Utusan Online - Sukan |
Posted: Di puncak dunia!Oleh TAN MING WAI
KUALA LUMPUR - Semalam merupakan hari gemilang buat sukan tanah air, apabila jaguh skuasy, Datuk Nicol David memahat rekod muncul juara dunia buat kali keenam di Rotterdam, hanya beberapa jam selepas Zulfadli Zulkifli dan Nelson Heg-Teo Ee Yi merangkul kejuaraan berganda perseorangan lelaki dan beregu lelaki Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan. Pemain No. 1 dunia, Nicol membuktikan mengapa dia layak diiktiraf dalam Dewan Kemasyuran (Hall of Fame) Persatuan Skuasy Dunia (WSF) apabila mudah membenam pemain No. 2 dunia, Jenny Duncalf dari England 11-2, 11-5, 11-0 untuk ditabal sebagai juara. Nicol, 28, mengesahkan statusnya selaku pemain terbaik sepanjang zaman dalam sejarah skuasy wanita dunia apabila melakar rekod baru dengan memintas rekod lama milik mentornya, Sarah Fitz Gerald dari Australia yang muncul juara lima kali. Malah semalam, Nicol hanya memerlukan 29 minit untuk menumpaskan Duncalf, biarpun jaguh England itu antara pemain terbaik dunia. "Fikiran saya kosong sekarang, saya tidak memikirkan apa-apa...saya hilang kata-kata. "Memenangi gelaran dunia ialah sesuatu yang besar dan penuh bermakna untuk dirisaya. Saya gembira untuk menujukan kejayaan ini kepada seluruh rakyat Malaysia,"kata Nicol yang beraksi di depan kedua-dua ibu-bapanya, Desmond David dan Ann Marie. Tewas tiga kali tahun ini, dua kepada Laura Massaro dan sekali di tangan Kasey Brown, Nicol dilihat mungkin sudah mula menunjukkan tanda kemerosotan, namun persembahan garang yang dipamerkannya semalam langsung tidak menunjukkan dirinya berada penghujung karier. Tidak dapat dipastikan apakah faktor yang mempengaruhi Jenny sehingga tewas sebegitu mudah, namun jika statistik lampau diambil kira, Jenny mungkin dibelenggu dengan fakta bahawa dia cuma menang dua kali dalam 28 pertemuan antara kedua-dua mereka. Nicol turut memberi sokongan agar skuasy dapat menjadi acara Sukan Olimpik, menerusi komen ringkas: "Saya sanggup menggadaikan enam gelaran dunia yang dimiliki untuk satu pingat emas Olimpik." Terdahulu, anak muda berusia 18 tahun, Zulfadli melakar sejarah dengan menghadiahkan gelaran sulung Malaysia dalam perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia selepas menumpaskan Viktor Axelsen dari Denmark 21-18, 9-21, 21-19. Nelson-Ee Yi memberi kejuaraan berganda dengan menewaskan pasangan tuan rumah Po Jui Huang dan Chia Yu Lin 21-17, 21-17. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Tonggak 2009 sandaran 'langgar' Singa Posted: Tonggak 2009 sandaran 'langgar' SingaOleh ABDUL HAFIZ AHMAD PEMAIN negara memberikan kata-kata semangat kepada satu sama lain selepas menamatkan sesi latihan terakhir di Jakarta semalam, sehari menjelang pertemuan pembukaan Kumpulan A Sukan SEA menentang Singapura, hari ini. KUALA LUMPUR - Lima daripada enam tonggak juara 2009 bakal kembali dipertaruhkan jurulatih Ong Kim Swee dalam kesebelasan utama Malaysia menghadapi Singapura pada aksi pembukaan Kumpulan A Sukan SEA XXVI Indonesia, hari ini. Kapten, Baddrol Bakhtiar mengetuai tonggak yang membantu skuad Datuk K. Rajagobal muncul di Laos, dua tahun lalu bersama Ahmad Fakri Saarani, Mahalli Jasuli, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad, tetapi K. Gurusamy Govandar mungkin terpaksa direhatkan seketika. Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta juga kian pasti menyaksikan Khairul Fahmi Che Mat selaku benteng terakhir skuad bawah 23 tahun negara yang pastinya masih 'berdendam' dengan kekalahan agregat Harimau Malaya kepada Singapura dalam Kelayakan Piala Dunia, Julai lalu. Tanpa Gurusamy, malah Irfan Fazail di bahagian tengah gara-gara kecederaan, Kim Swee cuba mengubah suai kehadiran beberapa calon lain seperti Syahrul Azwari Ibrahim, Yong Kuong Yong, Shukor Jusoh dan Nazmi Faiz Mansor yang baru kembali daripada Kelayakan Bawah 19 Tahun Asia di Ho Chi Minh, Vietnam. "Tahap kecergasan dan kedudukan Irfan dan Gurusamy hanya dapat dipastikan dalam kesebelasan utama menjelang ujian pagi esok (hari ini)," kata jurulatih itu. Aksi sulung dengan Young Lions yang dibimbing Robin Chitrakar, rnyata tidak boleh dipandang mudah memandangkan tiga lagi lawan - Thailand (10 November), Kemboja (15 November) dan tuan rumah (17 November) bakal turut mengidam membenam penyandang juara. "Menentang Singapura bakal jadi titik tolak untuk kami mencapai sasaran awal iaitu mara ke separuh akhir (sebagai dua pasukan teratas Kumpulan A)," katanya. Malah kejayaan Singapura mengejutkan juara Sukan SEA 13 kali, Thailand 3-2 dalam aksi persahabatan baru-baru ini juga mampu memberi bayangan awal kekuatan anak-anak buah Chitrakar itu. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |