Utusan Online - Sukan |
Posted: Anuar mula laung amaranOleh FERZALFIE FAUZI BEBERAPA pelumba, termasuk peserta negara, Ahmad Fallanie Ali ditimpa kemalangan semasa beraksi di peringkat ketiga dari Melaka ke Parit Sulong, semalam. – Utusan/ MOHD. NAJIB MOHD. NOR BATU PAHAT – Episod tahun lalu kembali berulang pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012, apabila pelumba handalan negara, Anuar Manan dari pasukan Champion System dan Andrea Guardini (Farnese Vini-Selle Italia) memulakan persaingan hebat sebaik tamat peringkat ketiga dari Melaka ke Parit Sulong semalam. Biarpun Guardini berjaya menjuarai perlumbaan, namun Anuar tidak membiarkan pelumba muda Itali itu berada dalam kedudukan selesa apabila menjadi pelumba ketiga (empat jam 30 minit 11 saat) melepasi garisan penamat, di belakang Raymond Kreder dari Garmin Barracuda. Malah, Anuar kini menjadi pencabar utama Guardini untuk menyarung jersi biru dalam acara pecut selepas mengumpul 26 mata, hanya empat mata ditinggalkan di belakang Guardini. Tahun lalu, Anuar dan Guardini bersaing sengit di antara satu sama lain untuk merebut jersi biru yang menyaksikan pelumba Farnese itu muncul juara selepas mengutip 117 mata, manakala Anuar di tempat kedua dengan 101 mata. Selepas menduduki tempat keempat dari Putrajaya ke Melaka kelmarin, Anuar akhirnya menaiki podium dalam perlumbaan sejauh 187.6 kilometer semalam hasil kerja keras dan bantuan mantap dari rakan-sepasukannya. Bagi Anuar, dia cuba menyimpan tenaga untuk melakukan henjutan 500m menuju garisan penamat, namun kekuatan barisan pelumba Farnese Vini yang menguasai kelompok hadapan menyukarkannya bertindak. "Saya sebenarnya mensasarkan untuk menamatkan saingan hari ini (semalam) di belakang Guardini selaku pemenang tempat kedua, namun pelumba Colnago CSF menghalang saya daripada berbuat demikian," kata pelumba berusia 26 tahun itu. Jelasnya, tenaganya semakin berkurangan ketika dalam usaha untuk mendapatkan tempat terbaik. Bagaimanapun, dia tetap gembira dengan keputusan tersebut menyaksikannya sekarang mengumpul 26 mata kurang empat mata di belakang Guardini. "Kerjasama antara rakan sepasukan juga semakin baik terutama sekali Jaan Kirsipuu yang banyak membantu saya," kata bekas pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) yang berazam untuk berusaha lebih keras pada peringkat keempat hari ini. Sementara itu rakan senegara Anuar dalam pasukan TSG, Mohamad Adiq Hussainie Othman menduduki tempat ke-20, manakala Kirsipuu menduduki tempat ke-98. Pelumba lain Craig Lewis ke-36, Aaron Kemps ke-85 dan Chris Butler ke-96. |
Posted: Penerjun cemerlang lagiOleh TAN MING WAI KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad terjun kebangsaan, Yang Zhuliang membuktikan dia adalah perancang strategi yang bijaksana, apabila membantu Malaysia meraih satu lagi tiket Sukan Olimpik pada Piala Dunia FINA di London semalam. Kuota ketiga bagi disiplin seirama yang juga kesembilan keseluruhan buat kontinjen Malaysia itu diperolehi menerusi Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong, biarpun digandingkan buat kali pertama dalam aksi 3 meter papan anjal seirama wanita. Acara itu biasanya diwakili gandingan Leong Mun Yee-Wendy Ng yang pernah merangkul pingat perak Sukan Asia 2010 dan emas Sukan SEA tahun lalu, namun keputusan Zhuliang mempertaruhkan Pandelela-Jun Hoong kali ini ternyata tepat. Mereka berdua berganding mantap untuk mencatat kutipan mata keseluruhan300.90, dan menduduki tempat keenam pada final. Seperti dijangka, pasangan China sukar digugat apabila meraih emas menerusi He Zi-Wu Minxia dengan mengumpul 345.30 mata, menewaskan Jennifer Abel-Emilie Heymans dari Kanada (321.90) dan Tania Cagnotto-Francesca Dallape dari Itali (317.40). Kejayaan menduduki tempat keenam itu sekaligus membolehkan Malaysia menempah satu daripada baki empat slot terakhir bersama Itali, Amerika Syarikat dan Ukraine. Terdahulu, China, Kanada dan Australia telah pun mengesahkan tiket lebih awal ketika Kejohanan Dunia di Shanghai tahun lalu manakala tuan rumah, Great Britain diberi kuota automatik bagi melengkapkan senarai lapan negara bertanding di temasya London. Kemampuan skuad terjun negara meraih tiga kuota seirama dalam sekelip mata adalah tidak diduga memandangkan tiada pasangan seirama dari Malaysia pernah layak dalam sejarah Olimpik. Dua lagi tiket telah diraih awal oleh Huang Qiang-Bryan Nickson Lomas (3m papan anjal seirama lelaki) dan Pandelela-Mun Yee (10m platform seirama wanita). Lebih membanggakan, Malaysia merupakan satu-satunya negara Asia selain gergasi China, mempunyai perwakilan dalam disiplin seirama di Olimpik London. Sementara itu, Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Edwin Chong memuji persembahan cemerlang Pandelela-Jun Hoong. "Pada Kejohanan Dunia di Shanghai lalu, Mun Yee-Wendy sekadar menduduki tempat ke-10 dan kami merasakan peluang mereka untuk layak di Piala Dunia agak sukar. "Jadi kami mencuba kombinasi baru dengan menggandingkan Pandelela-Jun Hoong. Sebenarnya ia adalah satu pertaruhan kerana Pandelela sudah sekian lama tidak berlatih dalam acara papan anjal. "Saya amat bangga dengannya. Dia telah diminta menumpukan perhatian un tuk meraih tiket dalam dua acara seirama dan misi itu dilaksanakan dengan sempurna. "Pujian juga kepada Jun Hoong kerana cemerlang memberikan kita tiket dalam 3m papan anjal individu," katanya. Sementara itu, Bryan Nickson Lomas gagal mencipta satu lagi sejarah peribadi apabila terlepas pingat gangsa 10m platform individu lelaki gara-gara melakukan terjunan buruk pada cubaan terakhir. Bryan yang hanya menghasilkan 36.30 mata pada terjunan akhir terpaksa berpuas hati di tangga kelapan daripada 12 penerjun. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |