Utusan Online - Sukan |
Posted: Cari bekalan selesaOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
PETALING JAYA - Bukan kemenangan semata-mata yang mahu dicari Malaysia apabila menentang Pakistan malam ini, tetapi keputusan selesa untuk dibawa ke Lahore pada pertemuan kedua pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012. Itu sasaran utama jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee (gambar) menjelang pertemuan skuad Olimpik Malaysia dan Pakistan di Stadium Shah Alam, dan beliau yakin anak-anak buahnya mampu menggempur lawan habis-habisan. Menegaskan moral dan tahap kecergasan pemain di tahap terbaik, Kim Swee percaya tiada sebab mereka tidak boleh mencatat kemenangan jika semua pemain mempamerkan permainan cemerlang. ''Jika saya perlu meletakkan tujuh atau lapan penyerang sekali pun, saya akan buat asalkan kita menang dengan selesa pada perlawanan hari esok (hari ini). ''Kita mesti mendapatkan seberapa banyak gol di sini dan saya harap semua pemain buat yang terbaik walaupun saya tidak dinafikan Pakistan adalah lawan yang baik daripada apa yang saya lihat semasa mereka mengadakan perlawanan persahabatan di Thailand baru-baru ini," katanya di Wisma FAM. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan di sini, semalam. Turut hadir Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelly Sathiraj dan ketua jurulatih Pakistan, Tariq Lutfi. Skuad Olimpik Malaysia malam ini akan diperkuatkan dengan kehadiran empat pemain luar dari pasukan Harimau Muda A iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Fakri Saarani, Ahmad Shakir Ali dan Mohd. Faizal Abu Bakar. Ditanya mengenai pemilihan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek sebagai kapten pasukan, Kim Swee menjelaskan Apek merupakan salah seorang pemain contoh dan layak memikul tugas berkenaan. ''Semua orang tahu kualiti yang ada pada Khairul Fahmi dan dia kini dianggap role model kepada bola sepak negara. ''Dia mempunyai kualiti sebagai ketua dan mampu membimbing rakan-rakan yang lain di atas padang semasa perlawanan, " katanya. Dalam masa sama, dia yakin jentera serangan negara mampu menyengat walaupun belum teruji sepenuhnya kerana kehadiran dua pemain luar Harimau Muda A, Ahmad Fakri Saarani dan Ahmad Shakir Ali. ''Jentera serangan yang ditunjangi Shakir dan Fakri boleh diharapkan, sambil Wan Zaharulnizam Zakaria, Wan Zack Haikal dan Mohd. Ferris Danial tiada masalah untuk diturunkan pada bila-bila masa. ''Fakri juga dilihat cepat menyesuaikan diri dengan pasukan ini dan dia tiada masalah besar untuk beraksi dengan baik pada malam esok, " katanya. Dua penyerang negara, Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Izwari Ibrahim digugurkan pada perlawanan dengan Pakistan ekoran kecederaan. Perlawanan kedua menentang Pakistan akan berlangsung pada 9 Mac ini. | ||
Ibu Azizulhasni minta simpan kayu kenangan Posted: Ibu Azizulhasni minta simpan kayu kenanganOleh RADHUAN HUSSAIN KUALA TERENGGANU - Ibu kepada jaguh trek negara, Azizulhasni Awang, Selamiah Yong agak terkilan kerana tidak sempat berpesan kepada anaknya itu agar menyimpan serpihan kayu yang tertusuk betisnya untuk dijadikan kenangan. Menurut Selamiah, 47, beliau amat berharap supaya anaknya itu menyimpan serpihan kayu tersebut dan membawanya pulang ke rumah mereka di Kampung Nibong Stesyen, Dungun sekembalinya ke tanah air nanti. Katanya, beliau masih menunggu panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada jaguh trek negara itu dan berharap serpihan kayu tersebut masih belum dibuang dan dijaga dengan elok. "Memang dia ada hubungi saya malam hari kejadian semasa dia mula dirawat di hospital di Manchester tetapi ketika itu saya tak terfikir tentang perkara tersebut (simpan serpihan kayu untuk kenangan). "Saya teringin sangat nak tengok sendiri dengan lebih dekat bagaimana rupa kayu yang tertusuk betis kiri Azizulhasni, memang mengerikan dan kalau dia bawa kayu itu balik ke sini, saya akan simpannya sebagai kenangan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di rumahnya di Dungun semalam. Selamiah berkata, beliau kini masih menunggu perkembangan terbaru mengenai keadaan Azizulhasni yang ketika ini sudah berada di Melbourne, Australia setibanya dari Manchester. Jelasnya, beliau sekeluarga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan anaknya itu, malah berharap jaguh basikal negara itu cepat sembuh seterusnya bersedia menyumbang bakti kepada negara. Azizulhasni selamat menjalani pembedahan di Hospital Diraja Manchester untuk mengeluarkan serpihan kayu yang tertusuk pada betis kirinya. Dia sebelum itu terbabit dalam kemalangan dalam laluannya memenangi pingat gangsa Piala Dunia Klasik di Manchester. Biarpun menahan sakit selepas terjatuh, Azizulhasni tetap menyambung perlumbaan untuk menamatkan saingan dan meraih pingat gangsa, sekali gus mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Dunia Klasik. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |