Utusan Online - Sukan |
Nicol, Azlan ke perlawanan akhir Posted: Nicol, Azlan ke perlawanan akhirOleh AIZAWATI AHMAD KUALA LUMPUR - Masih belum ada pemain muda yang mampu menandingi kehebatan pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol David apabila beliau sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir tanpa banyak halangan pada Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2011 di Pusat Skuasy Nasional, di sini, semalam. Begitu juga perihal saingan lelaki, pemain No. 10 dunia, Muhammad Azlan Iskandar sekali lagi menghitung pertemuan dengan Ong Beng Hee di pentas akhir, hari ini. Nicol tidak menghadapi masalah menewaskan Siti Munirah Jusoh, 24, straight set 11-7, 11-3, 11-7 dalam 24 minit pada separuh akhir, semalam. Nicol ketika ditemui berkata, dia perlu bekerja keras untuk perlawanan akhir bertemu Delia Arnold, hari ini setelah menyaksikan peningkatan permainan pemain tersebut. Dalam satu lagi separuh akhir wanita, Low Wee Wern, 21, tumpas kepada Delia dalam aksi straight set 11-8, 11-9, 11-6. Sementara itu, Azlan mengambil masa 37 minit untuk mengalahkan pemain muda, Kamran Khan 11-4, 11-5, 11-3. Pada separuh akhir kedua lelaki, Beng Hee yang sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk bersara dari arena skuasy, masih belum mampu ditumbangkan pemain muda, Mohd. Nafiizwan Adnan 11-8, 11-7, 11-9 dalam aksi yang mengambil masa lebih sejam itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Zulfadli juara remaja AsiaKUALA LUMPUR - Zulfadli Zulkifli melakukan apa yang gagal dilakukan pemain-pemain terdahulu, apabila muncul pemain Malaysia pertama merangkul kejuaraan perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Remaja Asia di Lucknow, India semalam. Malah, bintang remaja berusia 18 tahun itu merangkul kemenangan sebagai pemain bebas yang ditaja oleh KLRC selepas membenam cabaran lawan dari India, Verma Sameer 21-15, 21-17 hanya dalam masa 36 minit. Harapan Malaysia untuk membawa pulang gelaran berganda buat kali pertama, bagaimanapun tidak kesampaian selepas sandaran yang diberikan kepada beregu perempuan, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean berkesudahan dengan kekalahan 18-21, 21-16, 12-21 kepada pasangan Indonesia, Andini Suci Rizki-Nuraidah Tiara Rosalia. Malaysia tidak pernah merangkul kejuaraan remaja Asia dengan pencapaian terbaik adalah muncul naib juara menerusi Mohd. Arif Abdul Latif (2007), Iskandar Zulkarnian Zainuddin (2009) dan Loh Wei Sheng, tahun lalu. Kemenangan Zulfadli ini menebus kekecewaannya selepas gagal memberi persembahan cemerlang ketika membawa cabaran Malaysia dalam saingan berpasukan, awal minggu ini. Zulfadli kalah dalam kedua-dua perlawanan menentang Indonesia (separuh akhir) dan China (akhir). Bagaimanapun semalam, Zulfadli, yang dibimbing oleh bapanya sendiri, Zulkifli Sidek mempamer aksi meyakinkan dan mendahului dari awal permainan ketika menumpaskan Sameer, sekali gus melakukan apa yang gagal dilakukan pemain terdahulu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |