Utusan Online - Sukan |
Posted: Ayuh! kalahkan ThailandSkuad kebangsaan menjalani latihan ringan di gelanggang tenis dekat Jakarta, semalam menjelang menentang Thailand, hari ini. JAKARTA - Pengurus skuad bola sepak negara, Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) percaya pasukan negara akan bangkit dengan keputusan lebih baik berbanding berkongsi mata dengan Singapura kelmarin, apabila berdepan Thailand hari ini. Menurut Hamidin, walaupun memulakan kempen mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan satu mata, ia disifatkan baik berbanding jika menamatkan aksi tanpa mata, kelmarin. Jelas beliau, sebagai juara bertahan, sudah pasti Malaysia memikul tekanan pada aksi pertama. "Aksi pertama kelmarin tidaklah terlalu buruk. Jika dikaji, kita juga pernah kalah pada aksi pembukaan ketika saingan Piala Suzuki AFF, juga pada kejohanan-kejohanan lain. "Lagipun berdasarkan rekod pertembungan kita dengan Singapura, ia menjadi perlawanan yang sukar, baik di pihak kita mahupun Singapura. "Jadi kita harap setelah pemain mula merasai kehangatan sebenar kejohanan di sini pada perlawanan pertama kelmarin, mereka harus bangkit dan mencatat keputusan yang menggembirakan peminat pada aksi kedua menentang Thailand esok (hari ini). "Saya yakin setelah kita bermula dengan seri, esok (hari ini) kita mampu menjelmakan keputusan yang diharapkan apabila berdepan Thailand esok," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Mengulas lanjut pertembungan dengan Thailand hari ini, Hamidin berkata, pemain dinasihatkan menganggap semua perlawanan adalah penting tanpa mengira sesiapa pun lawan dari kalangan Kumpulan A termasuk lawan selepas ini, iaitu Kemboja apatah lagi tuan rumah, Indonesia. "Mungkin ramai yang berpendapat kita boleh menyifatkan Kemboja sebagai lawan mudah tetapi tanggapan seperti itu harus dibuang oleh pemain. "Saya tegaskan kepada pemain bahawa semua perlawanan adalah sukar, semua lawan adalah kuat apatah lagi menentang Thailand" katanya. Mengulas insiden penyokong Indonesia yang tidak menghormati lagu kebangsaan Negaraku pada aksi pertama kelmarin, Hamidin berkata, dia memang menjangkakan gelagat sedemikian. "Saya sudah ada pengalaman sedemikian. Namun, pemain kita sudah bersedia menghadapi gangguan dan provokasi sedemikian. Gelagat penyokong mereka tidak menjejaskan mental dan emosi pemain," katanya. - Utusan Full content generated by Get Full RSS. |
Daniel Bego tidak pertahan 5 emas Posted: Daniel Bego tidak pertahan 5 emasDaniel Bego KUALA LUMPUR – Segala teka teki menyelubungi perenang sensasi negara, Daniel Bego akan cergas sepenuhnya untuk mempertahankan lima pingat emasnya di Sukan SEA Indonesia sudah ada jawapannya. Daniel, 22, yang mencetuskan fenomena di kolam renang dengan menyapu emas acara 100 meter, 200m dan 400m (semua gaya bebas) serta 100m dan 200m (gaya kupu-kupu) termasuk empat rekod baru temasya di Laos dua tahun lalu, disahkan menarik diri. Keputusan itu dibuat atas nasihat doktor yang merasakan bahu Daniel yang dibedah enam bulan lalu bagi memperbetulkan masalah Osteophyte, masih belum bersedia melakukan kuakan bertenaga. Osteophyte ialah ketumbuhan yang terbentuk pada tulang biasa dan ia boleh menjadi amat menyakitkan apabila menyentuh tisu lembut atau ligamen. Perkembangan itu tentunya kurang menggembirakan buat kontinjen Malaysia yang menagih sentuhan emas daripada pemuda kelahiran Sarawak itu yang pencapaian lima pingat emas pada 2009 turut menobatkannya sebagai olahragawan temasya tersebut. Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Edwin Chong berkata, Daniel telah bertemu dengan doktor pakar yang merawatnya selama ini, semalam, untuk mendapatkan pandangan terakhir. "Dia diberitahu mengenai risiko kecederaan lanjut sekiranya memaksa diri bertanding. "Sebarang kecederaan baru pastinya mengeruhkan lagi situasi sehingga berpotensi menjejaskan peluangnya melayakkan diri ke Olimpik London tahun depan," ujar Edwin. Ketiadaan Daniel akan memberi kesan kepada hasrat Malaysia mencari pingat emas dalam acara kupu-kupu individu serta melemahkan kekuatan pasukan 4X100m rampaian berganti-ganti dan 4X200m gaya bebas. Skuad renang akan berlepas ke Palembang hari ini. Malaysia membawa pulang kutipan 9-5-6 pada temasya lalu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |