Utusan Online - Sukan |
Posted: Pemburuan Chong Wei bermula
LONDON – Nama-nama besar sukan badminton berhimpun di Wembley Arena hari ini buat pertama kali sejak 1993 dengan Kejohanan Dunia sepanjang minggu ini disifatkan sebagai raptai bertaraf lima bintang bagi Olimpik tahun depan. Antara 350 pemain dari 51 buah negara yang bertandang ke London ialah jagoan dunia termasuk juara tiga kali, Lin Dan dan pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei. Kali terakhir Wembley Arena menjadi gelanggang Kejohanan All-England ialah 18 tahun lalu sebelum ia berpindah venue ke Birmingham. Badminton kembali ke Wembley Arena yang dinaik taraf kepada kompleks sukan yang mampu menampung 12,500 penonton, terletak bersebelahan dengan mercu tanda bola sepak terkemuka, Stadium Wembley. "Tahun ini merupakan tahun gemilang untuk sukan Britain, kami berasa amat bangga dapat memainkan peranan kami. "Memandangkan terdapat permintaan tinggi terhadap tiket bagi acara badminton pada Sukan Olimpik 2012, kami juga tumpang gembira kerana peminat dari seluruh dunia dapat menyaksikan barisan pemain terbaik dunia setahun sebelum Olimpik tahun depan," ," kata Ketua Eksekutif Badminton England, Adrian Christy. Bekas juara Dunia dan Olimpik, Taufik Hidayat akan menjadi nama besar pertama yang beraksi pagi ini bagi bertemu pemain pada ranking ke- 61 dunia, Rodrigo Pacheco Carrillo. Chong Wei, yang berada pada kemuncak prestasinya namun masih belum memiliki kejuaraan Dunia mahupun Olimpik, akan berdepan pemain Thailand yang menduduki ranking ke-31 dunia, Tanongsak Saensomboonsuk. Lin Dan, juara Olimpik pula membuka kempen esok menentang wakil tunggal Lithuania, Kestutis Navickas, sementara rakan senegara yang juga juara Dunia, Chen Jin, akan diuji pemain No. 59 dunia dari Estonia, Raul Must. China menyapu bersih kesemua lima kategori kejohanan di Paris tahun lalu dan kemampuan mereka untuk mengulangi pencapaian itu kali ini tidak mustahil. Diketuai Wang Shixian dalam acara perseorangan wanita, negara Tembok Besar itu tampak terlalu unggul dalam acara wanita dan kekuatan mereka dalam acara beregu lelaki dan campuran juga tidak harus dipandang remeh. – REUTERS Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
‘Apek kena utamakan bola sepak’ Posted: 'Apek kena utamakan bola sepak'Oleh YATIMIN ABDULLAH KOTA BHARU – "Nasihat saya, berilah keutamaan kepada kerjaya sebagai pemain bola sepak." Itu nasihat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa kepada penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat atau Apek yang dilaporkan putus tunang, baru-baru ini. Annuar, yang mengaku mengikuti perkembangan penjaga gol kebangsaan dan Kelantan itu berkata, dia tidak mahu masalah peribadi menjejaskan masa depan pemain muda itu. "Putus tunang merupakan masalah peribadi. "Sebenarnya, sebelum bertunang dia pernah menghubungi saya dan saya memberi sedikit nasihat. "Saya fikir perkara putus tunang tidak terlalu besar dan kalau ia sudah ditakdirkan begitu, dia harus reda dengan apa yang terjadi. Saya berharap dia dapat menangani masalah ini dengan sebaik-baiknya," katanya. Kharul Fahmi, 22, dilaporkan memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd. Hashumi, 23, dua hari selepas Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini. Dalam pada itu, Annuar mengakui ada pihak yang cuba menggunakan populariti Apek dalam pelbagai bentuk publisiti, yang mungkin boleh memberi kesan tidak baik kepada pemain itu dalam mengatasi masalah peribadinya ketika ini. "Perkara ini kalau tidak dikawal mungkin boleh memberi tekanan dan dia harus menangani sebaik mungkin. Kita tidak mahu masalah emosi yang berat menganggu tumpuannya. "Apa yang berlaku, saya tidak boleh mencampuri secara langsung. Tinggal lagi dia merupakan anak didik KAFA dan kita akan jaga kepentingannya memandangkan dia merupakan pemain utama kita," ujarnya. Jelas Annuar, sekiranya Apek perlukan nasihat, pihaknya bersedia membantu. "Kita akan beri bantuan kepadanya dalam bentuk nasihat dan bimbingan. Dia mempunyai masa depan yang cerah dan kita tidak mahu kariernya hancur di tengah jalan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |