Sindikasi sport.okezone.com

sumber :-

Sindikasi sport.okezone.com


Barrichello Akan Beri Kepastian Secepatnya

Posted: 02 Feb 2012 03:05 AM PST

SEBRING - Rubens Barrichello belum bisa memberikan kepastian mengenai nasib dirinya yang dikabarkan hijrah ke ajang IndyCar. Walau begitu, Barrichello berjanji untuk memberikan kabar kepastian nasibnya itu secepatnya.
 
Terdepak dari kursi Williams membuat Rubens Barrichello tidak memiliki tim di F1. Spekulasi pun menyeruak, dimana dirinya dikabarkan akan membalap di ajang IndyCar, setelah dirinya melakukan uji coba dengan salah satu tim IndyCar, yakni KV Racing.
 
"Saya tidak tahu bagaimana perkembangan segala hal sekarang ini. Saya belum bicara dengan Jimmy Vasser (pemilik tim balap KV Racing) mengenai membalap di musim ini. Apa yang pasti adalah spekulasi tidak akan bertahan lama," ujar Barrichello, dilansir dari ESPNF1, Kamis, (2/2/2012).
 
"Mengenai saya membalap atau tidak (di Indy Car) akan diketahui secepatnya. Masih banyak pekerjaan yang harus dilakukan dan KV (racing) harus mengetahui pembalapnya," tambahnya.
 
Pembalap gaek berusia 39 tahun itu ternyata juga mendapat dukungan dari istrinya, Silvana. Sang istri datang, dan ikut melihat sesi tes yang dilakukan Barrichello selama dua hari bersama tim KV Racing, yang dilakukannya bersama teman baiknya, Tony Kanaan.
 
"Dia (Silvana) telah datang (ke Sebring) sekarang, dan hari ini dia mendukung saya, melihat bagaimana gembiranya saya. Silvana bahkan bercanda dengan Tony (Kanaan), mengatakan bahwa dia patut disalahkan atas semua antusias saya," tandasnya.
 
(seb)

Full content generated by Get Full RSS.

Hamilton Evaluasi Diri dengan Berdiskusi

Posted: 02 Feb 2012 02:01 AM PST

WOKING - Performa mengecewakan di musim lalu, hingga banyaknya masalah yang menimpa membuat pembalap McLaren, Lewis Hamilton mengevaluasi diri. Pembalap Inggris ini mengaku berdiskusi dengan teman dan keluarganya demi perkembangan dirinya.

Musim lalu memang berjalan kurang bagus bagi Lewis Hamilton. Beberapa kali Hamilton bertabrakan dengan pembalap Ferrari, Felipe Massa sehingga gagal mengakhiri lomba, yang berujung perang dingin antara kedua pembalap tersebut.

Tak hanya itu, kisah cintanya dengan Nicole Scherzinger (mantan anggota Pussycat Dolls) harus berakhir, sehingga performanya terganggu. Pada akhir musim, Hamilton berada di peringkat lima, dan dirinya enggan mengulangi hal itu di musim 2012 ini.

"Saya mendiskusikan banyak hal dengan keluarga dan teman-teman. Mencari tahu opini mereka dalam beberapa hal, sehingga saya bisa berkembang," terang Hamilton, seperti dilansir dari BelfastTelegraph, Kamis, (2/2/2012).

"Saya tahu banyak hal yang salah dalam kehidupan saya, tetapi tidaklah mudah untuk mengklarifikasi dan membersihkan mereka. Saya membuat daftar dari banyak hal dan saya masih bekerja untuk itu," paparnya.
 
Hamilton sadar bahwa terkadang posisi seseorang berada di atas, terkadang berada di bawah. Pembalap berusia 27 tahun ini juga merasa jeda F1 ini sangat penting karena membuatnya bisa beristirahat untuk memulihkan fisik dan mentalnya.

"Ini akan menjadi musim keenam saya di F1, tetapi bukan berarti kelima musim sebelumnya adalah bencana bukan? Ini seperti roller-coaster (naik turun), tetapi hal yang nikmat. Setiap tahun anda butuh untuk beristirahat, untuk melihat dimana anda berada, karena F1 menguras anda," tandasnya.
 
(seb)

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Harimau Malaya baham Red Warriors

Posted: 01 Feb 2012 01:37 PM PST

Sukan

KAPTEN Harimau Malaya, Safiq Rahim (kanan) diasak oleh pemain Kelantan, Indra Putra Mahyuddin pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. -  Foto Yazit Razali

KAPTEN Harimau Malaya, Safiq Rahim (kanan) diasak oleh pemain Kelantan, Indra Putra Mahyuddin pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Yazit Razali

HARIMAU Malaya nyata bukan tandingan sebenar, Kelantan apabila menang mudah, 5-0 ke atas juara Liga Super itu dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Lima gol skuad kendalian Datuk K Rajagobal terhasil menerusi Mohd Asrarudin Putra Omar pada minit ke-36, Shahurain Abu Samah (42), S Kunanlan (65), Abdul Hadi Yahya (78) dan Mohd Izuan Salahudin (90).

Skuad Harimau Malaya kini berkumpul dan berlatih sebagai persiapan awal untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Suzuki AFF, November ini. Full content generated by Get Full RSS.

Harimau Muda Boleh!

Posted: 01 Feb 2012 01:35 PM PST

Sukan

"SECARA matematik, peluang kita layak ke play-off amat tipis. Tapi saya arah pemain, inilah medan terbaik membuktikan kita boleh menewaskan Bahrain."

Demikian kata-kata perangsang jurulatih skuad B-23 negara, Ong Kim Swee sebelum dia bersama 21 pemain berlepas ke Bahrain, malam tadi untuk aksi keempat Kumpulan C, Kelayakan Olimpik Zon Asia bertemu Bahrain di Stadium Nasional, Manama, Ahad ini.

Malaysia tewas ketiga-tiga aksi pusingan pertama Kumpulan C kepada Jepun 0-2, Syria 0-2 dan Bahrain 2-3 di Bukit Jalil, 27 November lalu biarpun satu ketika selesa mendahului hasil jaringan Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli. "Saya mahu pemain ingat semula bagaimana kita benarkan Bahrain jaring tiga gol pada 10 minit terakhir. Kali ini, tiada lagi alasan keletihan dan jika menang Ahad ini, kita mampu buka semula saingan dalam kumpulan ini.

"Mana tahu bertemu Jepun di laman sendiri (22 Februari depan) kita akan lebih bersemangat dan mampu cipta kejutan. Pasti peluang kembali terbuka untuk meraih tempat kedua," kata Kim Swee yang masih berharap skuadnya dapat tampil pada aksi play-off di Vietnam, 25 hingga 31 Mac depan

Kim Swee menggugurkan empat pelatih - Syahrul Azwari Ibrahim, Izuan Salahuddin, Syazwan Tajuddin dan penjaga gol, Shahril Saari selepas aksi persahabatan menentang skuad Liga Super Selangor di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam kelmarin yang berkesudahan seri 0-0.

"Perlawanan ini dapat beri saya peluang meningkatkan tahap kecergasan beberapa pemain yang sudah lama tidak beraksi akibat kecederaan seperti Gary Steven Robbat, Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Ahmad Hazwan Bakri.
"Pemain lain seperti Ahmad Shakir Md Ali, Ahmad Fakri Saarani, Muslim Ahmad, K Gurusamy dan Khairul Fahmi Che Mat saya tak risau, mereka sudah cukup cergas kerana beraksi dalam Liga Super," jelasnya

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Azrul

gugurkan aje la Fakri tu.Ramai lagi penyerang yang lebih bagus demi masa depan Harimau Malaya.

Taffarel

InsyaAllah kejutan akan berlaku, pemain harus percaya pada diri sendiri bahawa Bahrain Malaysia adalah setanding dan kita lebih baik dari mereka.


Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Usah lupa sejarah

Posted: 01 Feb 2012 09:24 AM PST

JANGAN terlalu mudah melupakan prestij Piala Thomas. Begitulah lebih kurang nada pengkritik sukan tanah air, Tan Sri Dr Prof Emeritus Khoo Kay Kim yang kecewa dengan pendirian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana menganggap Piala Thomas bukan lagi kejohanan penting untuk diburu pemain, sebaliknya kilauan emas di Sukan Olimpik menjadi keutamaan ketika ini.

Pendirian itu dianggapnya seolah-olah seperti melupakan sejarah lalu dan Kay Kim mengingatkan BAM, Piala Thomas tetap mempunyai prestij dan nostalgia tersendiri, terutama untuk skuad negara.


"Jangan lupa kita negara pertama berjaya memenangi Piala Thomas pada 1949 yang juga kemenangan antarabangsa pertama membabitkan skuad negara.

"Kemenangan itu mencetuskan impak besar ketika itu, antaranya orang ramai mula berminat untuk bermain badminton dan banyak gelanggang dibina di kawasan lapang. Impaknya masih kekal hingga kini apabila kita menjadi antara kuasa besar sukan badminton," katanya.


Begitupun, Kay Kim tidak menafikan buruan pingat emas di Sukan Olimpik juga cukup penting untuk skuad negara kerana belum pernah ada pemain merangkul emas pada temasya sukan terbesar dunia itu.


"Bagi saya, kedua-duanya (Piala Thomas dan Sukan Olimpik) penting. Kita memang mengharapkan meraih emas pertama di Sukan Olimpik terutama menerusi (Datuk) Lee Chong Wei dan itulah juga menjadi sasaran negara lain yang bertanding pada temasya ini.

"Tetapi pada masa sama, kita tidak boleh melupakan saingan Piala Thomas sebab seperti yang saya katakan tadi, ia (Piala Thomas) mempunyai prestij tersendiri," katanya.


Namun, beliau ternyata tidak dapat mengetepikan rasa bimbangnya apabila ditanya kemampuan barisan pemain negara yang bakal beraksi pada pusingan kelayakan Piala Thomas yang akan berlangsung di Macau dari 14 hingga 19 Februari ini.

"Selain Chong Wei, saya rasa kedudukan kita agak sukar kerana barisan pemain lain tidak konsisten," katanya.


Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai menerusi laporan Arena Metro semalam menyatakan, Piala Thomas tidak lagi penting untuk dicapai skuad negara, sebaliknya Malaysia ketika ini lebih fokus untuk meraih pingat emas di Sukan Olimpik.


Jelas Chin Chai, tujuan sebenar dengan menegaskan Piala Thomas tidak penting adalah kerana enggan memberikan tekanan kepada pemain.


Skuad negara berjaya menjulang Piala Thomas sebanyak lima kali dengan kali terakhir pada 1992.



Full content generated by Get Full RSS.

‘Hai-O’ membara

Posted: 01 Feb 2012 09:16 AM PST

LUPAKAN kekalahan dengan Sime Darby dan beri tumpuan sepenuhnya kepada pertemuan dengan Pahang pada saingan bola sepak Liga Perdana Jumaat ini.

Itulah luahan hati ketua pasukan Tentera, Hairuddin Omar menjelang pertemuan yang dijangka paling sengit di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.


Ia lebih kepada siapa yang mahu mengekalkan rekod tanpa kalah dan sekali gus merampas tangga teratas liga yang kini terajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang juga belum pernah kalah dalam lima perlawanan.

Hairuddin yang dikenali dengan panggilan 'Hai-O' dan pernah membantu Negeri Sembilan dan Kelantan menjuarai Piala Malaysia mengaku rakan sepasukan melakukan beberapa kesilapan menyebabkan mereka kalah kali pertama 1-2 kepada Sime Darby.


Katanya, ada di kalangan rakan sepasukan terlalu yakin dan menganggap mudah pertemuan itu selepas pasukan mendahului 2-0 dalam perlawanan yang dihentikan kerana hujan lebat sehari sebelum itu.


"Kita lupakan episod kekalahan itu dan kembalikan keyakinan serta meletakkan semula pasukan di puncak liga selepas pertemuan dengan Pahang," katanya.

Apapun Hairuddin mengaku pertemuan ini sengit dan mendebarkan kerana lawan juga mempunyai misi serupa.


Selain itu mereka juga mempunyai pemain berpengalaman serta mempunyai pemain bertaraf bintang.



Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Republika Online

sumber :-

Republika Online


PT Liga: Kemenangan Persipura, Kemenangan Indonesia

Posted: 02 Feb 2012 12:58 AM PST

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA -- Sekertaris PT Liga, Tigor Shalom Boboy, menyambut gembira keputusan sela Pengadilan Arbitrase Olahraga (Court of Arbitration for Sports/CAS) yang memenangkan gugatan Persipura Jayapura atas PSSI. Tigor menilai kemenangan Persipura Jayapura itu sebagai kemenangan Indonesia.

''Saya gembira karena kemenangan Persipura adalah kemenangan Indonesia. Itu artinya, satu tempat di Liga Champions Asia tetap dipertahankan wakil Merah Putih,'' kata Tigor ketika dihubungi Republika.

Pada Rabu (1/2) waktu setempat, keputusan sela pengadilan CAS di Zurich, Swiss, memenangkan gugatan Persipura terkait keputusan PSSI yang mencoret keikutsertaan Persipura di pentas Liga Champions Asia (LCA). Keputusan ini mengharuskan PSSI mengganti kerugian sebesar Rp 10 hingga Rp 11 miliar kepada Persipura. Gugatan Persipura di CAS diwakili oleh dua pengacara asal Belgia, Martin Hissel dan Jean Louis Dupont, dari kantor pengacara Roca Junyent di Swiss.

Tigor menambahkan bahwa rakyat Indonesia pastinya juga akan ikut senang karena ada wakil Indonesia yang berlaga di Liga Champions Asia.

''Kabar ini tentunya sangat menggembirakan karena ada wakil dari Indonesia yang berlaga di sana,'' katannya. ''Dan, Persipura memang seharusnya pantas berada di sana karena merupakan hak dan buah dari hasil perjuangan Persipura.''

Full content generated by Get Full RSS.

Sejak Awal, KPSI Yakin Persipura Bakal Menang

Posted: 02 Feb 2012 12:38 AM PST

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA -- Kemenangan Persipura Jayapura atas PSSI di Pengadilan Arbitrase Olahraga (Court of Arbitration for Sports/CAS), Swiss, disambut gembira oleh Komite Penyelamat Sepak Bola Indonesia (KPSI). Ketua KPSI, Toni Aprilani, mengatakan bahwa mereka sejak awal sudah yakin klub berjuluk Mutiara Hitam itu mampu memenangkan gugatan.

"Kami juga yakin gugatan lain dari klub ISL akan dimenangkan oleh CAS," ujar Toni saat dihubungi Republika.

Selain Persipura Jayapura, klub Liga Super Indonesia (ISL) lainnya seperti Persisam Putra Samarinda, Pelita Jaya dan Deltras Sidoarjo juga melayangkan gugatan ke PSSI di pengadilan CAS. Ketiga klub menggugat PSSI atas alasan mengabaikan Kongres Luar Biasa (KLB) yang diusulkan oleh 2/3 anggota PSSI dalam Rapat Akbar Sepak Bola Nasional (RASN) pada beberapa waktu lalu.

Selain itu, mereka meminta agar ISL tetap diakui sebagai kompetisi sepak bola resmi di Indonesia. Ketiga klub melayangkan gugatan bersama anggota Komite Eksekutif PSSI, La Nyalla Mattalitti dan Erwin Dwi Budiawan, yang sudah dipecat sepihak oleh PSSI. Sekjen KPSI, Hinca Pandjaitan, mengatakan laporan resmi ke CAS telah dikirimkan pada 30 Desember lalu.

Toni menyatakan tidak ada alasan logis untuk menganulir hasil kompetisi ISL yang sudah berjalan sesuai dengan statuta dan aturan PSSI. Termasuk keputusan PSSI yang menganulir keikutsertaan Persipura Jayapura di Liga Champions Asia 2011 lantaran klub kebanggaan masyarakat Papua itu bermain di kompetisi ISL.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS