Utusan Online - Sukan |
Posted: Shabery turun padang di RanauKEMAMAN – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan turun padang dalam masa terdekat untuk meninjau Kompleks Sukan Ranau di Sabah, ekoran percanggahan laporan mengenai kemudahan yang terdapat di kompleks tersebut. Ini berikutan laporan berbeza yang diterima oleh Kementerian daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan laporan akhbar memetik Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS). Sebelum ini, KOAM telah mengambil keputusan untuk menjadikan kompleks berkenaan sebagai lokasi pilihan latihan persiapan 15 atlet dan lima jurulatih olahraga ke Sukan SEA 2011 di Indonesia, November ini. "Saya difahamkan KOAM buat taklimat kepada Kementerian semuanya telah selesai... tetapi saya dengar laporan yang bercanggah, namun saya tidak boleh bergantung apa yang dipaparkan dalam akhbar. "Oleh itu saya sendiri akan ke sana untuk melihat sendiri kemudahan yang ada dan kenapa perlu diadakan di sana berbanding di Kuala Lumpur," katanya pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kampung Tengah, semalam. Beliau mengulas laporan berbeza yang diberikan oleh KOAM dan LSNS mengenai status pembinaan Kompleks Sukan Ranau. Ahmad Shabery berkata, sekiranya kemudahan di kompleks tersebut belum siap sepenuhnya, kemungkinan latihan atlet olahraga itu akan dijalankan di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Sebelum ini, laporan akhbar memetik Pengurus Besar LSNS, Mahmood Kalong sebagai berkata kompleks sukan itu masih tidak dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya manakala gimnasium tidak terdapat dalam pelan pembinaan itu. Kompleks itu mula dibina pada 2007 dan hanya akan siap sepenuhnya pada April ini. – Bernama |
Tiga pemain bakal timba ilmu Liga-J Posted: Tiga pemain bakal timba ilmu Liga-JOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN KUALA LUMPUR -- Walaupun rantau Asia Tenggara sudah ditakluk dalam saingan Piala Suzuki AFF baru-baru ini, Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berdiam diri dalam usaha mengekalkan kejayaan sedia ada. Terbaru, FAM mengesahkan bahawa persatuan itu dalam perancangan untuk menghantar tiga pemain, Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali untuk tujuan pemilihan oleh kelab-kelab dalam saingan Liga Jepun (Liga-J). Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang berkata, pihaknya sedang menunggu kata putus Persekutuan Bola Sepak Jepun (JFA) selepas mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut baru-baru ini. Tambahnya, idea penghantaran pemain Malaysia ke Jepun ditimbulkan dalam perjumpaan sempena Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Doha pada 6 Januari lepas. ''Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Timbalan Presiden FAM ada berjumpa dengan Setiausaha Agung JFA, Kohzo Tashima dan berbincang mengenai perancangan kita mahu menjalin kerjasama dengan negara itu. ''Sebagai langkah pertama, FAM mahu menghantar beberapa pemain menjalani pemilihan serta pendedahan dalam Liga-J sambil mencuba nasib beraksi dengan kelab-kelab di sana. ''Mereka telah nyatakan persetujuan untuk membantu kita dan mahu kita menghantar profil pemain di samping aksi mereka dalam cakera padat video (DVD) untuk tujuan penilaian. Buat masa ini kami sedang menunggu jawapan rasmi dari JFA, " katanya ketika dihubungi semalam. Khairul, Norshahrul dan Safee adalah di antara pemain negara yang cemerlang dalam saingan Piala Suzuki AFF Disember lepas dan pemilihan mereka untuk dihantar menjalani pemilihan dalam Liga-J amat tepat. Jika hasrat itu menjadi kenyataan, ia adalah pertama kali pemain Malaysia dihantar ke negara Matahari Terbit itu, yang baru muncul juara Piala Asia 2011 baru-baru ini. Liga-J dianggap antara liga terbaik di Asia yang menempatkan banyak kelab hebat seperti Gamba Osaka, Urawa Reds, Kashima Antlers, Jubilo Iwata dan Nagoya Grampus. Ditanya bila JFA akan memberikan jawapan, Azzuddin berkata, dia tidak dapat menyatakan dengan pasti. ''Sukar untuk saya beritahu tetapi saya berharap JFA akan menyatakan jawapan tidak lama lagi, '' ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |