pemain yang tidak berada di bawah naungan BAM tetapi ia berdasarkan peningkatan mendadak yang ditunjukkan oleh Zakry-Thien How sejak mula digandingkan pada Piala Thomas tahun lalu. "Mereka menunjukkan peningkatan mendadak dari ranking ratusan ke 20 terbaik, berbanding Teik Chai-Ben Shen yang sekata sahaja, malah kami juga mendapat nasihat daripada jurulatih beregu, Rexy Mainaky yang saya anggap sebagai pendapat teknikal," katanya. Dalam laporan Utusan Malaysia kelmarin Teik Chai-Bin Sheng kecewa dinafikan tiket ke Kejohanan Dunia meskipun telah melayakkan diri, beregu bebas dan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas BAM demi memperjuangkan hak mereka. Setiap negara boleh menghantar tiga pasangan jika kesemuanya menghuni kedudukan 24 terbaik ranking kelayakan. Kata Chin Chai, bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang BAM akan mengeluarkan garis panduan yang lebih telus, namun dia masih mempertahankan keputusan yang dibuat adalah tepat cuma proses pemilihan harus diperkemaskan. "Kami menghantar pasangan beregu yang paling terbaik, siapa yang disenaraikan perlu menggunakan peluang ini sebaik mungkin dan perkara ini juga telah dijelaskan dalam mesyuarat sebentar tadi kepada wakil negeri kedua-dua pemain tersebut," katanya. Ditanya mengenai tindakan yang akan dibuat oleh kedua-dua pemain tersebut terhadap BAM, Chin Chai menjelaskan itu adalah hak mereka dan BAM tidak boleh menghalang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Australia, Pakistan tentukan juara hoki Posted: Australia, Pakistan tentukan juara hoki
IPOH - Australia dan juara Sukan Asia, Pakistan akan berentap menentukan juara Piala Sultan Azlan Shah ke-20 di sini, hari ini. Pakistan mara ke babak akhir setelah mencatat kemenangan tipis menumpaskan Malaysia 3-2 pada pertembungan, semalam. Kemenangan tersebut membolehkan Pakistan menduduki tangga kedua berbekalkan 12 mata. Kekalahan turut meletakkan Malaysia di tangga tercorot, iaitu kekalahan kelima skuad bimbingan jurulatih Tai Beng Hai. Dalam aksi semalam, Pakistan mendahului perlawanan melalui pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Sohail Abbas seawal minit kelapan. Malaysia mempunyai dua peluang terbaik bagi menyamakan kedudukan pada minit ke-14 dan 17 tetapi gagal disempurnakan oleh barisan depan negara. Sebaliknya, Pakistan yang berazam beraksi dalam perlawanan akhir menambah gol kedua melalui Muhammad Waqas pada minit ke-21. Tuan rumah bagaimanapun berjaya merapatkan jurang perbezaan gol melalui jaringan Hafifihafiz Hanafi pada minit ke-35. Separuh masa kedua menyaksikan Malaysia bangkit lebih rancak dengan melakukan serangan bertali arus bagi mencari gol penyamaan. Namun begitu, Pakistan memperoleh gol ketiganya melalui rembatan kencang, Shakeel Abbasi pada minit ke-51 selepas menumpaskan penjaga gol Malaysia, Roslan Jamaluddin. Kerja keras para pemain Malaysia membuahkan hasil apabila rembatan yang dilakukan oleh Muhammad Razie Abdul Rahim mencecah jaring Pakistan pada minit ke-57. Sementara itu, Korea menidakkan hasrat Britain ke perlawanan akhir dengan menumpaskan pasukan tersebut 3-1. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |