Utusan Online - Sukan |
Chu Sian, Nur Suryani Olimpian MOM 2011 Posted: Chu Sian, Nur Suryani Olimpian MOM 2011Oleh ZAZALI JAMIAN Nur Suryani Mohamed Taibi dan Cheng Chu Sian bersama cek kemenangan RM10,000 selepas dipilih Olimpian MOM 2011 di Kuala Lumpur, malam tadi. KUALA LUMPUR - Atlet memanah Cheng Chu Sian dan penembak wanita Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olimpian Majlis Olimpik Malaysia (MOM) 2011, semalam. Kedua-duanya dinilai melalui pencapaian pada Sukan SEA XXVI Indonesia 2011 bulan lalu. Chu Sian yang telah pun menempah tiket ke Sukan Olimpik 2012 di London meraih dua pingat emas pada temasya dwi tahunan itu. Chu Sian, 25, yang membawa misi besar untuk memburu pingat pada Sukan Olimpik mengutip emas pertama di Jakarta dalam acara recurve individu lelaki selepas mengalahkan rakan sepasukan, Mohamad Khairul Anuar 6-2 dalam final. Dia kemudian mengetuai Malaysia menjuarai acara berpasukan bersama Khairul dan Haziq Kamaruddin, malah turut memenangi pingat perak dalam kemunculan sulung acara beregu campuran bersama Nurul Syafiqah Hashim. Chu Sian berkata, anugerah yang dimenanginya itu merupakan satu penghormatan buatnya sepanjang menceburkan diri dalam bidang sukan. "Saya gembira dengan anugerah ini kerana ia adalah kali pertama saya mendapat pengiktirafan sebegini. Ini membakar semangat saya untuk beraksi cemerlang di London 2012 nanti," katanya. Begitu juga Nur Suryani yang turut membawa pulang dua emas dalam temasya sama. Nur Suryani akan sentiasa diingat sebagai penyumbang emas pertama kontinjen Malaysia di Indonesia apabila menjuarai acara 50m rifle tiga posisi dalam keadaan perut meragam. Penembak berusia 29 tahun itu kemudian memahat sejarah menembak negara apabila muncul penembak pertama Malaysia berjaya merangkul dua pingat emas dalam satu temasya dengan menjuarai acara 10m air rifle. Suriani ketika ditemui berkata: "Saya berasa berbaloi dengan anugerah ini, meskipun sedar saingan daripada calon-calon lain sengit. "Selepas ini saya akan memberi tumpuan untuk memburu tiket ke Olimpik pada tahun depan pula." Dalam pada itu, pemilihan Chu Sian sebagai Olimpian 2011 mengetepikan pencabar terdekat antaranya atlet terjun Byran Nickson Lomas dan atlet boling Adrian Ang. Kejayaan Nur Suryani pula cukup buatnya untuk menewaskan tiga lagi calon wanita, Fatehah Mustapa (basikal) serta dua atlet renang berirama, Png Hui Chuen dan Katrina Ann Abdul Hadi. Hadiah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Saingan merebut anugerah Olimpian 2011 antara yang paling sengit sejak ia diperkenalkan pada 1993 kerana semua enam calon akhir (tiga lelaki, tiga wanita) yang dipilih menampilkan prestasi amat cemerlang pada Sukan SEA XXVI, dan merangkul lebih daripada sebutir pingat emas. Tahun lalu, jaguh karate negara, R. Puvaneswaran serta pemain skuasy wanita No. 1 Dunia, Datuk Nicol David dipilih sebagai pemenang Olimpian. Full content generated by Get Full RSS. |
Desak Karim berundur hak Mesyuarat Agung Posted: Desak Karim berundur hak Mesyuarat AgungOleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI KANGAR - Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim mengakui terdapat kalangan atlet yang tidak 'menyukai' timbalannya, Datuk Karim Ibrahim sehingga mencetuskan kemelut dalaman kesatuan berkenaan sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, kata Shahidan, secara peribadi beliau menyifatkan Karim sebagai seorang pemimpin berpengalaman yang banyak membantu KOM. "Memang ada yang tidak suka Karim, mungkin disebabkan pendekatannya dalam melaksanakan program diatur tetapi dia juga banyak membantu KOM," kata Shahidan ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis berhenti rehat di Kompleks DUN Perlis di sini, semalam. Beliau mengulas mengenai desakan pelbagai pihak termasuk atlet dan pengkritik sukan supaya pemimpin atasan KOM meletakkan jawatan disebabkan kontroversi antara kesatuan berkenaan dengan atlet dan Majlis Sukan Negara (MSN) baru-baru ini. Terbaru, dalam laporan sebuah akhbar semalam, Pengkritik Sukan. Prof. Dr. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim yang bosan dengan pertelingkahan antara KOM dengan MSN sejak sekian lama mencadangkan Karim berundur secara terhormat. Menurut Kay Kim, masalah antara kedua-dua pihak banyak ditimbulkan oleh KOM sendiri yang seolah-olah dimonopoli oleh seorang individu sahaja dalam membuat keputusan. Mengenai cadangan supaya Karim berundur, Shahidan berkata, keputusan seumpama itu perlu dibuat dalam Mesyuarat Agung KOM. Kata beliau, KOM juga akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai isu 'panas' tersebut. "Saya akan umumkan apakah tindakan KOM mengenai perkara ini selepas mesyuarat dengan Ahli Majlis KOM nanti," kata beliau. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |