Utusan Online - Sukan |
Posted: Penantian 14 tahun berakhirDaripada FERZALFIE FAUZI
HANOI – Penantian 14 tahun Malaysia untuk melangkah ke final Piala Suzuki AFF berakhir semalam apabila anak-anak buah K. Rajagobal menyingkirkan penyandang juara, Vietnam menerusi agregat 2-0 selepas perlawanan separuh akhir kedua berkesudahan 0-0. Kejayaan ini mengulangi pencapaian terbaik negara yang kali terakhir layak ke final pada edisi sulung kejohanan 1996, di mana kita tumpas 0-1 kepada Thailand untuk muncul naib juara. Malah, kemaraan ini meletakkan Malaysia di landasan untuk melakar sejarah menjulang piala buat kali pertama. Harapan itu tidak mustahil kerana kita telah membuktikannya dengan merangkul emas Sukan SEA dalam tempoh 20 tahun di Laos, tahun lalu. Menanti Malaysia di final yang akan berlangsung secara timbal balik pada 26 dan 29 Disember adalah pemenang di antara Indonesia dan Filipina. Indonesia menang 1-0 pada separuh akhir pertama. "Pujian buat semua pemain yang mempamer disiplin tinggi dan kesungguhan malam ini. Kita berhak melayakkan diri ke perlawanan akhir,'' kata Rajagobal. Stadium Nasional My Dinh, Hanoi menjadi saksi kesungguhan Malaysia mengekang asakan menggila tuan rumah yang berusaha mencari gol sebaik wisel permainan ditiupkan. Skuad bimbingan Herique Calisto yang terdesak untuk mencari kemenangan selepas tewas 2-0 di Bukit Jalil mengatur asakan tanpa henti hingga tamat saingan. Pujian selayaknya diberikan kepada skuad Harimau Malaya yang tidak tertekan dengan jeritan Vietnam! Vietnam!, sebaliknya disiplin dan kesungguhan membawa kepada kejayaan. Tuan rumah kian tertekan selepas Pham Thanh Luoang dibuang padang pada minit ke-77 kerana membantah keputusan pengadil, Kim Sang Woo melayangkan kad kuning kepadanya selepas dia sengaja menjatuhkan diri dalam kotak penalti. – UTUSAN | ||
Posted: Sapura berpesta golOleh Ilah Hafiz Aziz KUALA LUMPUR – Sapura memulakan musim baru Liga Hoki Malaysia-TNB (MHL-TNB) dengan bertenaga apabila membelasah ATM Airod 7-2 pada aksi pembuka tirai di Stadium Hoki Tun Razak, semalam. Turut bermula dengan langkah kanan adalah Yayasan Negeri Sembilan (YNS) yang menumpaskan Maybank 4-1, manakala UniKL menundukkan UiTM 3-2. Sapura, yang juga naib juara musim lalu membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi M.Jiwa, namun ATM berjaya menyamakan kedudukan kurang 25 minit kemudian hasil jaringan Shahrul Amran. Sapura tidak menunggu lama untuk melebarkan kedudukan 4-1 ke atas lawan yang baru pertama kali beraksi dalam liga utama apabila menyumbat tiga gol dalam tempoh 12 minit. ATM bagaimanapun tidak berputus asa apabila cuba mengejar gergasi liga itu menerusi jaringan Mohd. Shafiq Yaakub, namun gol tersebut nyata tidak menyalakan semangat skuad bimbingan K .Rajan dengan Sapura menokok tiga lagi gol sebelum wisel dibunyikan. Jurulatih Sapura, I. Vikeneswaran berkata, kemenangan ke atas ATM Airod sebagai pembakar semangat untuk mengharungi musim yang cemerlang. "Sebelum ini, Sapura tidak pernah cemerlang dalam mana-mana perlawanan pembukaan kerana kami sering kalah tetapi kemenangan kali ini adalah bonus untuk terus beraksi baik dalam liga. "Apa yang penting adalah tiga mata berharga yang kami peroleh," jelasnya yang akan bertembung Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) dalam pertemuan seterusnya nanti. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |