Berita Harian: Sukan |
Posted: 15 Nov 2011 04:28 PM PST Sukan JELAS, 'kuasa wanita' mendominasi pungutan pingat emas kontinjen negara, semalam apabila enam daripada sembilan dituai di Palembang dan Jakarta adalah milik atlit wanita negara.Apapun, sukan akuatik paling menyerlah untuk kontinjen negara dengan tiga menyusul daripada acara renang dengan dua menyusul daripada terjun. Wanita yang gah di kalungkan emas adalah Khoo Cai Lin, Siow Yi Ting (renang), Cheong Jun Heong (terjun), Nur Suryani Taibi (menembak) dan Noraseela Khalid, Roslinda Samsu (olahraga). Lagu Negaraku akhirnya berkumandang di Pusat Akuatik Jakabaring, malam tadi apabila skuad renang mempamer taring mahu memenuhi sasaran empat emas.Khoo Cai Lin yang sekadar meraih perak 400 meter gaya bebas wanita kelmarin, bangkit memenangi emas pertama negara dalam acara 800m gaya bebas wanita dengan masa 8 minit 50.17 saat, menewaskan perenang Thailand, Natthanan Junkraja (8:55.51s) dan Raina Saumi dari Indonesia (9:02.81s). Langkah emas itu kemudian diikuti Kevin Yeap yang mencatat 3:55.07s dalam acara 400m gaya bebas lelaki menangkis cabaran pesaing terdekatnya Sarit Tiewong (Thailand) yang merekodkan 3:55.95s dan pemenang gangsa, Matthews Jeremy (Singapura) 3:58.48s. Pingat emas lain negara disumbang Bryan Nickson Lomas (terjun) dan Cheng Su Sian (memanah).
"Ketika itu, Daniel mencipta rekod kebangsaan dengan menggunakan sut renang yang kini tidak lagi boleh digunakan dan saya gembira dapat merekodkan masa hari ini (semalam) tanpa bantuan sut," katanya yang memenangi emas pertama sepanjang tiga penyertaannya di Sukan SEA. Emas ketiga negara dimenangi Siow Yi Ting yang mempertahankan pingat emas 100m kuak dada wanita dengan catatan 1:10.55s, diikuti seorang lagi perenang negara, Christina Loh (1:10.57s) manakala gangsa dimenangi perenang Thailand, Chavunnooch Salubluek (1:11.69s). Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenboss tak baik kutuk lelaki, kerana lelaki juga adalah sumber inspirasi wanita. Orang Luar Budi Bahasa Budaya Kita. DINO Tahniah dan teruskan perjuangan. Malaysia Boleh. zulkefli bin Shahadan Assalamuailaikum, memmang pun , bila dah dekat nak kiamat ni Wanita menguasai segala-galanya, bila dah ada kuasa, pingat, hiburan dunia, dia orang jadi Raja Baru. Jangan cerita bab lain, yang bersukan ikut muslim tu Alhamdullilah, saya sokong, yang bermaksiat tu entahlah, memang Nabi Muhammad S.a.w. pernah bersabda, akhir zaman makmum (perempuan ramai jadi Imam (yang berjaya dalam kareer) I tak kisahlah. Cuma pesan Nabi, sampai satu ayat untuk saling menasihati, yang atlit Muslim wanita tu fahamlah, maaf ya. Orang Malaysia Lelaki ramai macam hamPAS kot. Full content generated by Get Full RSS. |
Bryan, Jun Hoong masih tak puas hati Posted: 15 Nov 2011 04:24 PM PST Sukan BRYAN Nickson Lomas (kiri) dan Tze Liang memperaga pingat masing-masing. DUA penerjun negara – Bryan Nickson Lomas dan Cheong Jun Hoong gah memenangi pingat emas namun menyuarakan rasa kurang puas hati ketika mahu mengejar pencapaian lebih tinggi di pentas dunia. Bryan mengungguli acara 10m platform individu lelaki manakala Cheong Jun Hoong dalam acara 3 meter papan anjal wanita untuk menjadikan jumlah keseluruhan lima emas untuk kontinjen negara dalam acara terjun pada edisi kali ini. "Menjelang Sukan Olimpik nanti, saya perlu mendapatkan lebih daripada 500 mata untuk menandingi penerjun lain terutama China," kata Bryan yang mengumpul 500.80 mata bagi emas manakala seorang lagi penerjun negara, Ooi Tze Liang menduduki tempat kedua dengan 445.85 mata.Sementara itu, biar pun terdetik kegembiraan kerana mampu memenangi emas dalam acara bukan pilihan, Jun Hoong menganggap aksinya kurang konsisten. "Memang ini adalah kemenangan terbesar pertama saya dalam acara individu namun banyak yang saya tidak berpuas hati. Persembahan seperti tadi masih banyak perlu dibaiki jika mahu berjaya di peringkat lebih tinggi," kata atlit kelahiran Ipoh, Perak itu. Jun Hoong mengutip 310.70 mata untuk muncul juara manakala rakan senegara, Ng Yan Yee meraih perak (290.10) dengan gangsa menjadi milik Sari Ambarwati dari Indonesia (270.60).
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |