Utusan Online - Sukan |
Berlatih dengan QPR sudah bagus Posted: Berlatih dengan QPR sudah bagusOleh ABDUL HAFIZ AHMAD dan FERZALFIE FAUZI KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menganggap langkah membawa pemain kebangsaan berlatih dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) oleh pemilik kelab itu merupakan satu usaha yang positif. Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, (gambar) walaupun pemain negara tidak dapat beraksi dalam liga tersebut tetapi masih banyak cara lain untuk pemain kebangsaan mendapat kelebihan atas pembelian QPR oleh syarikat Malaysia, Tune Sports Sdn. Bhd. "Kita kena sedar bahawa untuk beraksi di EPL adalah sesuatu yang mustahil kerana undang-undang yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) hanya membenarkan pemain dari negara yang menduduki ranking dunia 70 ke bawah sahaja untuk bermain di sana," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam. Jelasnya, walaupun tidak dapat beraksi tetapi pemain kebangsaan masih mempunyai manfaat di atas pembelian syarikat Malaysia ke atas kelab tersebut, misalnya mengadakan kem latihan di sana. "Kita harus akur walaupun menjadi pemilik kelab tetapi kita tidak boleh melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh FA, jadi fokus utama yang lebih realistik adalah menjalani ujian (trial) ataupun berlatih bersama QPR sahaja,'' ujarnya. Sementara itu, pengurus peribadi Safee Sali, Zakaria Ab. Rahim berkata, terdapat dua alasan yang hampir mustahil untuk menyaksikan Safee muncul sebagai pemain bola sepak Malaysia yang bergaji di EPL iaitu syarat ketat permit kerja bagi warga bukan England dan ranking dunia skuad kebangsaan yang jauh daripada senarai 100 ke bawah. "Saya dapati Thaksin (Shinawatra, bekas Perdana Menteri Thailand yang pernah beli Manchester City pada 2007) pun tidak mampu menempatkan tiga pemain negaranya (Suree Sukha, Kiatprawut Saiwaew dan Teerasil Dangda) dalam pasukan utama The Citizens. ''Mereka tidak pernah bermain langsung dan ia mungkin kerana kuasa mutlak pengurus pasukan (ketika itu, Sven-Goran Eriksson) yang lebih memahami percaturan permainan," jelasnya. |
KAFA terkejut kadar sewa stadium naik Posted: KAFA terkejut kadar sewa stadium naikKOTA BHARU - Ketika skuad The Red Warriors sibuk mengadakan persiapan untuk menghadapi Piala Malaysia musim ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dikejutkan dengan kenaikan kadar harga sewa padang dan stadium untuk sesi latihan selama dua jam. Naib Presidennya, Rosmadi Ismail berkata, kenaikan itu menjadikan tarif sewa sekarang adalah RM1,200 berbanding RM650 sebelum ini dan ia sememangnya membebankan KAFA yang selama ini bergerak tanpa sokongan kewangan, apatah lagi geran penajaan dari kerajaan negeri. "Kita amat terkejut dengan tindakan ini. Ia sudah semestinya membebankan KAFA kerana semua tahu bahawa setiap sen perbelanjaan melebihi pada yang kita jangkakan memberi beban kerana KAFA boleh dikatakan hanya bergerak dengan sokongan penajaan di samping kutipan jualan tiket semasa perlawanan. "Maka dengan kenaikan itu ia boleh disifatkan sebagai tidak membantu usaha KAFA dalam membangun sukan bola sepak negeri di samping mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang diraih pada musim lalu," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Beliau mengulas tindakan Perbadanan Stadium Kelantan yang menaikkan kadar sewa melalui surat yang dihantar bertarikh 3 Ogos lalu. Sepanjang bulan Ramadan pasukan Kelantan menjalani latihan di Stadium Sultan Muhammad IV pada waktu malam iaitu bermula pukul 10 sehingga 12 tengah malam. Selain itu, Rosmadi berkata, pihak stadium tidak menyatakan alasan kukuh berhubung perkara berkaitan dan meminta supaya ia dikaji balik demi kepentingan semua pihak dalam membantu memajukan sukan bola sepak negeri khususnya. Sementara itu, Presiden kelab The Red Warriors, Mohd. Zainy Mohd. Zain meminta kerajaan negeri prihatin dengan situasi yang ada seterusnya menarik balik keputusan tersebut. "Saya sebagai rakyat serta penyokong setia bola sepak Kelantan merayu agar pihak kerajaan negeri janganlah menaikkan harga sewa yang terlalu tinggi kerana ini membebankan. Saya berharap kerajaan negeri memahami situasi di negeri Kelantan ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |