Utusan Online - Sukan |
Posted: Perjuangan berakhirOleh Norzie Mohd. Khasbi Liew Daren membalas hantaran Simon Santoso pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Axiata di Stadium Badminton Cheras, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari KUALA LUMPUR - Malaysia mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan lumayan Piala Axiata selepas kedua-dua pasukannya, Tiger dan Leopard disingkirkan Indonesia pada separuh akhir kedua, semalam. Jelas sekali kemenangan bukan objektif utama kita pada kejohanan bernilai AS$1 juta (RM3.1 juta) ini apabila Malaysia Tiger menurunkan skuad kedua menentang Indonesia Garuda di Stadium Badminton Cheras ketika tunduk 0-3 dan tersingkir dengan agregat 1-5. Di Jakarta, Malaysia Leopard seperti diduga tumpas 3-0 kepada Indonesia Rajawali dan tersingkir dengan agregat 0-6, namun ada peningkatan dipamer skuad remaja berbanding ketika tumpas 0-3 kepada pasukan yang sama di separuh akhir pertama, kelmarin. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
Kritikan ganggu pemain - Safee Posted: Kritikan ganggu pemain - SafeeOleh ZAZALI JAMIAN KUALA LUMPUR - Penyerang kebangsaan, Safee Sali berpendapat kritikan terhadap prestasi skuad Harimau Malaya, baru-baru ini mengganggu persiapan pemain untuk menghadapi Piala Suzuki AFF 2012. Menurut Safee, kritikan sedemikian tidak sepatutnya dibuat tanpa merujuk terlebih dahulu dengan jurulatih yang lebih memahami keadaan pasukan. "Sebagai pemain saya rasa ketua jurulatih lebih berhak untuk bersuara dan tidak perlu orang luar yang tidak terlibat dalam keluarga pasukan untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. "Bagi saya ini adalah masalah kecil dan untuk menghadapi Piala Suzuki AFF kali ini kita perlukan beberapa lagi perlawanan persahabatan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Komik Super Safee di sini, semalam. Komik bulanan yang dilancarkan semalam mengisahkan perjalanan Safee ketika zaman kanak-kanak sebelum bergelar pemain bola sepak terkenal. Ia dijual RM6.90 senaskhah. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |