Utusan Online - Sukan |
Posted: Hambat kemenanganOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN K. RajagoBal (tiga dari kiri) sempat menguji kebolehan anak-anak buahnya pada sesi latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam. Malaysia akan menentang Taiwan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014, malam ini. - UTUSAN/ismail kamadin. PETALING JAYA - Kurang tempoh 24 jam perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 bertemu Taiwan, Datuk K. Rajagobal terus berteka-teki mengenai kesebelasan utama yang akan diturunkan di Stadium Nasiona,l Bukit Jalil, malam ini. Tanpa mahu mendedahkan tahap kecederaan pemain-pemain utamanya seperti Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan Abdul Hadi Yahya, beliau berkata, mungkin akan terdapat kejutan dalam senarai kesebelasan utama yang akan diturunkan pada malam ini. ''Saya masih menunggu sehingga saat akhir perkembangan beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan dengan mengambil kira pandangan nasihat dan pandangan pegawai fisioterapi. ''Seperti Khairul Fahmi, saya mungkin akan membuat keputusan selepas sesi latihan terakhir. Mungkin dia boleh bermain atau mungkin tidak. Seandainya dia tidak dapat diturunkan, mungkin perlawanan di Taiwan kelak, khidmatnya dapat digunakan. ''Saya tidak boleh menurunkan pemain yang baru pulih daripada kecederaan begitu sahaja, hanya pemain yang benar cergas sahaja saya akan turunkan pada perlawanan esok (hari ini). ''Anda semua boleh membuat analisis sendiri pemain mana yang akan diturunkan tetapi mungkin saya akan membuat kejutan dalam kesebelasan utama pada hari esok dengan mengambil kira semua faktor," katanya di Wisma FAM, semalam. Bercakap selepas sidang media mesyuarat pengurus pasukan Malaysia dan Taiwan menjelang perlawanan malam ini, Rajagobal menegaskan, sasaran utama beliau adalah mendapat sebarang kemenangan tanpa terlalu mahu memikirkan soal mendapatkan bekalan selesa. Pada sidang media berkenaan, delegasi Taiwan diwakili jurulatih, Lo Chih-Tsung dan kapten, Chen Yu-Lin sementara Harimau Malaya diwakili kapten pasukan, Safiq Rahim. ''Perkara pertama yang saya mahukan selepas pemain turun ke padang ialah bermain dengan baik dan cuba mendapatkan kemenangan walaupun ia sekadar 1-0. ''Soal mendapatkan bekalan selesa atau tidak itu perkara lain, bermain di gelanggang sendiri tidak semestinya boleh memberikan kemenangan besar. ''Saya tidak boleh ramalkan keputusan yang kita boleh menang, namun apa yang saya boleh harapkan pemain mengambil kesempatan di atas segala peluang yang terhidang tetapi sebagai jurulatih, saya cukup optimis dan rasa teruja mengenai peluang negara dalam pusingan kelayakan kali ini," ujarnya. Menyentuh Taiwan yang akan ditemuinya, Rajagobal mengakui dia sama sekali tidak akan memandang mudah cabaran lawan sambil melihatkan ancaman pasti akan datang di bahagian sayap. ''Dua pemain sayap mereka iaitu yang memakai jersi nombor 9 dan 10, cukup bagus di samping mempunyai penyerang yang cukup rajin. Begitu juga pertahanan mereka yang agak kuat," tegas Rajagobal. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Taiwan mahu asak Harimau hingga wisel penamat Posted: Taiwan mahu asak Harimau hingga wisel penamatPETALING JAYA - Taiwan sama sekali tidak akan turun bermain secara bertahan pada malam ini, sebaliknya akan cuba mengamalkan taktikal menyerang dalam usaha memberikan saingan kepada Harimau Malaya. Demikian kata-kata yang terluah daripada jurulatihnya, Lo Chih-Tsung yang berkata, mereka bersedia memberikan saingan terhebat biarpun menyedari reputasi Harimau Malaya selaku juara Piala AFF dalam usaha merintis laluan ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014. ''Pada masa lalu, Taiwan dikenali sebagai pasukan yang bermain secara bertahan tetapi sekarang, kami bersedia menukar permainan secara lebih menyerang dalam usaha menyaingi Malaysia. ''Seperti mana anda tahu, permainan menyerang merupakan pertahanan terbaik. ''Saya yakin para pemain boleh memberikan saingan hebat kepada Malaysia dan sebagai jurulatih, saya optimis boleh mendapat keputusan yang positif, esok. ''Terus terang, saya begitu gembira dapat berjumpa dengan Malaysia pada pusingan pertama pusingan kelayakan Piala Dunia memandangkan mereka baru sahaja memenangi Piala AFF," katanya di Wisma FAM, semalam. Skuad Taiwan kali ini turun tanpa pemain pertahanan yang beraksi di Liga Belgium, Xavier Chen ekoran masih belum dapat pelepasan daripada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) terhadap status kerakyatan. ''Dia (Xavier) tidak menyertai pemain-pemain lain di sini kerana masih ada masalah dalam soal status kerakyatan kerana dia pernah beraksi bersama pasukan Bawah 19 Belgium. ''Namun, kami cuba menggunakan khidmatnya pada perlawanan timbal balik kedua di Taiwan, Ahad depan," katanya. Xavier, 28, merupakan pemain yang mempunyai darah campuran Taiwan (ayah) dan Belgium (ibu), kini dia beraksi bersama kelab Y.R. K.V. Mechelen dan pernah menjadi kapten Belgium bagi skuad Bawah 19 tahun. Jelas Chih-Tsung lagi, mereka telah melakukan persiapan rapi selama dua minggu di Korea Selatan sebelum berkunjung ke Kuala Lumpur. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |