Utusan Online - Sukan |
Posted: Atlet elit tetap ke Sukan SEAKUALA LUMPUR – Walaupun Indonesia akan menganjurkan Sukan SEA ke-26 dengan pelbagai acara yang disifatkan sebagai 'sarkas dan suka-neka', Majlis Sukan Negara (MSN) tetap akan menghantar gabungan atlet elit dan pelapis pada temasya pada 11 hingga 25 November ini. Pengarah Bahagian Atlet MSN, Ahmad Shapawi Ismail bagaimanapun berkata, atlet elit yang tersenarai dalam program Road to London 2012 tidak akan menyertai temasya dwi-tahunan itu, bagi memberi tumpuan kepada kejohanan kelayakan Olimpik. "Atlet yang kerap memenangi pingat emas di peringkat Sukan SEA juga tidak akan dihantar ke Indonesia kerana kita mahu mereka memberi tumpuan kepada temasya yang lebih tinggi statusnya seperti Sukan Asia," katanya di sini, semalam. Ahmad Shapawi, yang mengendalikan program atlet elit, pelapis dan paralimpik MSN mengulas sama ada Malaysia akan menghantar hanya atlet pelapis ke Sukan SEA Indonesia, selepas tuan rumah menggugurkan banyak acara rutin, sebaliknya banyak memasukkan acara baru dan sukan ekstrem. Beliau menjelaskan Malaysia masih mempunyai ramai lagi atlet yang berstatus elit. "Atlet di bawah program Road to London adalah atlet berstatus super-elit. Di bawah status super-elit, masih ramai atlet elit yang pernah memenangi pingat atau beraksi di temasya lebih tinggi tarafnya dari Sukan SEA seperti Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik," katanya. Sebagai contoh katanya, atlet 400 meter lari berpagar negara, Noraseela Khalid, walaupun berstatus atlet elit tetapi bukan berada di bawah program Road to London dan layak beraksi pada Sukan SEA. "Status atlet pelapis sendiri tidak perlu dipertikai kerana majoriti daripada mereka mempunyai kelayakan dan catatan yang menghampiri status atlet elit kebangsaan,'' katanya. Ahmad Shapawi menambah, memandangkan Sukan SEA itu sendiri sebagai kejohanan yang berstatus rendah, MSN mungkin menambah jumlah atlet pelapis ke temasya tersebut sebagai sandaran negara pada masa hadapan. "Menjadi amalan MSN untuk menyenaraikan atlet pelapis dalam kontinjen ke Sukan SEA tetapi dengan tindakan Indonesia merendahkan lagi status temasya tersebut, MSN mungkin menghantar lebih ramai pelapis pada temasya kali ini," katanya. Pada mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SGF) di Bali pada minggu lepas, Indonesia memuktamadkan 44 sukan dan 545 acara dipertandingkan pada edisi ke-26 temasya tersebut yang akan diadakan di dua venue, Jakarta dan Palembang. Di antara sukan dan acara rutin yang digugurkan ialah hoki, biliard dan snuker, bola sepak wanita serta menawarkan satu acara bagi berbasikal trek dan memperbanyakkan acara lebuh raya yang menjadi kekuatan pelumba negara tersebut. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Harimau Muda A tersingkirOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
SHAH ALAM - Bukan protes tetapi tiada pilihan. Itu yang terpaksa dilakukan oleh jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee apabila tidak dapat menurunkan skuad utama, menyebabkan mereka tersingkir daripada Piala FA, setelah kalah 1-2 kepada Johor di Stadium Shah Alam, semalam. Kim Swee hanya menyenaraikan sembilan pemain asal skuad itu dan sembilan lagi pemain dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Kim Swee berkata, ekoran syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dia tidak dapat menurunkan walau seorang pun pemain utama pada perlawanan semalam. ''FAM tidak membenarkan mana-mana di kalangan 25 pemain yang terlibat dalam perlawanan kelayakan Olimpik diturunkan pada perlawanan malam ini. ''Saya tiada pilihan, sebaliknya bergantung kepada kekuatan sembilan pemain yang tidak terpilih dalam senarai akhir 25 pemain skuad Olimpik dan membawa masuk pemain SSBJ bagi menghadapi Johor. ''Memang saya terkilan kerana gagal meneruskan cabaran dalam Piala FA, tetapi saya tetap puas hati dengan permainan yang ditunjukkan oleh pemain muda ini walaupun mereka berlatih bersama selama sehari," ujarnya selepas perlawanan. Seramai 25 pemain yang akan membawa cabaran Malaysia pada perlawanan timbal balik kedua pusingan pertama kelayakan Olimpik sudah mendaftarkan diri di Wisma FAM, sebagai persediaan untuk bertemu Pakistan di Lahore, 9 Mac ini. Dalam perlawanan semalam, pasukan Johor mendahului pada minit ke-12 menerusi Jasazrin Jamaluddin, yang menyepak kencang dari dalam kotak penalti. Harimau Muda yang meletakkan enam pemain SSBJ dalam kesebelasan utama, gagal mendapat rentak pada separuh masa pertama tetapi akhirnya menemui sasaran pada minit ke-61 hasil tandukan Norhamizarif Hamid. Kedudukan 1-1 tidak bertahan lama apabila enam minit kemudian Johor diberikan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Norizam Salaman untuk gol kemenangan pada minit ke-68. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |