Itulah kesimpulan bekas pakar beregu negara, Razif Sidek berhubung syarat dikenakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kepada beregu bimbingannya, Mohd Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari andai mahu menjalani 'sparring' dengan skuad negara.
Antara syarat mengarut dan tidak masuk akal itu ialah pasangan kelab profesional KLRC itu tidak boleh membawa jurulatih, tidak dibenarkan memakai baju lain selain baju penaja BAM dan mereka tertakluk kepada arahan jurulatih BAM sepanjang 'sparring' dua kali seminggu selama tiga bulan yang ditetapkan itu.
"Saya tidak faham dengan syarat ditetapkan BAM itu. Adakah BAM benar-benar ikhlas? Mengapa melarang saya datang... Saya benar-benar tidak faham dan ia langsung tidak masuk akal," kata Razif selepas latihan di New Vision Badminton Akademi di Petaling Jaya, semalam.
Apapun, tindakan BAM itu pasti mencetuskan kemelut baru sedangkan pertikaian antaranya dengan satu lagi beregu KLRC, Gan Teik Shai-Tan Bin Shen belum selesai dan mereka juga mungkin tidak lagi dibenarkan 'sparring' dengan skuad negara kerana 'bermasalah' dengan badan induk itu.
Adakah dengan tindakan mengarut dan tidak masuk akal BAM itu akan membantu perkembangan dan kemajuan badminton negara dan mengapa Morten Frost Hansen yang datang membawa skuad pelapis Denmark menjalani latihan bersama skuad negara sebelum Aidilfitri lalu tidak dikenakan syarat sama?
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen
haikal
resign jer lah yg lama tu asyik gaduh jer bila nak berlatih?
Anak Malaysia
jika pihak menteri belia dan sukan tak campur tangan dan menyelesaikan kemelut BAM yang semakin membimbangkan, dikhuatiri ianya akan memperlihatkan wujudnya unsur politik dalaman.... BAM adalah badan utama dlm sukan badminton, jika ianya sudah tidak mampu untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka, lebih baik rombak aje jawatankuasa yang ada sekarang... jangan biarkan kemelut ini berpanjangan.. akibatnya yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat...
Hero No One
Teruskan cara Tuan Guru (Razif)kritik ja cara BAM tu kurang munasabah, ayuh maju badminton bersama Tuan Guru
ilyas
waktu berjaya tiada siapa pun memuji BAM... atau memuji pengurusan dato' nadzmi... tapi bila berlaku satu dua kesilapan yang saya yakin sebenarnya berpunca dari sikap pemain semua cepat2 menyalahkan BAM... inilah sikap org kita, sikap org malaysia, mudah melatah, berlagak pandai ala tahu semuanya... suka ambil kesempatan, suka jatuh hukum... susah2... amik jurulatih dari marikh pun x jadi apa...
fazarudin abdul kadir
Dah tiba masanya campur tangan daripada Dato KBS, bubar semua AJK tertinggi BAM. Cari pengganti Dato Nazmi yang tiada kepentingan dalam bisnes di luar. Cari di kalangan bekas pemain badminton itu sendiri
lovely malaysia
BILA AKU ADA KUASA.....
B = BADMINTON
A = ADA
M = MASALAH
Persatuan badminton Malaysia perlu buat branding semula, perlu tukar nama dan semua pegawai2 tersebut... sekiranya boleh, ambil mereka yang pernah jadi pemain untuk jadi AJK, kerana pemain sendiri tahu apa yang mereka kehendaki...imbas kembali tahun 1992, saat Malaysia menjulang piala Thomas, antara pegawai BAM di kalang pemain yang masih saya ingat Datuk Punch Gunalan, (Maaf kalau ejaan salah, fikir2kan lah sekiaranya ikhlas berjuang untuk negara... kita dah merdeka selama 54 tahun, bila pegawai2 BAM nak merdekakan minda....
A = ATLET
zaid ab rahman
BAGI ANUAR MUSA URUS BAM BARULAH OK
mama
kalau gini lah punya cerita sampai bila masalah xkan selesai. wahai BAM renung2kanalah
Otai
Setuju dengan Razif. BAM memang banyak tukang karut yang tak tahu mengenai pengurusan badminton. Kalau lah macam ni sampai kiamat pun Malaysia tak akan menang Piala Thomas. Insaflah wahai BAM
GONG BADAK
Saudara Razif..anda salah seorang dari ikon negara,jgn undur kebelakang lagi dlm menegakkan pemain2 kita..yang ada dibelakang tabir lebih sudu dari kuah..yang berlagak BAGUS tapi takde ape2..membazir je.
Ishak BP
Masing-masing nak tunjuk kuasa dan nak balas dendam.Yang jadi mangsanya pemain.BAM belum berubah kerana dikuasai oleh orang-orang yang bukan bidangnya. Sejak zaman Misbun, Razif dan Jailani...ada sahaja masalah yang timbul.Jalan mudah gugurkan semua AJK BAM dan buat pemilihan baru yang lebih bertenaga lagi....masing-masing ada kepentingan peribadi.
zack rokocoko
nampak bebenor x ikhlasnyerr... nie la dengki yg x sihat.. syarat x masuk akal.. team luar negara bleh plak.. macam mana sukan badminton negara nak maju?? dah campur tangan pak2 menteri n PM barula gelabah..
zakaria putih
dari zaman melaka sampai sekarang, perangai melayu tak sudah2 dgn hasad dengki nak tikam sama sendiri.yg bukan melayu kat BAM pun dan jadi macam Melayu jugak.lama2 badminton malaysia akan jadi takraw jugak..dalam kenangan..lawan filipina pun kena pukul..
epoq
saya suka badminton..tetapi sy tidak suka BAM.. nampak sangat BAM dipolitikkan..untuk kepentingan diri sendiri saja.. kalau sy pemain badminton negara..saya rasa tidak sanggup dengan permainan org2 dalam BAM.. kemelut demi kemelut yang ada adalah ciptaan BAM...
abdullah b. abdul rahman
saya juga bersetuju dengan komen yang di berikan oleh En. Razif
Zul
Ini la akibatnya apabila semua benda mahu dipolitikkan. Ayuhlah.. ini sukan... fikirkan tentang kemajuan sukan.. bukan kepentingan peribadi wahai pemimpin-pemimpin sukan sekalian... Dengarlah kalau kamu tidak ego.
hisham
Bubarkan sahaja BAM. Biar pemain badminton berlatih di bawah kelab-kelab sahaja. Bila banyak persaingan maka tahap permainan akan lebih meningkat.
ZaiSri
Sudah sampai masanya tukar tampuk pemerintahan di BAM bersama pengikutnya....
mofas
Dicadangkan BAM tak payah wujud pun tak apa.selama ni tak ada apa pun yang BAM mampu buat untuk kepentingan sukan badminton negara selain dari cari populariti,EGO,BODOH SOMBONG,JUMUD AKAL...dan yang penting menghabiskan duit rakyat!! bosan dah dgn tindak tanduk BAM skrng!
Mohd Zack
Bila persatuan diurus dan dikendalikan oleh orang yang bukan bidangnya inilah jadinya. Sepatutnya mereka ini berkerjasama dgn pakar-pakar badminton negara dlm memajukan sukan ini.
Bulu Tangkis
Sayang sekali jika begini jadinya sukan badminton di negara ini. kepelikan yg membawa kepada kejatuhan.
Adalah leih baik jika BAM bersikap lebih adil dan terbuka terhadap pemain2 yg bukan dari badan induk itu. saya yakin ramai bakat2 baru yg berjaya dicungkil oleh kelab2 badminton di seluruh negara yg perlu diberi peluang untuk menonjol di peringkat dunia.
Mengapa kita tidak mencontohi negara China dan Indonesia yg tidak pernah ketandusan pemain yg berkualiti seperti yg sering kita alami. (Hanya mengharapkan kpd beberapa pemain tertentu sahaja) disebabkan oleh sikap badan induk badminton mereka yg terbuka menerima mana2 pemain dari pelbagai kelab yg terbukti mampu cemerlang di peringkat antarabangsa.
Ayuh BAM. SAHUT CABARAN INI. SELAMATKAN MARUAH SUKAN BADMINTON NEGARA !!!!!
faizal bin buang
fikirkan masa depan pemain yang akan menjulang nama malaysia, kalau banyak sangat syarat dikenakan. hantar saja pegawai BAM yang banyak cakap dan kenakan syarat suruh dia orang main, baru dia tahu. cakap pandai lah. macamana nak maju asyik bertelingkah je, ada untung ke buat macam tu?
Badminton
Itulah kalau terlampau lama sangat memegang sesuatu jawatan semua keputusan di tangannya. Macamana nak maju kalau macam ini lah caranya....
nazilin
kalo mcm inilah muka sukan badminton kita, alamat jahanamlah masa depannya. sebenarnya yang menyebabkan kita lemah bukan pemain tapi pihak yang bermain dibelakang tu...
lalayang
BAMjanganlah nak tunjuk kuasa kerana nak jaga air muka pegawainya. Pilih yang terbaik untuk mewakili negara . Jadilah profesional..
bulu tangkis
dah tiba pihak pengurusan BAM meletak jawatan demi kebaikan badminton negara...dah banyak masaalah yang timbul sekarang...biar lah muka2 baru pula menerajui BAM...banyak lg yg boleh membawa badan induk BAM ke pentas dunia...
Jamaludin Ayob
BAM sebagai badan induk sepatut membantu dan memberi nasihat dalam perkembangan badminton tanah air. Kalau dah kemulut remeh temeh macan ni pun tak boleh nak selesai sesama sendiri impian Malaysia nak jadi Raja Badminton dunia tidak akan tercapai. Harap dapat diselesaikan dengan baik ingat cintailah 1 Malaysia untuk negara.
Mawar.
Harap BAM di bubarkan sahaja.... Insyaalah sukan badminton akan terus berjaya tanpa BAM.
imam insan
BAM.tolongla bg kerjasama untuk naik kan semula nama MALAYSIA
mohd farhan bin mashugi
BAM janganlah Cuak sangat dengan Razif. Profesional lah BAM. Apa barang Cuak...
feez
setuju.....perlu ada rombakan kabinet dalam BAM
Mohd anuar
Inilah melayu.. Setakat tu ja.. Dari atas sampai bawah asyik bergaduh sesama sendiri. Jangan sampai ada yang malu dengan bangsa sendiri bila bercakap tentang perpaduan sesama sendiri.
reket..
siapa sebenarnya yang berkuasa di BAM? Apakah kepentingannya.
mit
Apa lah BM ni tak habis habis lagi dengan carita carita egonya.
ghazali
Kenapa persatuan lebih gemar membuat peraturan dan syarat berbanding menumpukan kepada memikirkan pelbagai kaedah yang boleh meningkatkan prestasi pemain? dan Kenapa perlu ada diskriminasi terhadap pemain tempatan dan jurulatihnya sedangkan dengan pemain luar negara diberi layanan istimewa? diharap ini bukan satu rancangan jahat pihak-pihak tertentu untuk membantutkan perkembangan sukan badminton negara agar tidak mampu ke tahap yang ada sekarang dimasa akan datang.
Mahmud Bin Ahmad
inilah masalah sukan di msia.org atasan yg bnyk menimbulkan masalah . rasa ego yg sangat tinggi,tak mau mangalah,tak mau mengaku salah.yg mnjadi mangsa ialah atlit d bwh naungan stiap persatuan.yg rugi negara sendiri.masalah pasangan kedua negara yg dinafikan hak mereka utk beraksi d kjohanan dunia lalu tu pn sbenarnya salah BAM sendiri. BAM siang2 dah tahu kdudukan rnking mereka jauh lebih tinggi brbanding pasangan kedua dr BAM. ini jelas kes penganiayaan dan boleh dibawa ke mahkamah. mereka sekadar mahukn semua pemain d bawah naungan BAM boleh beraksi d kejohanan brprestij dunia.
firdaus
kemelut ini bakal menghancurkan masa depan badminton negara.
atikah
BAM ada double standard ke....kenapa j. latih luar diutamakan. hentikan karenah birokrasi BAM tu...atau bubarkan ganti kepada yg. baru yang lebih efisen.