Utusan Online - Sukan |
Dalglish ramal tentangan sengit Posted: Dalglish ramal tentangan sengitOleh FERZALFIE FAUZI Pemain Liverpool mengadakan sesi latihan yang disaksikan lebih 30,000 peminat di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur, semalam. Skuad bimbingan Kenny Dalglish akan menentang pasukan Malaysia sempena Siri Jelajah Asia esok. - UTUSAN/ASWAD YAHYA PETALING JAYA - Kunjungan pertama ke Malaysia memberi pengalaman baru dan ruang terbaik buat Liverpool untuk menguji pemainnya apabila berdepan Harimau Malaya pada aksi persahabatan sempena Siri Jelajah Asia kelab itu esok. Menurut pengurus Reds, Kenny Dalglish perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil petang esok, memberi ruang buatnya melihat tahap kecergasan pemain selepas perlawanan di China mengalahkan Guandong Sunray Cave 4-3 kelmarin. "Menentang skuad kebangsaan Malaysia penting kerana memberi ruang buat pemain memperbaiki kesilapan, seperti mana yang berlaku ketika bertemu Guandong apabila kami melepaskan gol di minit-minit akhir perlawanan "Kami bangga untuk berkunjung ke sini dan terkejut dengan sambutan hangat oleh peminat tempatan. Apabila kami tiba di sini awal pagi ini, peminat sudah berkumpul di lapangan terbang dan juga di hotel. "Saya pasti perlawanan di sini tentu menarik dan sengit, saya tidak sabar untuk pertemuan itu," kata Dalglish dalam sidang media di sini, semalam. Jelas Dalglish, setakat ini dia amat berpuas hati dengan keseluruhan perjalanan jelajah pra-musim selepas buat pertama kali beraksi di China dan juga Malaysia yang mempunyai ramai penyokong Reds. "Beraksi di Malaysia akan memberikan pemain satu pengalaman yang berguna buat pemain terutama sekali dari segi cuaca, saya berharap ia akan memberi kesan positif bagi saingan musim baru. "Memang ia sukar untuk bersaing dalam EPL tetapi setidak-tidaknya pemain dapat menempuhi laluan musim depan dengan menggunakan persiapan pramusim ini sebagai langkah pertama. "Ini adalah latihan yang baik buat kami, semua pemain yang mengikuti jelajah ini akan diberi peluang untuk beraksi. Ia amat penting untuk meneruskan perlawanan pra-musim," katanya. Dalam masa yang sama Dalglish juga mengumumkan bahawa Liverpool telah diberi kebenaran untuk berbincang dengan pemain sayap antarabangsa England, Stewart Downing. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Elak dimalukan Liverpool pula - Rajagobal Posted: Elak dimalukan Liverpool pula - Rajagobal
KUALA LUMPUR - Selepas kalah 0-4 kepada Arsenal kelmarin, jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal menyeru pemain supaya bangkit pamerkan perwatakan sebenar. Harapan itu diluahkan menjelang pertemuan dengan sebuah lagi kelab gergasi Liga Perdana England (EPL), Liverpool esok di gelanggang yang sama sebelum menentang Singapura pada perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 dan 28 Julai ini. "Ini adalah medan kedua buat saya untuk melihat perwatakan pemain, saya akan menilai mereka dengan lebih telus pada perlawanan menentang Liverpool ini sebelum menentang Singapura," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia sebelum menjalani latihan semalam. Jelasnya, ini adalah masa terbaik buatnya memperbaiki beberapa kelemahan yang dikenalpasti sebaik sahaja dimalukan skuad Gunners kelmarin dengan beberapa pemain mempamerkan aksi longlai. "Ada pemain yang tidak beraksi pada prestasi sebenar kelmarin. Ketika bertemu pemain yang dimaksudkan, saya telah menyarankan supaya mereka bangkit apabila menentang Liverpool. "Selain beraksi di gelanggang sendiri, kita juga mempunyai kelebihan kerana bertemu Liverpool di sebelah petang, mungkin di situ pemain akan kembali bangkit dan bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama," katanya. Rajagobal juga turut memanggil dua pemain Ismail Faruqi Ashari dan Izzaq Faris Ramlan bagi menggantikan Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Abd. Razak yang mengalami kecederaan. "Saya harap pemain beraksi dengan baik, jangan mudah leka sehingga membolehkan lawan menjaringkan gol mudah dan mempamerkan corak permainan pantas. "Pertemuan dengan Liverpool sangat penting, pemain kena cepat bertindak dan lupa kekalahan kelmarin, saya harap mereka belajar daripada kesilapan," kata Rajagobal. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |