Utusan Online - Sukan |
Fakri janji robek gawang Bahrain Posted: Fakri janji robek gawang BahrainOleh ZAZALI JAMIAN
KUALA LUMPUR - Kritikan 'pedas' peminat dalam laman sosial Facebook sedikit pun tidak menjejaskan azam penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saarani untuk merobek gawang Bahrain pada aksi Kelayakan Olimpik 2012 zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok . Malah, Fakri menegaskan, semangat dan keyakinannya berada pada tahap terbaik meskipun dihujani pelbagai tohmahan terutama selepas aksi menentang Syria, Rabu lalu. Tambah Ahmad Fakri, perlawanan menentang Bahrain lebih penting buat dirinya dan negara berbanding melayan semua kritikan tersebut. "Saya memang tak kisah apa yang mereka mahu kata, mulut orang lambat laun akan penat dan berhenti tapi kalau tak mahu berhenti juga saya akan ambil semua itu sebagai sesuatu yang positif buat saya. "Apa yang mereka katakan pada saya itu tidak langsung menjejaskan diri saya malah semangat saya berada pada tahap yang terbaik kini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia sebelum menjalani latihan di padang Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, semalam. Meskipun skuad Harimau Muda memperoleh kemenangan menjinakkan Indonesia melalui penentuan sepakan penalti, namun Ahmad Fakri tetap dikritik oleh peminat selepas mempamerkan persembahan kurang memberansangkan apabila kerap terlepas peluang menjaringkan gol. Malah, pada perlawanan menentang Syria, Rabu lalu, pemain berusia 22 tahun itu juga seakan sukar menemui sentuhan terbaiknya. Bagi mengubati kekecewaan peminat, Ahmad Fakri berjanji untuk memberikan 100 peratus komitmennya pada perlawanan menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. Pemain itu juga tidak mahu episod duka buat dirinya ketika menentang Indonesia Isnin lalu berulang kembali. "Memang setiap perlawanan saya akan memberikan sepenuhnya apa yang ada dan kawan-kawan yang lain juga mampu berikan persembahan terbaik nanti. "Sasaran utama saya pada perlawanan Ahad ini adalah untuk mendapatkan gol dan itu semua bergantung kepada rezeki dan usaha saya," kata Ahmad Fakri. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Posted: Muslim pula cederaMohd. Muslim Ahmad menerima rawatan daripada jurulatih kecergasan, Rastislav Bozik pada sesi latihan skuad Harimau Muda di padang MSN, Bukit Jalil, semalam. Beliau belum tentu diturunkan menentang Bahrain pada kelayakan Olimpik 2012, esok. KUALA LUMPUR - Ketika semakin ramai pemain utama skuad Olimpik pulih daripada masalah kepenatan dan kecederaan, menjelang pertemuan ketiga kelayakan Olimpik London 2012 Kumpulan C menentang Bahrain pada esok, tonggak pertahanan, Mohd. Muslim Ahmad memberikan perkhabaran kurang menggembirakan. Tanpa disangka, pemain yang memikul antara watak penting membantu Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta itu menjadi antara nama terbaru yang diletakkan dalam senarai kecederaan. Perkara itu dinyatakan sendiri oleh pengendali pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee yang berkata, Muslim mendapat kecederaan urat pelipat lutut atau hamstring semasa perlawanan dengan Syria pada Rabu lalu. ''Muslim masih belum pulih sepenuhnya daripada masalah kecederaan (urat pelipat lutut) yang dialami pada perlawanan terakhir (Syria). ''Kita tengok akan memantau tahap perkembangannya sebelum hari perlawanan, namun saya harap ia tidak terlalu serius. ''Jika dia (Muslim) tidak dapat diturunkan, kita masih mempunyai Amer Saidin yang bermain dengan baik semasa menentang Syria baru-baru ini," kata Kim Swee yang ditemui pada sesi latihan skuad Olimpik di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), semalam. Muslim yang ditemui pula mengakui dia cukup terkilan jika tidak dapat bermain, namun dia percaya kepada sesiapa yang menggantikan tempatnya mampu menggalas peranan untuk menghadapi serangan Bahrain. ''Saya akan mendapatkan pandangan fisioterapi dan doktor dalam masa beberapa hari ini yang masih memantau kecederaan hamstring saya. ''Kalau boleh saya memang hendak bermain namun kalau cedera, apa boleh buat, saya cuma harapkan rakan-rakan tidak kira siapa yang akan diturunkan mampu bermain cemerlang dalam perlawanan itu nanti dan meraih kemenangan tambahan kita beraksi di tempat sendiri," katanya. Dua lagi pemain yang sudah pasti digugurkan ialah Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria ekoran kecederaan yang sama seperti Muslim manakala Izzaq Faris Ramlan disahkan berdepan kecederaan 'anterior cruciate ligament' (ACL) dan perlu berehat sekurang-kurangnya enam bulan di samping akan menjalani pembedahan pada Selasa ini. Sementara itu, Kim Swee mengakui seri atau satu lagi kekalahan bukan lagi satu keputusan yang boleh diterima pada perlawanan esok. ''Ini perlawanan hidup mati kita, tga mata sahaja sasaran saya, jika kita kalah, peluang kita boleh dikatakan sudah terpadam bagi mendapat meraih kedudukan sekurang-kurangnya di tempat kedua kumpulan. ''Walaupun Bahrain juga telah tewas dua kali seperti kita, mereka adalah lawan yang bagus dan perlawanan ini nanti pasti sukar. ''Strategi menyerang antara pilihan utama saya pada perlawanan itu nanti tetapi saya akan pastikan kita tidak terlalu ghairah mendapatkan gol sehingga membuka ruang kepada lawan," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |