Utusan Online - Sukan |
Posted: Peluang terbaik Red WarriorsOleh YATIMIN ABDULLAH KOTA BHARU - Pasukan The Red Warriors mesti mengutip sekurangkurangnya satu mata ketika bertemu Sabah malam ini, sekiranya mahu mengesahkan kejuaraan Liga Super musim ini. Selepas gagal menjuarai Piala FA, Kelantan di bawah bimbingan Datuk M. Karathu kini berada pada landasan terbaik untuk menamatkan penantian sejak tiga tahun lalu, bagi bergelar juara liga buat pertama kali. Malah, Karathu mengakui ini merupakan peluang terbaiknya untuk menebus kehampaan tewas 1-2 kepada Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA sebelum ini. "Kita ke Kota Kinabalu dengan misi yang cukup jelas iaitu mencipta kemenangan. Sudah pasti Sabah akan bermain mati-matian dan tidak memberi laluan mudah, namun kita sudah bersiap sedia menjadi pasukan keenam mengalahkan mereka di tempat sendiri kali ini. "Ini bukan sahaja berkisar mengenai soal untuk kita mengutip mata tetapi lebih penting bagi kami ialah memburu kejuaraan liga yang pertama. Kejuaraan liga sudah terlalu hampir dengan kami," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam. Sehubungan itu, Karathu menuntut barisan pemainnya mempamerkan semangat juang yang tinggi sebagai watak seorang juara. Beliau memberitahu, meskipun turun tanpa kelibat pemain sayap, Mohd. Nurul Azuwan Roya yang menghadapi penggantungan, kembalinya lima tonggak utama yang menggalas tugas bersama skuad kebangsaan iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Mohd. Farisham Ismail, S. Chanturu, Mohd. Shakir Shaari dan Khairul Fahmi Che Mat memberikan tonik buat Kelantan untuk mempamerkan aksi terbaik. "Segalanya cukup sempurna sekarang. Lima tonggak akan bersama dengan kita termasuk Norshahrul Idlan yang sudah boleh beraksi. "Saya percaya berbekalkan semangat di atas kejayaan membantu skuad negara mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia, bakal menjadi pembakar semangat kepada lima pemain tersebut untuk beraksi lebih baik. "Kecuali Nurul Azuwan yang terpaksa disisihkan kerana menjalani penggantungan perlawanan. Saya percaya penggantinya Mohd. Izuan Salahuddin mampu beraksi dengan baik mengisi posisi sayap kiri. "Malah, motivasi dalam kalangan pemain juga cukup bagus ketika ini. Mereka mengerti ini merupakan peluang terbaik untuk membawa Kelantan bergelar juara dan mereka sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mencipta sejarah baru ini," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Van der sar yakin keupayaan De Gea Posted: Van der sar yakin keupayaan De GeaOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
KUALA LUMPUR - Penjaga gol legenda Manchester United, Edwin van der Sar tidak bimbang dengan keupayaan penggantinya, David de Gea, bagi meneruskan legasi kejuaraan Red Devils pada musim akan datang. Dia yang ditemui pada majlis Jelajah Trofi Juara EPL Asia di Galeri Starhill, Bukit Bintang berkata, keyakinannya itu berdasarkan sistem pencarian bakat United merupakan yang terbaik dan telah terbukti berjaya dalam mendapatkan pemain-pemain berpotensi besar. ''De Gea mampu menyinar di United, saya rasa bukan satu masalah buatnya memegang status penjaga gol utama di Old Trafford," katanya kepada media. De Gea yang merupakan penjaga gol Bawah 21 Sepanyol merupakan pemain terbaru yang berjaya dibeli oleh Alex Ferguson 17.8 juta pound dari Atletico Madrid. Malahan, penambahan tiga pemain baru dalam skuad United mampu mengukuhkan cengkaman pasukan itu dalam menghadapi pencabar lain pada saingan 2011/12. "United pasti bertambah mantap pada musim hadapan, tiga pemain baru yang dibeli dijangka menguatkan lagi pasukan bagi mempertahankan kejuaraan liga dan memburu trofi kejuaraan Eropah," katanya. Alex Ferguson telah berbelanja kira-kira 50 juta pound bagi mendapatkan beberapa muka baru seperti Phil Jones, Ashley Young dan De Gea. Van de Sar sebelum itu sempat melayani permintaan peminat pada sesi autograf dan turut bergambar dengan jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal yang juga kebetulan peminat Red Devils sambil memegang trofi EPL. Menjelaskan aktivitinya selepas persaraan, dia yang memberitahu telah pulang ke Belanda mahu berehat selama setahun sebelum membuat sebarang keputusan sama ada kembali ke arena bola sepak dalam bidang kejurulatihan. ''Saya kini banyak menghabiskan masa bermain tenis dan golf, memang saya ada mendapat tawaran daripada United untuk menyertai pasukan jurulatih, mungkin selepas setahun saya akan memikirkan tawaran tersebut," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |