Utusan Online - Sukan |
Mew Choo kekok dengan tugas baru Posted: Mew Choo kekok dengan tugas baruOleh Norzie Mohd. Khasbi
KUALA LUMPUR - Selama ini, Wong Mew Choo hanya mengusung raket ke gelanggang, namun semalam dia tampil dengan imej berbeza membawa buku dan kertas di tepi gelanggang pada hari pertama kejohanan badminton Grand Prix Remaja Kebangsaan Akhir-100 PLUS di Stadium Juara, Bukit Kiara. Seminggu selepas bergelar jurulatih Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), ratu badminton negara itu memulakan tugas pertamanya pada kejohanan yang diadakan di gelanggang, di mana dia berlatih selama kini, situasi yang diakui Mew Choo sangat janggal. Jurulatih berusia 28 tahun itu dilihat sibuk memantau tujuh pemainnya yang bertanding dalam kategori perseorangan wanita bawah 18 dan 16 tahun, malah sesekali dia dilihat mendapatkan nasihat daripada kakaknya, Wong Miew Kheng yang mempunyai pengalaman empat tahun menjadi jurulatih di SSBJ. "Anda rasa pelik tak ? Sebab saya sendiri rasa sangat janggal hari ini. Biasanya saya bawa raket turun gelanggang tetapi hari ini saya bawa buku dan kertas, memang rasa lain macam sikit dan saya perlukan masa untuk sesuaikan diri,'' katanya. Namun adalah perkara biasa untuk berasa kekok kerana ini adalah tugas rasmi pertamanya sebagai seorang jurulatih, malah dia baru seminggu lebih memulakan kerja bersama SSBJ dan mengendalikan sekumpulan pemain yang masih dalam proses untuk dikenali. Jika selama ini dia hanya memikirkan tentang diri sendiri dan permainan, sekarang nasib tujuh pemain berada di tangannya, ia satu tugas besar yang perlu disesuaikan segera untuk memastikan semuanya berjalan lancar. "Ada tujuh pemain yang bergantung kepada saya dan ia memang tugas yang berat tetapi saya percaya lama kelamaan saya pasti dapat menyesuaikan diri. "Mengendalikan tujuh pemain secara bersendirian memang susah, bayangkan saya kena pantau setiap pemain... seorang demi seorang, Saya kena kenal karakter mereka dan saya kena rapat dengan mereka, baik di gelanggang mahupun luar gelanggang. Sebab itulah untuk hari ini saya tidak mahu cakap sangat tentang permainan pemain saya. "Mungkin kerana saya masih baru sebagai jurulatih, semuanya nampak sukar dan saya memerlukan banyak bantuan daripada jurulatih yang lain. Saya bernasib baik kerana kakak saya Miew Kheng banyak membantu. Dia sudah empat tahun menjadi jurulatih di SSBJ, jadi dia ada pengalaman untuk dikongsi,'' katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Tiada kaitan FAM - AzzuddinOleh FERZALFIE FAUZI
KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelaskan kos penangguhan pembaikan trek Stadium Nasional Bukit Jalil yang bernilai RM500,000 tidak ada kena mengena dengan badan induk bola sepak negara itu, sebaliknya ia adalah antara perbadanan stadium dengan kontraktor. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata FAM hanya akan membayar kos penyewaan stadium tersebut untuk perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Terengganu, persahabatan skuad kebangsaan menentang kelab Liga Perdana England, Arsenal Liverpool dan Chelsea. "Selain perlawanan tersebut, perlawanan pusingan kedua Pra Olimpik menentang Labenon dan kelayakan Piala Dunia 2014 berdepan Taiwan semuanya berlangsung pada Julai juga akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya di Majlis Pelancaran Tiket Jelajah Chelsea ke Asia dan Ulang Tahun Ke-10 Pro Events. Jelasnya, pengumuman secara rasmi mengenai semua perkara tersebut akan dilakukan minggu depan. Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, FAM harus menanggung kos penangguhan pembaikan trek Stadium Nasional Bukit Jalil yang bernilai RM500,000 bagi membolehkan aksi pasukan Liga Perdana England di venue tersebut. Sementara itu, jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal berkata, aksi persahabatan dengan kelab EPL adalah peluang terbaik buat anak buahnya untuk menentang pasukan yang dibarisi pemain bertaraf antarabangsa seperti Chelsea. "Mereka dibarisi pemain yang pernah mewakili negara masing-masing pada peringkat tertinggi, bagaimanapun saya menasihatkan pemain supaya bermain seperti biasa dan tidak melihat kepada keputusan perlawanan. "Saya mahu mereka turun beraksi bertemu dengan Chelsea dan menikmati perlawanan itu sebaiknya, ia sama seperti kami menentang Manchester United pada 2009, bagaimanapun kami akan berbincang sama ada ingin menurunkan pemain yang sama dalam ketiga-tiga perlawanan termasuk bertemu Arsenal dan Liverpool," katanya. Pro Events yang merupakan promoter perlawanan Malaysia menentang Chelsea mensasarkan lebih daripada 55,000 penonton datang menyaksikan perlawanan tersebut melebihi jumlah pada pertembungan yang sama pada 2008 di Stadium Shah Alam. Tiket bagi perlawanan Chelsea - Malaysia dijual dengan harga RM58, RM68 dan RM108, manakala tiket VIP yang bernilai RM388 terhad kepada orang ramai. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |