Utusan Online - Sukan |
Harimau Malaya tetap hormati Myanmar Posted: Harimau Malaya tetap hormati Myanmar
KOTA BAHRU - Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tetap memandang serius perlawanan persahabatan menentang Myanmar di Stadium Sultan Muhammed IV, malam ini. Menurut Rajagobal, perlawanan ini cukup penting buatnya mencari formula terbaik bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap sebelum berdepan Taiwan pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional, Bukit Jalil 29 Jun ini. "Ini adalah kesempatan terbaik untuk saya mencari kombinasi yang tepat ketika bertemu Taiwan nanti kerana kita mempunyai muka-muka baru dalam pasukan, selain lima pemain kita berdepan masalah kecederaan. "Jadi, saya harap pemain dapat memberikan fokus dan menunjukkan semangat juang yang tinggi pada perlawanan ini sebagai persiapan berdepan Taiwan pada kelayakkan Piala Dunia," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis suai kenal pemain Harimau Malaya dan pasukan Myanmar serta sesi bertemu peminat di ruang legar pasar raya KB Mall, dekat sini, semalam. Bekas pengendali Kelantan dan Selangor itu mengakui berdepan masalah di bahagian serangan untuk bertemu Myanmar kerana hanya mempunyai seorang penyerang iaitu Abdul Hadi Yahya. "Norshahrul Idlan Talaha, Ahmad Fakhri Saarani, Shahrizal Saad mengalami kecederaan sementara Safee Sali masih bersama kelabnya Pelita Jaya FC. ''Saya harap Hadi dapat mengulangi sentuhannya seperti yang dilakukan dalam saingan Liga Super dan persahabatan dengan Hong Kong tempoh hari," ujarnya. Jelasnya, situasi yang terpaksa dihadapinya kini cukup sukar namun, percaya masih mampu menurunkan barisan terbaik, selain formasi yang digunakan juga pastinya mampu memerangkap barisan muda Myanmar. Sementara itu, jurulatih Myanmar, Milan Zibadinovic, mengakui Malaysia mempunyai kelebihan pada perlawanan tersebut dan hanya membariskan pemain muda untuk menentang pasukan negara. "Malaysia mempunyai pasukan yang lebih baik. Saya membawa semua pemain berstatus Olimpik dan ia adalah suatu yang baik untuk mereka menerima pendedahan dan menjadi sebuah pasukan yang lebih baik dan kuat pada masa akan datang. "Saya mengharapkan satu permainan yang baik malam esok (ini) dan kita akan sama-sama saksikannya," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
100 regu berentap cari juara selatan Posted: 100 regu berentap cari juara selatanOleh ABDUL HAFIZ AHMAD KUALA LUMPUR - Libasan padu sebanyak 100 regu termasuk bekas bintang kebangsaan dan kehadiran istimewa peserta Maharaja Lawak Astro, Rahim R2, menjanjikan kehebatan luar biasa buat Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan Malaysia 2011 yang akan membuka tirai di zon selatan dekat Stadium Perbandaran Pasir Gudang, hari ini. Tampil menggunakan nama unik dengan maksud tersendiri, mereka antaranya adalah KP Karisma, Tanjung Blazing, Batu Pahat, Majlis Daerah Tangkak, Tenggaroh Juniors, 4B Pasir Gudang, 4B Parit Sulong, SMK Seri Kota Melaka, Skudai, JR Anak Tempatan, UTM, PJB, SMK Lenga dan ATM JLJ. Tidak ketinggalan bersaing bagi tiga kategori Terbuka, IPTA-S/Bawah 19 dan Bawah 15 kejohanan edisi kedua ini ialah PKNS, Kota Masai, Sirajuddin, STAR S Sr, STAR S Jr, ETIQA, KPYPJ, PESTANS, MPOB, SSTMI, MPPG, SMK Seksyen 11 Shah Alam, Metaforce, Penawar, KSAB, SMK THO, Bukit Putra dan Krismas. Ada yang sanggup bertandang jauh sehingga melangkaui sempadan Johor antaranya dari Melaka dan Lembah Klang untuk dimahkotakan sebagai juara Zon Selatan di samping memburu ganjaran berjumlah RM10,500 walaupun terdapat tiga lagi zon pertandingan, utara, timur dan tengah. Selain itu, Kejohanan KFC-Utusan ini turut menyajikan bukan sahaja daripada naib juara Raja Lawak 4, Abang Kassim Pon-pon bahkan seorang peserta Maharaja Lawak, Rahim R2 selain bintang Akademi Fantasia 7, Ariel dalam acara sampingan, demonstrasi libasan gulung. Rahim R2 dikatakan pernah bermain sebagai apit kiri Selangor dalam Sukan Malaysia 1990-an sementara Kassim atau nama sebenarnya, Khairul Idlan Abd. Razak, berpengalaman beraksi sebagai peserta Kejohanan KFC-Utusan tahun lalu dan beberapa pertandingan tempatan. Malah, aksi tersendiri trio artis undangan ini mungkin mampu menarik mana-mana regu peserta untuk mengadakan perlawanan pertunjukan bersifat 'suka-suka' sejurus kemudian bagi menyuntik kemeriahan selain meredakan sedikit tekanan pemain yang bertanding. Sementara itu, peminat sepak takraw tempatan berpeluang menyaksikan kejohanan menggunakan format regu kalah mati ini menerusi Astro Arena 801 selaku media penyiar rasmi pada pukul 10 pagi dan 4.30 petang esok. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |