Utusan Online - Sukan |
Posted: Mahu bangkit di padang lawanOleh M. Shahrinnahar Abd. Latib KUANTAN - Dollah Salleh yakin pasukannya Pahang mampu bangkit mengalahkan Terengganu di padang lawan, setelah kalah 2-3 pada separuh akhir pertama Piala FA di padang sendiri Jumaat lalu. Dollah berkata, dia memegang prinsip bahawa kejayaan akan tercapai jika setiap pemain berfikiran positif sepanjang beraksi. "Saya tidak mahu melihat kepada kelemahan Pahang yang mana kebanyakan pemain kami kini mengalami masalah kecederaan. "Apa yang saya tekankan pada anak buah saya ketika latihan ialah sentiasa berfikiran positif dan memberi sepenuh tumpuan di atas padang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam. Pahang akan bertemu skuad Penyu pada separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu hari ini. Menurut Dollah, pemain Pahang tidak seharusnya risau atau hilang keyakinan apabila sekali lagi bertemu Terengganu, kerana tahap permainan kedua-dua pasukan hampir sama. "Tahap pasukan bola sepak dalam saingan Liga Super lebih kurang sama. "Jadi tiada sebab untuk pemain tidak yakin untuk menang. "Kalau kita rasa susah dan berfikiran negatif untuk mengatasi Terengganu, kita akan menerima padah," jelasnya. Katanya, jika Pahang berjaya meledak dua gol tanpa balas hari ini, ia akan memberi kelebihan untuk melangkah ke akhir. Mengulas lanjut mengenai kekalahan 2-3 kepada Terengganu pada perlawanan separuh akhir pertama Jumaat lalu, beliau mengakui persembahan Pahang agak terencat apabila R. Surendran terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan selepas mereka mendahului 2-0. "Terengganu mengambil peluang untuk bangkit apabila melihat persembahan pemain Pahang menurun selepas R. Surendran dikeluarkan. "Pada perlawanan separuh akhir kedua ini, saya amat berharap kejadian yang sama tidak akan berulang," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Ramzul mahu terus ledak golOleh YATIMIN ABDULLAH
KOTA BHARU - Sentuhan memukau yang ditampilkan oleh penyerang muda The Red Warriors, Muhammad Ramzul Zahini Adenan dengan meledak dua gol ketika membantu pasukannya menumbangkan Selangor 5-1 pada separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu memberikan petanda bahawa dia sudah bersedia untuk kembali menggalas tugas selaku penggempur utama. Turun selaku pemain utama pada perlawanan itu, anak kelahiran Kampung Kangkong, Pasir Mas itu, ternyata pantas menyambar peluang yang diberikan oleh Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu dengan mempamerkan sentuhan berbisa menyebabkan skuad bimbingan K. Daven bagaikan dipukau aksi mantap The Red Warriors. Muhammad Ramzul berkata, dia semakin bersemangat untuk kembali merebut tempat dalam senarai kesebelasan utama menjelang aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammed IV, hari ini. Beliau berkata, dua gol yang dijaringkan pada perlawanan itu amat bermakna buat dirinya selepas pulih daripada kecederaan serius ketika bertemu Negeri Sembilan awal Mac lalu. "Ini merupakan dua gol pertama saya dalam saingan Piala FA musim ini. Saya berterima kepada ketua jurulatih kerana memberikan peluang kepada saya untuk kembali ke dalam pasukan selepas aksi dengan Kuala Lumpur 30 April lalu. "Walaupun tidak mendapat tempat dalam tiga perlawanan sebelum ini, ia sedikit pun tidak menjejaskan tumpuan saya untuk kembali merebut tempat dalam pasukan. Alhamdulillah saya berjaya kembali dan menjaringkan gol semangat buat pasukan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Tambahnya, dua jaringan di Stadium Shah Alam tempoh hari adalah hasil bantuan rakan-rakan yang banyak membuka peluang kepadanya untuk membuktikan ketajaman penyudah. Bekas bintang Piala Presiden Kelantan musim 2006 itu memberitahu, keyakinannya bertambah selepas berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut yang turut melonjakkan semula moralnya untuk terus mempamerkan aksi terbaik. "Sekiranya terus diberikan peluang untuk perlawanan malam esok (ini), saya bertekad untuk memberikan aksi terbaik dalam perlawanan selepas itu dan cuba membantu pasukan layak ke pentas akhir buat kali kedua seterusnya membawa kejuaraan Piala FA ke Kota Bharu. "Meskipun terpaksa bersaing dengan pemain yang sedia ada, itu bukan alasan. Apa yang penting saya kena terus berusaha dan belajar dari mereka yang berpengalaman untuk menjadi penggempur berbisa terutama daripada rakan sepasukan Norshahrul Idlan Talaha," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |