Utusan Online - Sukan |
47 emas semalam, angka 60 tidak mustahil Posted: 47 emas semalam, angka 60 tidak mustahilPERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa seketika menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia menentang Myanmar selepas mengadakan sidang media pada Sidang Kemuncak ASEAN di Nusa Dua, Bali, Indonesia, semalam. JAKARTA - Dengan saingan temasya Sukan SEA Indonesia XXVI masih berbaki tiga hari, kontinjen negara terus mengutus khabar gembira dengan tambahan enam pingat emas pada hari kesembilan semalam. Paling menggembirakan seluruh rakyat Malaysia tentunya kejayaan Harimau Muda berjaya mara ke final selepas menewaskan Myanmar 1-0 yang keputusan itu sekali gus memberikan peluang untuk kita mempertahankan emas bola sepak yang dimenangi dua tahun lalu. Sebelum itu, kem negara sudah pun diceriakan dengan enam emas yang disumbangkan sukan berbasikal trek (dua), renang berirama (dua) serta wusyu dan renang perairan terbuka masing-masing satu. Ia menjadikan kutipan emas setakat semalam kepada 47 butir dan mungkin itulah sebabnya mengapa Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dengan rasa penuh yakin mencabar kontinjen untuk memburu pula 60 emas. Hakikatnya, sasaran terbaru itu bukanlah mustahil untuk dicapai. Ini kerana berbasikal trek dan renang berirama yang membuka gelanggang semalam dilihat mampu menjadi lubuk emas. Emas terawal dihadiahkan oleh pelumba basikal trek wanita, Fatehah Mustapa yang mengetepikan masalah demam untuk menggegar Velodrom Rawamangun dengan menjuarai acara 500m ujian masa individu. Mohd. Harrif Saleh memastikan satu lagi emas milik Malaysia apabila dia mengungguli perlumbaan 10km scratch, sekali gus melaungkan amaran awal kejaguhan pelumba trek kita selepas maruah pelumba lebuh raya dan BMX tercalar berikutan kegagalan meraih sebarang pingat. Selepas dua hari menyepi, pingat emas kembali menyinar di kolam renang Pusat Akuatik Jakabaring, kali ini disumbangkan oleh skuad renang berirama yang diketuai Katrina Ann Hadi dan Png Hui Chuen. Katrina dan Hui Chuen terlebih dahulu bergandingan untuk membolot emas sulung dalam acara duet rutin teknikal sebelum turun ke kolam buat kali kedua, dua jam kemudian untuk beraksi bersama enam lagi rakan dan menghasilkan kilauan emas kedua. Dalam pada itu, perenang perairan terbuka, Heidi Gan terus mencuri tumpan apabila meraih emas kedua. Selepas memenangi acara 5,000m renang perairan terbuka, Heidi sekali lagi menakluk Pulau Putri, Kepulauan Seribu dan lebih menakjubkan, pada jarak yang lebih jauh iaitu 10,000m. Sementara itu, wusyu akhirnya memberikan sinar emas pada hari kedua sukan itu berlangsung apabila Lee Yang memenangi acara gabungan Taijiquan dan Taijijian lelaki. Lee Yang yang ketinggalan kepada pencabarnya, Daniel Parantac selepas pusingan pertama kelmarin, bangkit dengan aksi yang lebih kemas untuk menafikan atlet wusyu Filipina itu. Malangnya, Ng Shin Yii gagal memberikan emas berganda dalam bahagian wanita apabila sekadar menduduki tempat kedua di belakang atlet tuan rumah, Lindswell. - Utusan Full content generated by Get Full RSS. |
Chong Wei kalah kepada Lin Dan Posted: Chong Wei kalah kepada Lin DanOleh TAN MING WAI KUALA LUMPUR - Rekod buruk pertembungan Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan berterusan apabila dia sekali lagi kecundang di tangan seterunya itu. Terbaru, ia berlaku pada separuh akhir Terbuka Hong Kong semalam yang menyaksikan Chong Wei tunduk straight set 16-21, 14-21 dalam tempoh 46 minit. Pertemuan semalam merupakan yang ke-25 antara mereka, dan kejayaan yang diperolehi Lin Dan telah melebarkan rekod kemenangan peribadi kepada 17-8. Ia juga merupakan kemenangan ketiga tahun ini buat Lin Dan ke atas pemain No. 1 dunia itu selepas turut mengatasinya di Terbuka Korea awal tahun ini dan Kejohanan Dunia di London, Ogos lalu. Bagi Chong Wei, dia mengalami kekecewaan berganda kerana buat kali pertamanya dalam tahun ini dirinya gagal melangkah ke final dalam sesuatu pertandingan. Daripada 10 perlawanan akhir yang dia beraksi, enam berakhir dengan dia muncul juara. Tetapi tidak di Hong Kong semalam, dipertemukan dengan Lin Dan yang terus unggul seperti kebiasaannya dan terus menjadi badi yang menghantuinya. Pada mulanya, Chong Wei bermula penuh yakin dengan mendahului 9-3, tetapi hilang rentak dan memberi ruang kepada lawannya untuk mengejar dan memintas pada kedudukan 13-11. Bermula saat itu, Chong Wei tidak kelihatan seperti akan bangkit, apatah lagi menang. Tidak kira apa pukulan yang diusahakan jaguh kita itu, Lin Dan tetap mampu menjawabnya dan keadaan tersebut berterusan sehingga pemain penuh berkarakter itu melengkapkan kemenangan 21-14. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |