Utusan Online - Sukan |
Zulfadli dahagakan juara Terbuka India Posted: Zulfadli dahagakan juara Terbuka IndiaKUALA LUMPUR– Selepas berjaya mendapatkan gelaran remaja dunia kini pemain badminton muda berbakat besar Zulfadli Zulkifli mahu menutup tirai 2011 dengan sasaran melakukan kejutan pada Kejohanan Terbuka India minggu depan. Zulfadli berkata, kejohanan tersebut dijangka menjadi lebih mencabar dengan penyertaan pemain seperti Taufik Hidayat serta Simon Santoso dan suasana pertandingan juga berbeza daripada kejohanan remaja yang pernah disertai. Sekiranya dia mampu melangkah ke separuh akhir pemain yang diramal menentangnya pada saingan tersebut adalah Simon. Kali terakhir menentang pemain dari Indonesia itu ialah pada Terbuka Macau bulan lalu yang menyaksikan Zulfadli tewas di pusingan kedua. "Sejak saya memperoleh gelaran dunia remaja baru-baru ini semangat untuk melakukan yang terbaik semakin meningkat dan ayah saya selaku jurulatih yang membimbing saya sejak mula bermain badminton juga banyak membantu. "Dalam kejohanan tersebut saya diundi menentang pemain Itali dan selepas ini bakal menentang pemain tuan rumah dan sekiranya dapat melangkah ke suku akhir juga sudah cukup baik bagi saya," kata Zulfadli. Juara Kejohanan Remaja Dunia pada Oktober lalu itu kini tidak mahu memandang kebelakang dan cuba untuk memberikan saingan terbaiknya dalam setiap kejohanan berstatus terbuka yang bakal disertai. Kejohanan di India ini juga dianggap penting buat Zulfadli terutama untuk mengumpul mata bagi melayakkannya beraksi dalam All England pada tahun depan. Malah, Zulfadli mengakui peluangnya untuk melakukan yang terbaik pada kejohanan yang bermula pada 20 hingga 25 Disember ini adalah 50-50. "Kebanyakan yang beraksi dalam kejohanan ini adalah pemain hebat dan tentu sekali peluang itu tetap ada buat semua pemain. "Sungguhpun kejohanan di India ini adalah penutup bagi tahun ini tetapi saya tidak boleh anggap ia sebagai medan pemanas badan untuk menghadapi tahun depan kerana menjelang tahun baru misi saya akan menjadi lebih lagi," kata Zulfadli. |
Posted: Fadhli serasi bersama AmerOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN KUALA LUMPUR- Kehilangan rakan gandingan di bahagian pertahanan, Mohd. Muslim Ahmad yang membuat keputusan berhijrah ke skuad Liga Super Terengganu pada musim depan tidak menggusarkan Mohd. Fadhli Mohd. Shas. Bakal membawa cabaran Harimau Muda dalam saingan Liga Singapura, Fadhli berkata, dia menghormati keputusan rakan sepasukannya tersebut yang mahu mencurahkan bakti kepada negeri kelahirannya namun yakin dengan kemampuan seorang lagi pemain pertahanan, Mohd. Amer Saidin. Malah, Fadhli mendedahkan Amer bukanlah seorang yang asing buat dirinya kerana telah lama bersama dan mempunyai persefahaman yang baik ketika di Harimau Muda B. ''Biarpun Muslim tiada lagi pada musim akan datang semasa kami beraksi di Liga Singapura, saya tidak kisah kerana kami masih ada ramai pemain yang berkebolehan bermain di tempatnya. ''Antaranya Amer Saidin, saya dan dia telah bersama lebih lama iaitu selama dua tahun dalam Harimau Muda B, dia adalah seorang pemain yang bagus. ''Saya juga serasi dengan Amer sebagaimana saya dengan Muslim kerana tahu kekuatan dan kelemahan permainannya, jadi ketiadaan Muslim bukan satu persoalan besar," katanya pada sesi latihan dan pemilihan pemain Bawah 22 tahun negara yang akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan di Sydney, Australia. Muslim dan Fadhli merupakan dua pertahanan muda negara yang sering digandingkan bersama sama ada di pentas pasukan senior atau Bawah 23 tahun negara. Tidak terkecuali di saingan Liga Malaysia ketika bersama Harimau Muda A, kedua-dua pemain ini dianggap antara pertahanan terbaik negara dalam masa dekad ini. Menyentuh perancangannya selepas ini, dia berkata masih belum merancang mahu beraksi dengan mana-mana pasukan lain kerana mahu menimba seberapa banyak pengalaman berharga bersama Harimau Muda. ''Bersama Harimau Muda, saya banyak mendapat pengalaman berharga di samping cara permainan saya semakin baik walaupun baru berusia 20 tahun. ''Masih banyak lagi yang saya perlu belajar, satu lagi, jika tidak kerana Harimau Muda mungkin saya tidak berada di tahap seperti hari ini," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |