Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Safee ikut jejak Mat Yo

Posted: 04 Dec 2012 03:06 PM PST

Tanpa angin, tanpa ribut, penyerang sensasi negara, Safee Sali menyertai skuad Liga Super Johor secara pinjaman selama setahun daripada kelab Liga Super Indonesia (ISL), Arema Indonesia.

Dengan perpindahan pemain yang kini bersama Harimau Malaya menghadapi Piala Suzuki AFF itu menjadikan Johor satusatunya pasukan disertai enam pemain skuad kebangsaan untuk menghadapi Liga Super 2013.

Sebelum ini Johor berjaya mengikat Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak dan Azmi Muslim serta bekas pertahanan Terengganu dan Harimau Muda A, Muslim Ahmad.

Bagaimanapun, sidang media majlis menandatangani kontrak antara Safee dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang sepatutnya berlangsung di Hotel Prince di sini, malam tadi tidak dapat disempurnakan seperti dirancang.

Ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membenarkan pemain kebangsaan yang dalam persiapan menghadapi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF bertemu Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini keluar dari kem.

"Saya minta maaf kerana sidang media ini tidak dapat dijalankan seperti dirancang kerana FAM tidak membenarkan Safee keluar dari kem.

"Apa pun kami sudah pun mendapatkan surat pelepasan daripada Arema Indonesia hari ini (semalam) untuk Safee dipinjamkan ke Kelab Bola Sepak Darul Takzim iaitu pasukan Johor selama semusim dari 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013.
"Nilai pinjaman dan gaji bakal diterima Safee tidak boleh didedahkan.

"Rundingan sebenarnya sudah dilakukan sebelum ini dan sepatutnya hari ini (semalam) kami dapat mengadakan sidang media.

"Bagaimanapun, pada 29 Disember ini, kami akan mengadakan sidang media memperkenalkan skuad lengkap Johor untuk musim 2013," kata Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim pemberita malam tadi.

Suhairi sempat menunjukkan surat pelepasan yang ditandatangani Pengarah Arema Indonesia, Ruddy Widodo dan surat tawaran kontrak untuk ditandatangani Safee.

Selepas pengumuman itu, Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang enggan ditemuramah dilihat bersama rombongannya bergegas menaiki kereta dipercayai untuk ke Wisma FAM bagi mendapatkan tandatangan Safee.

Ditanya tindakan Johor itu boleh mengganggu fokus Safee dan persiapan skuad kebangsaan menghadapi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF, Suhairi berkata: "Kami nak kejar tarikh tutup pendaftaran pemain pada 6 Disember ini. Jadi kami terpaksa menyelesaikan urusan perpindahan ini dengan segera.

"Apa pun Tunku Ismail mendoakan kejayaan skuad Harimau Malaya."

Berita lanjut dalam akhbar BH dan BH Digital hari ini

Persiapan negara terjejas

Posted: 04 Dec 2012 03:05 PM PST

Petaling Jaya: Persiapan skuad Harimau Malaya menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF bertemu Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini sedikit terjejas apabila pemain sayap lincah, Wan Zack Haikal Wan Nor mengalami kecederaan ketika sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.

Wan Zack gagal menamatkan sesi latihan itu selepas tiba-tiba otot pada bahagian atas pahanya cedera sekali gus menerbitkan keresahan buat jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.

"Nampak teruk kecederaan yang dialami Wan Zack tadi, tapi saya harap dia sempat pulih menjelang perlawanan," kata Rajagobal yang dilihat agak gusar dengan kecederaan itu ketika ditemui selepas latihan.

Skuad Harimau Malaya sebelum ini dilanda krisis kecederaan membabitkan Safee Sali, Khyril Muhymeen Zambri, S Kunanlan dan Shakir Shaari.

Namun Safee, Khyril dan Kunanlan dilihat melakukan latihan ringan, petang semalam tatkala kecederaan buku lali Shakir agak serius.

Sementara itu, sesi latihan sekali lagi terganggu dengan hujan lebat dan bagi menilai barisan pemain simpanannya, Rajagobal mengatur satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Perdana, Polis di Wisma FAM, malam ini.

"Perlawanan ini hanya untuk mengekalkan momentum daripada perlawanan terakhir sebelum ini. Ia peluang untuk saya mencuba pemain simpanan untuk mereka bersedia beraksi bertemu Thailand.
"Saya juga akan melihat semula jadual latihan, mungkin selepas ini saya akan buat latihan sebelah malam kerana sering hujan," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Republika Online

sumber :-

Republika Online


Pasoepati Lepas Jenazah Diego Mendieta

Posted: 05 Dec 2012 01:01 AM PST

REPUBLIKA.CO.ID, SOLO -- Puluhan pendukung Persis Solo yang tergabung dalam Pasoepati, Rabu (5/12) siang, memberikan penghormatan terakhir sekaligus melepas jenazah Diego Mendieta. 

Jenazah Mendieta yang berada di dalam peti mati berwarna putih disemayamkan di rumah duka Thiong Ting Solo sebelum diberangkatkan ke Paraguay dengan pesawat dari Bandara Adi Soemarmo Solo.

Tampak di antara puluhan suporter tersebut rekan senegara Mendieta yang bermain di Persiba Balikpapan Richard Caceres dan Alejandro Tobar yang bermain di Persiku Kudus.

Caceres mengatakan, masih sering berkomunikasi dengan Mendieta meski bermain di klub berbeda. Ia juga tahu kondisi Mendieta selama bersama Persis Solo hingga jatuh sakit.

Menurut dia, keputusan Mendieta tetap bertahan di Solo karena masih menunggu pembayaran gajinya. Mendieta membutuhkan biaya yang tidak sedikit untuk pulang ke kampung halamannya.

"Harga tiket pulang ke Paraguay sekitar Rp30 juta," katanya.

Ia menuturkan kabar meninggalnya Mendieta telah tersiar di Paraguay dan akan ditindaklanjuti badan sepak bola negera Amerika Latin tersebut.

Rencanaya, jenazah Diego Mendieta akan dipulangkan ke Paraguay dengan menggunakan pesawat dari Bandara Adi Soemarmo via Jakarta, sore ini.

Mantan penyerang Persitara Jakarta Utara yang memiliki nama lengkap Diego Antonio Mendieta Romero di Assuncion meninggal dunia karena sakit di Rumah Sakit Dr Moewardi Solo.

Diego meninggal akibat virus dan jamur yang menyebar di tubuhnya hingga menyebabkan ketahanan tubuhnya menurun.

Mourinho: Messi Pemenang Ballon d'Or

Posted: 05 Dec 2012 12:53 AM PST

REPUBLIKA.CO.ID, MADRID -- Jose Mourinho, manajer Real Madrid, meyakini pemenang penghargaan Ballon d'Or 2012 sesungguhnya sudah diputuskan.

Pelatih berdarah Portugal itu yakin Lionel Messi, striker bintang Barcelona, sudah diplot sebagai pemenangnya.

Mourinho mengatakan Messi diberikan publisitas yang disengaja untuk dinobatkan sebagai penerima Ballon d'Or 2012.

Pelatih yang menjuluki dirinya 'The Special One' ini menuding 'petinggi-petinggi sepak bola' telah berkampanye untuk Messi.

''Ballon d'Or sudah diberikan,'' kata Mourinho seperti dikutip Goal. ''Ketika petinggi sepak bola berbicara dan membuat kampanye, maka tidak ada yang dapat Anda lakukan lagi.''

Messi masuk tiga besar nominasi peraih Ballon d'Or bersama rekannya Andres Iniesta dan musuhnya Cristiano Ronaldo (Real Madrid).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Harimau Malaya hilang Wan Zack

Posted: 04 Dec 2012 09:27 AM PST

PERSIAPAN Harimau Malaya untuk menghadapi Thailand pada separuh akhir Piala AFF, Ahad ini terus dibayangi kecederaan pemain utama.

Kali ini pemain sayap lincah, Wan Zack Haikal Wan Nor mengalami kecederaan otot paha ketika menjalani latihan petang semalam.


Ia jelas membimbangkan pengendali negara, Datuk K Rajagobal yang kelihatan semakin kurang senang dengan situasi itu selepas pemain terbabit mempamerkan aksi cemerlang di peringkat kumpulan termasuk meledak satu jaringan.

"Nampak teruk, dia berasa sakit... ini menyebabkan kita bertambah sukar menentang Thailand," katanya.


Sebelum ini empat pemain sudah mengalami kecederaan antaranya Safee Sali, S Kunanlan, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Shakir Shaari.


Rajagobal bagaimanapun tetap memberikan fokus dalam persiapannya apabila mahu mengadakan perlawanan persahabatan menentang PDRM malam ini.

"Adalah penting untuk kami mengekalkan momentum untuk menentang Thailand nanti," katanya.


Rajagobal turut mengingatkan pemainnya supaya tenang dan tidak tertekan berdepan Thailand.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/05



Azam Nadal

Posted: 04 Dec 2012 09:19 AM PST

MADRID: Rafael Nadal mahu kembali ke tahap terbaiknya sebelum bermula musim gelanggang tanah liat dan menjelang kejohanan Terbuka Perancis di Roland Garros, kata pemain Sepanyol itu kelmarin.

Bekas pemain nombor satu dunia berusia 26 tahun itu merudum ke tangga keempat dalam ranking ATP dan tidak bermain sejak kekalahan mengejutnya pada pusingan kedua Wimbledon, Jun lalu.


Bintang Sepanyol itu didapati mengalami koyak tendon dan bengkak di lutut kiri namun dia sudah kembali berlatih memukul bola dua minggu lalu.

"Pemulihan saya berjalan lancar dan doktor juga gembira," kata Nadal.


"Saya perlu mengkaji semula karier saya dengan sasaran lima tahun. Saya mempertimbangkan untuk menjalani pembedahan, namun doktor lebih suka jika saya tidak mengambil risiko itu." Juara 11 acara perseorangan Grand Slam itu lebih pragmatik mengenai kembalinya ke gelanggang pertandingan.


"Saya mahu kembali bulan depan," katanya. "Saya tidak jangkakan untuk kembali dan memenangi Terbuka Australia, saya perlu realistik. Keputusan perlawanan tidak membimbangkan saya dalam kejohanan pertama saya kembali.

"Saya perlu mengambil kira prestasi permainan selepas sudah lama tidak beraksi. Ia tidak merisaukan saya jika merudum ke tangga ke-15 dunia selagi saya sedar boleh terus bermain.


"Saya mahu 100 peratus cergas sebelum Monte Carlo dan menjelang Roland Garros." - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/05



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS