Utusan Online - Sukan |
Misi tebus kecewa - Tengku Abdullah Posted: Misi tebus kecewa - Tengku AbdullahOleh ZAMZURINA AHMAD KUANTAN - Kekalahan 1-5 Malaysia kepada Indonesia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A di Jakarta, 1 Disember lalu tidak boleh dijadikan ukuran apabila kedua-dua pasukan berentap sekali lagi pada final Piala Suzuki AFF yang akan berlangsung pada 26 dan 29 Disember ini. Timbalan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengakui, pasukan negara akan turun sebagai underdog, namun pada masa yang sama beliau yakin kekuatan mental yang dimiliki pemain kita mampu memberi kelebihan. Katanya, anak-anak buah K. Rajagobal menunjukkan semangat dan mental yang tinggi ketika mengetepikan penyandang juara, Vietnam. Pada separuh akhir kedua, Malaysia mencatat keputusan seri 0-0 di Hanoi, sekali gus layak ke final dengan agregat 2-0 untuk berdepan Indonesia yang menumpaskan Filipina 1-0, Ahad lalu. Berdasarkan prestasi skuad negara ketika menentang Vietnam, beliau mendapati Malaysia bermain dengan terlalu bertahan dan keadaan ini mampu mengundang padah jika pemain pertahanan membuat kesilapan semasa menentang Indonesia nanti. "Bahagian pertahanan dan depan perlu seimbang kerana kita memerlukan jaringan awal dan mencipta sebanyak mungkin gol yang boleh ketika bertemu Indonesia. Kalau boleh lebih banyak daripada lima gol yang kitabolos (pada perlawanan pembukaan). "Kekalahan 1-5 kepada Indonesia sepatutnya menjadi pengajaran untuk pemain beraksi dengan lebih baik. Saya pasti jurulatih lebih mengetahui apa yang perlu dilakukan," kata Tengku Abdullah ketika ditemui pemberita di Wad Diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini selepas menjalani pembedahan kecil di bahagian hidungnya semalam. Meskipun dirawat di hospital, Tengku Abdullah berkata, beliau tetap mengikut perkembangan pasukan negara, malah menyaksikan perlawanan menentang Vietnam secara langsung dari katilnya. Dalam pada itu, beliau turut berharap pemain dapat menggunakan peluang beraksi di halaman sendiri dengan sebaik-baiknya. "Saya bangga dengan pemain kerana boleh menahan tekanan daripada penyokong Vietnam baru-baru ini dan mereka seharusnya mengekalkan kekuatan mental yang sama apabila berhadapan dengan penyokong Indonesia di Jakarta nanti (29 Disember)," katanya lagi. Selain kecergasan fizikal, Tengku Abdullah berkata, pemain juga perlu memiliki kekuatan mental untuk berjaya. Selain itu, beliau turut memuji taktikal bijak yang dimiliki rata-rata barisan muda negara dan berharap ia akan memberi kelebihan kepada anak-anak buah Rajagobal untuk menangani Indonesia. |
Posted: Pertahanan Indonesia rapuhOleh FERZALFIE FAUZI KUALA LUMPUR - Penyerang kebangsaan, Safee Sali semalam mendedahkan, benteng pertahanan merupakan kelemahan terbesar Indonesia dan ia tidak sehebat jentera serangan mereka. Safee, 26, menegaskan, selepas gagal meledakkan gol ketika kita kalah 1-5 kepada skuad Merah Putih itu pada saingan peringkat kumpulan, dia begitu bersemangat untuk membocori gawang mereka dan membuktikan ia tidak kebal apabila kedua-dua pasukan berentap dalam dua perlawanan final timbal balik 26 dan 29 Disember ini. "Inilah peluang terbaik untuk kita membalas dendam. Kekalahan 1-5 sudah banyak mengajar pemain dan kali ini kami bertekad untuk bangkit membenam Indonesia, seterusnya menjulang Piala Suzuki AFF 2010," katanya. Jelasnya, kesemua pemain sudah sedar akan situasi sekarang dan tekad tidak mengulangi kesilapan lalu, malah menegaskan semangat untuk menewaskan Indonesia begitu berkobar-berkobar. "Saya sedar ramai yang meletakkan harapan tinggi kepada saya tetapi saya mahu menyahut cabaran ini dengan menjaringkan gol, saya langsung tidak rasa tertekan dan rakan segandingan Norshahrul Idlan Talaha sudah pasti akan memainkan peranannya dengan baik. "Jika banyak bantuan diberikan kepada saya, sudah pasti peluang untuk menjaringkan gol sangat terbuka, saya juga mengharapkan ketua pasukan, Safiq Rahim juga mampu merencanakan serangan dengan baik," kata penyerang Selangor itu. Safee berkata, tidak ada sebarang kelemahan yang ketara di dalam pasukan Malaysia sekarang ini kecuali ketika mengambil sepakan percuma dan sudut, di mana tidak ada pemain yang mampu menyudahkannya melalui tandukan tajam. "Kekuragan kita setakat ini adalah pada situasi bola mati, jika kita mempunyai pemain yang boleh menyambut sepakan percuma dan sudut dengan baik melalui tandukan sudah pasti pasukan ini serba lengkap. "Oleh itu saya dan rakan-rakan sedang berusaha untuk memantapkan lagi strategi sepakan percuma dan sudut, malah salah satu cara yang digunakan sekarang ini ialah melalui sepakan pendek," katanya. Tambahnya, bekalan selesa juga perlu dibawa ke Indonesia sama seperti yang mereka lakukan ketika menentang Vietnam di separuh akhir. Justeru, misi utama dia dan rakan-rakan adalah mencari sebanyak mungkin gol daripada pertama pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad ini. Safee setakat ini menjaringkan dua gol dan kedua-duanya disumbangkan pada perlawanan separuh akhir kedua menentang Vietnam. Dia berpeluang untuk mencatatkan nama sebagai penjaring terbanyak dalam kejohanan ini jika meledakkan gol pada saingan akhir. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |