Utusan Online - Sukan |
Posted: Elak padah jumpa SingapuraOleh ZAZALI JAMIAN
SEPANG - Padah bakal menanti pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura andainya skuad negara masih mengekalkan corak permainan tidak konsisten. Itu amaran keras yang diberikan ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal kepada anak-anak buahnya selepas Malaysia memperoleh kemenangan menentang Taiwan atas kelebihan gol di tempat lawan selepas terikat dengan agregat 4-4 di Stadium Perbandaran Taipei. Malah, Rajagobal juga mengakui bahagian pertahanan seakan hilang fokus ketika menentang Taiwan di laman sendiri mahupun tempat lawan. ''Pertahanan tidak terlalu fokus pada perlawanan menentang Taiwan, namun keseluruhannya bukan kita bermain dengan teruk kerana kita juga ada mendapat peluang menjaringkan gol selain berupaya mendapatkan jaringan. ''Pada perlawanan semalam (kelmarin) sepatutnya kita bertambah yakin selepas gol pembukaan tetapi kita seakan hilang tumpuan hingga memberi peluang kepada pasukan lawan mendapatkan jaringan begitu juga selepas kita memperoleh gol kedua. ''Penting kini pemain perlu sedar bahawa mereka tidak bermain seperti yang kita arahkan dan saya harap corak permainan dapat ditingkatkan apabila menentang Singapura nanti,'' katanya kepada pemberita sebaik tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam. Pada aksi perlawanan kedua pusingan pertama kelmarin, pertahanan skuad kebangsaan adakalanya hilang fokus sehingga mudah melakukan kesilapan dalam kotak penalti. Situasi sama turut berlaku ketika perlawanan di laman sendiri yang menyaksikan gol Taiwan diperoleh atas kealpaan bahagian pertahanan. Sementara itu, Rajagobal turut meletakkan harapan agar semua pemain yang cedera mampu pulih sepenuhnya sebelum menentang Singapura di gelanggang lawan pada 23 Julai ini. ''Saya yakin dengan pemain-pemain kita dan saya mahu semua pemain yang ada bersedia apabila diturunkan untuk beraksi. ''Selepas dua perlawanan ini saya harap pemain mampu memperoleh rentak ketika menghadapi Singapura,'' jelas Rajagobal. | ||
Arsenal, Liverpool asah taring Harimau Posted: Arsenal, Liverpool asah taring HarimauSkuad negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dari Taipei, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari SEPANG - Siri Jelajah dua kelab gergasi Liga Perdana England (EPL), Arsenal dan Liverpool bakal menjadi medan persediaan skuad Harimau Malaya sebelum menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014. Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal berkata, pertemuan dengan dua kelab EPL itu sudah cukup memadai untuk mengasah kemahiran pemain-pemain negara sebelum berdepan Singapura pada 23 Julai ini. Tambahnya, perlawanan menentang Arsenal pada 13 Julai ini dan Liverpool pada 16 Julai mampu memberi pendedahan kepada para pemain negara terutama dalam mempertingkatkan tahap kecergasan. ''Saya lihat perlawanan persahabatan ini adalah sesuatu yang baik buat pemain dan sudah tentu saya akan pastikan semua pemain memperoleh peluang sebegini. ''Ini adalah satu persediaan yang amat baik dari segi mental dan fizikal sebelum beraksi pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia,'' katanya kepada pemberita di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam. Sementara itu, Rajagobal memberitahu, layak beraksi untuk pusingan kedua pada 23 Julai ini seakan memberi nafas baru buat pasukan kebangsaan. ''Saya yakin pemain kita mampu memberi persembahan lebih baik berbanding yang aksi pada pusingan pertama menentang Taiwan. ''Saya juga akan memberitahu pemain agar tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang dilakukan ketika menentang Taiwan sewaktu menghadapi Singapura nanti,'' jelas Rajagobal. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |