Utusan Online - Sukan |
Posted: Kelebihan memihak MalaysiaOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
KUALA LUMPUR – Jika prestasi perlawanan pertama di Shah Alam dijadikan penilaian, skuad negara memiliki segala ramuan yang diperlukan untuk memenangi perlawanan kedua kelayakan Olimpik menentang Pakistan di Lahore, hari ini. Kualiti teknikal yang ada pada pemain dan kepantasan melakukan serangan balas merupakan dua senjata utama yang boleh memadamkan keazaman tinggi Pakistan yang berhajat memadam defisit dua gol yang dibawa Malaysia ke Lahore. Cuma suhu sejuk di Lahore mungkin merencatkan sedikit gerakan anak-anak buah Ong Kim Swee serta keadaan permukaan padang di stadium yang masih menjadi tanda tanya. Namun, masalah itu pantas dinafikan oleh jurulatih berasal dari Melaka itu. "Pemain saya boleh membiasakan diri dalam apa jua keadaan cuaca kerana hampir mereka semua pernah beraksi di Slovakia, yang suhunya jauh lebih sejuk, cuaca sejuk di Lahore bukan masalah. "Mengenai permukaan padang, saya masih belum pasti kerana belum berpeluang melakukan tinjauan kerana jadual latihan agak lewat iaitu pada pukul 8 malam (11 malam waktu Malaysia), tetapi saya bersedia menerima apa jua kemungkinan. ''Selain itu, walaupun berdepan kawalan keselamatan yang ketat di sini sehingga tidak dibenarkan keluar secara bersendirian, ia tidak mengganggu tumpuan serta mental para pemain bagi menghadapi perlawanan esok,'' katanya ketika dihubungi semalam. Malaysia yang mendahului 2-0 secara agregat melalui jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd. Irfan Fazail pada perlawanan pertama, kemungkinan akan menyandarkan harapan kepada Ahmad Fakri Saarani sebagai penyerang tunggal dengan Kim Swee meletakkan lima pemain di bahagian tengah dengan formasi 4-2-3-1. Irfan kemungkinan akan menjadi pembantu penyerang kepada Fakri sambil dibantu Mohd. Fandi Othman atau Syahrul Azwari dan Wan Zaharulnizam yang lebih dikenali sebagai Kecik di bahagian sayap manakala K. Gurusamy dan S. Sivanesan mengemudi bahagian tengah. Sementara itu, buat para pemain muda negara, kata-kata semangat Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah harus dijadikan panduan yang mahukan skuad Olimpik Malaysia mara ke pusingan kedua. ''Kita sebenarnya bermain dengan baik semasa di sini cuma nasib sahaja yang tidak menyebelahi kita. Saya yakin kita mampu menang di Pakistan dan mara ke pusingan seterusnya, " ujarnya. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pula berharap para pemain menjaringkan gol awal bagi menutup ruang kepada lawan untuk bangkit sebagaimana ditunjukkan oleh pasukan senior pada Piala AFF ketika berdepan Indonesia pada perlawanan akhir timbal balik kedua di Jakarta. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Kim Swee latih skuad Sukan SEA Posted: Kim Swee latih skuad Sukan SEAPETALING JAYA – Tiada lagi persoalan. Segala-galanya sudah terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan jurulatih Olimpik dan Harimau Muda A, Ong Kim Swee bakal membawa cabaran negara mempertahankan pingat emas bola sepak pada Sukan Sea 2011. Dalam masa yang sama, jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal akan memberikan bantuan kepada Kim Swee daripada segi teknikal berdasarkan pengalamannya ketika mengemudi skuad negara pada Sukan SEA di Laos, dua tahun lalu. Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Belia di Wisma FAM. "Mesyuarat hari ini memutuskan untuk menyerahkan tanggungjawab kepada Ong Kim Swee melatih skuad bola sepak ke Sukan Sea 2011. "Kami berpendapat sudah sampai masanya memberikan peluang kepada jurulatih pelapis mendapatkan pendedahan di peringkat antarabangsa. "Skuad Bawah 19 akan dikendalikan oleh Ismail Ibrahim manakala Aminuddin Hussin dilantik sebagai jurulatih skuad Bawah 18. "Keputusan ini tidak bermakna khidmat Rajagobal tidak diperlukan lagi, tetapi dia mempunyai misi lebih penting dalam membawa Malaysia layak ke Piala Asia 2015 dan kelayakan Piala Dunia 2012, " katanya. Tetap dalam misi mahu mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Sukan Sea Laos 2009, Tengku Abdullah berkata, FAM yakin sasaran itu mampu dicapai. "Sasaran kita tidak berubah iaitu mahu meraih sekali lagi pingat emas pada Sukan SEA di Indonesia dan saya harap Kim Swee mampu melakukannya, " jelasnya. Mengenai penubuhan akademi bola sepak yang diuar-uarkan sebelum ini, Tengku Abdullah berkata pihaknya mensasarkan selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini ia akan mula dibina dengan lokasinya telah dikenal pasti di Gambang, Kuantan. "Mengikut perancangan, sebanyak 11 padang akan dibina dan satu daripadanya melibatkan stadium mini manakala semua padang akan mempunyai kualiti 'rumput Bermuda' (Bermuda Grass) yang mempunyai standard tinggi. "Kemungkinan besar semua padang ini akan dapat disiapkan sebelum Sukan Malaysia 2012 berlangsung di Pahang, " ujarnya. Dengan kos anggaran sebanyak 20 juta dan berkeluasan 30 hektar, penubuhan akademi bola sepak itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet pada 15 Oktober tahun lalu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |