Utusan Online - Sukan |
Posted: Song Hwa ceriakan olahragaAKSI Tan Song Hwa ketika melakukan balingan dalam acara tukul besi wanita pada Sukan SEA XVII di Stadium Jakabaring, Palembang semalam. PALEMBANG - Ketika tumpuan penonton di Stadium Jakabaring terarah kepada acara 'reben biru' emas 100 meter, yang menyaksikan kegagalan teruk atlet pecut negara, Tan Song Hwa menjadi penghibur kem olahraga Malaysia dengan kejayaan mempertahankan pingat emas baling tukul besi wanita. Balingan kelima memberi tuah buat Song Hwa selepas mencatat 55.15 meter untuk mengenepikan pencabar dari Indonesia, Rose Herlinda Inggriana (51.95m), manakala Loralie A. Sermona dari Filipina (46.69m) ketiga. Song Hwa mengakui amat berpuas hati dengan emas kedua berturut-turut, biarpun fikirannya sedikit terganggu kerana gentar dengan atlet lain yang dirasakan mampu memberi saingan. "Selepas beberapa balingan, saya mula sedar bahawa pencabar saya tidaklah se kuat sebelum ini. Akhirnya semua berjalan lancar dan saya meraih emas,'' katanya. Selain risau dengan pencabar lain, dia juga bimbang kecederaan belakang yang dialaminya mampu mengganggu prestasi. Namun, azam yang kuat membantunya membuang semua masalah jauh-jauh. "Saya rasa lega dapat mengatasi semua masalah, sebelum ini saya mengalami kecederaan belakang selama enam minggu namun semuaberjalan lancar hari ini, tetapi saya gagal memecah rekod Sukan SEA," katanya. Dalam acara kemuncak 100m peserta negara Ambrose Jilom gagal menamatkan perlumbaan akibat kecederaan dan terjatuh pada pertengahan perlumbaan, manakala seorang lagi pelumba negara, Mohammad Noor Imran Hadi sekadar di tangga kenam dengan 10.55s. Indonesia merangkul gelaran berganda dengan menjuarai 100m lelaki dan wanita. Franklin Ramses Burumi muncul raja pecut menerusi 10.37 saat, manakala Serafi Anelis Unani menjadi ratu pecut dengan kepantasan 11.69s. - Utusan Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Malaysia benam AustraliaOleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR Penjaga gol Malaysia, Mohd. Hazrul Faiz cemerlang menepis bola rembatan penyerang Australia, Beale Daniel pada final di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, semalam. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI JOHOR BAHRU - Muhammad Noor Faeez Ibrahim muncul wira apabila jaringan emasnya menerusi pukulan sudut penalti pada masa tambahan membolehkan Malaysia muncul juara sulung Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun - Piala Sultan Johor 2011, menundukkan Australia 3-2 di Stadium Hoki Taman Daya, di sini semalam. Perlawanan tersebut diheret ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2 selepas tamat masa penuh perlawanan. Selepas dikecewakan 1-2 oleh Australia dalam aksi pembukaan kejohanan, skuad projek 2013 negara itu berjaya untuk menebus kekalahan di depan kira-kira 5,000 penyokong sendiri. Pasukan Australia terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi Dylan Wotherspoon namun anak didik Mohd. Dharma Abdullah berjaya menyamakan kedudukan pada minit kedudukan pada minit ke-42 menerusi jaringan padang Mohd. Fitri Saari. Jaringan padang Jack Wallace pada minit ke-59 hampir memastikan kemenangan Australia tetapi dinafikan oleh pukul sudut penalti kapten Muhammad Noor Faeez seminit sebelum wisel penamat dibunyikan bagi menghidupkan peluang Malaysia. Pada kejohanan berkenaan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli untuk menyampaikan piala kemenangan kepada pasukan Malaysia. Turut mencemar duli menyaksikan kejohanan berkenaan ialah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang juga Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF) dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (MHF). Turut berangkat ke majlis berkenaan, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |