Utusan Online - Sukan |
Posted: 'Jangan ganggu Apek'Oleh ZAZALI JAMIAN Khairul Fahmi Che Mat tetap mendapat kepercayaan Ong Kim Swee untuk berdepan Singapura esok biarpun diuji dengan pelbagai masalah peribadi kebelakangan ini. KUALA LUMPUR - Bagi memastikan skuad bola sepak Sukan SEA dapat beraksi di tahap terbaik dalam usaha mempertahankan kejuaraan, jurulatih negara, Ong Kim Swee menyeru semua pihak, termasuk media agar tidak menganggu isu peribadi yang membelenggu penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat. Kim Swee menegaskan, laporan yang bersifat menyerang peribadi pemain muda Kelantan itu mampu membuatkan tumpuan pengaja gol tersebut terganggu, sekali gus sukar untuk memberi aksi terbaiknya. Seandainya fokus pemain yang terkenal dengan jolokan Apek itu terjejas, ia juga mampu memberi kesan kepada pasukan keseluruhan pada kita Malaysia berdepan tugas getir dalam usaha mempertahankan pingat emas. "Saya sangat berharap agar pemain itu tidak diganggu dengan laporan-laporan yang kurang baik berhubung peribadinya. "Kita harus faham bahawa dia (Khairul Fahmi) seolah-oleh sedang berada di medan perang dan perjuangannya adalah untuk negara, jadi mengapa dia perlu diganggu," kata Kim Swee ketika dihubungi Utusan Malaysia di Jakarta, semalam. Kebimbangan Kwim Swee jelas berasas kerana Malaysia diletak dalam "kumpulan maut" di Indonesia dengan diundi bersama Thailand, Indonesia, Singapura dan Kemboja. Pasukan negara akan memulakan cabaran dengan menentang Singapura dalam aksi sulung Kumpulan A di Stadium Bung Karno, Jakarta esok. Dalam pada itu Kim Swee menegaskan, biarpun sering diuji dengan pelbagai laporan negatif, beliau tetap mempercayai Khairul Fahmi dan akan memberi tugas penjaga gol utamanya kepada pada pertemuan esok. "Saya amat yakin dengannya dan tiada sebab mengapa saya hendak mempertikaikan atau meragui keupayaannya, dia sudah membuktikannya sebelum ini. "Kita datang ke sini sebagai juara bertahan dan kita akan menghadapi setiap perlawanan dengan baik termasuk perlawanan pertama. "Apa yang penting kini kita perlu kekalkan aksi konsisten dari awal saingan,'' jelas Kim Swee. Selepas menentang Singapura, Malaysia dijadual bertemu Thailand, Rabu ini, sebelum berdepan Kemboja dan Indonesia. Sementara itu Kim Swee turut menegaskan, kecederaan dua tonggak utama, Mohd. Irfan Fazail dan K. Gurusamy tidak akan menganggu perancangan pasukan kerana beliau mempunyai pilihan lain yang mampu menampung kekosongan tersebut dengan baik. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Azwari sedia gegar JakartaOleh FERZALFIE FAUZI KUALA LUMPUR - Sekalipun peluang untuk diletakkan dalam kesebelasan utama belum terjamin, namun penyerang remaja negara, Syahrul Azwari Ibrahim berikrar akan cuba memberi impak pada Sukan SEA 2011. Penyerang muda berusia 18 tahun itu menegaskan, dia sudah bersedia sepenuhnya jika diminta beraksi di Jakarta esok. Menurut pemain yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu, walaupun kurang pengalaman di peringkat antarabangsa berbanding pemain lain, dia bersedia untuk membuktikan kehebatannya. "Saya akui pengalaman menjadi perbezaan antara saya dan penyerang lain dalam skuad ini, tambahan pula usia saya masih muda tetapi saya anggap ini sebagai pendedahan berguna andai kata diturunkan," katanya. Malaysia akan memulakan aksi di Sukan SEA kali ke-26 itu menentang Singapura bagi saingan peringkat kumpulan di Gelora Bung Karno, Jakarta. Setakat ini Syahrul Azwari telah menjaringkan lima gol untuk pasukan bawah 23 tahun negara sejak awal Januari lalu, termasuk dua gol ketika membenam skuad Sukan SEA Laos 4-1 Ahad lalu. "Jika diberi peluang untuk beraksi saya berjanji akan memberi persembahan terbaik, saya juga sudah sedia dari segi mental dan fizikal. "Bagaimanapun saya tidak boleh terlalu yakin beraksi dalam kejohanan besar di peringkat Asia Tenggara ini. Saya perlu memperbaiki kekurangan yang ada pada diri saya. "Saya juga perlu belajar menyerap tekanan dengan baik terutama bila berdepan tuan rumah, Indonesia," kata penyerang yang beraksi bersama Harimau Muda A musim lepas. Selain Syahrul Azwari, tiga lagi penyerang yang disenaraikan jurulatih, Ong Kim Swee adalah A. Thamil Arasu, Ahmad Fakri Saarani dan Izzaq Faris Ramlan Malaysia yang turun sebagai juara bertahan akan memulakan kempen dengan menentang Singapura dalam Kumpulan A esok. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |